Aku rindukan jiwa-jiwa kalian

Mode: merindui jiwa-jiwa yang membuat aku rindu pada Allah

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Surah Al-Kahf  ayat 28 (18:28)

*sob sob* ;(

Advertisements

Nak jadi selebriti?

Image

Nak jadi sepopular ini?[Kredit]

Ulang soalan. Anda nak jadi selebriti tak? Yelah, skarang kan semua orang nak femes, nak jadi orang yang disayangi dan disukai ramai…anda tak nak ke?

Kalau sayalah, saya nak. Seriyesli. Tapi bukan calang-calang selebriti tau, haha..selebriti di langit. Yeh, tunggu, jangan buat muka pelik penuh waspada dulu, ni takde kaitan dengan kerajaan langit and the gang tu, ni benda lain.. Biar saya explain kat yu ols

Bermula dengan hadis ni:

“Sabda Rasulullah SAW : Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.”  Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.”

(HR Bukhari)

Baiklah. Saya nak sangat jadi hamba yang dicintai tu. Dicintai oleh Allah, sangatlah beso(besar) nilainye. Kalau Allah mencintai kita, takde yang dapat sakiti kita. Semua penduduk langit dan bumi pon akan mencintai kita. Contohnya, oksigen pun berebut-rebut nak masuk lubang hidung kita. Bila mandi, titis-titis air semua nak jadi air yang menyucikan badan kita. Yelah, diorang semua tu kan makhluk Allah yang saaaangat taat pada Allah. Kalau Allah suka, diorang pun suka, kalau Allah benci, diorang pun benci jugak. Mana-mana kita pergi, makhluk-makhluk Allah ni kenal kita sebagai hamba yang Allah cintai. Bestkan?

Camana nak jadi hamba yang Allah cintai? Kenalah start dengan mencintai Allah dulu.Buatla ape yang Allah suka, dan tinggal ape yang Allah tak suka. Kita ada contoh terbaik yang boleh kita ikut kalau nak mencintai Allah nih,

 

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah Ali-Imran ayat 31 (3:31)

Rasulullah s.a.w. ada akhlak dan peribadi yang sempurna. Rasulullah s.a.w. tunjukkan contoh yang boleh kita ikut dalam semua benda yang kita buat. Camana mana nak layan orang, camana adab makan yang betul, camana beribadah, dan macam-macam camana lagilah! Memang tak logik kita boleh ubah diri kita 360 darjah sekelip mata, jadi, kita boleh jadi lebih baik sikit demi sikit..Kalau dulu suka tengking-tengking orang, cuba cakap elok-elok sikit; kalau suka tangguh-tangguh solat sampai bersubuh gajah, dinosaur dan sebagainya, cuba dapatkan solat awal waktu pulak, dan sebagainya.

Dan jangan lupa, senjata utama kita sebagai orang Islam: doa. Jangan pernah malu atau teragak-agak nak mintak ape sekalipon pada Allah. DaripadaNya segalanya datang dan kepadaNya jugak segalanya kembali. Dia yang berkuasa nak bagi, atau tak nak bagi. Ape yang patut kita buat ialah berdoa dan mengharap yang dengan belas dan kasihNya yang Allah akan bagi apa yang kita mintak tu.. Ni ada satu doa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan pada kita: Sabda Rasulullah s.a.w :

 

”Di antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud AS beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.

(HR Tirmidzi )

Kenapa kena susah-susah kejar cinta Allah? Sebab cinta Allah akan menjamin kebahagiaan dunia akhirat, yang cinta-cinta kepada yang lain tak boleh nak bagi.

Ulang soalan lagi: Anda nak jadi selebriti? Okeylah, mungkin patut rephrase soalan tu: Anda nak cinta Allah? Jadi, ape yang anda dah buat untuk mendapatkannya?

Pada suatu pagi di kolej..

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi tu tengah kemas-kemas buku-buku budak IB kat bilik rehat.Sepah gila. Tiba-tiba henpon bunyi.Mesej baru masuk:

“your cas log tak hantar.jumpa saya.pn cas coordinator”

Pap! “matila aku~ habislahhhh..mesti kene bunuh ngan pn cas coordinator hari ni”<– dalam hati

Tapi..tiba-tiba hati berdoa” Rabbi unsurni” (Tuhanku, tolong aku)..berserah, buat muka takde pape kat yang lain yang tengah kemas-kemas jugak pastu terus naik blok akademik.

Dan…? Cikgu tak marah langsung…memang dah bersedia dah nak kena sembur, sebab memang patut kena pun (siapa suruh tak hantar kerja) tapi Allah lembutkan hati Pn Cas Coordinator.Dia cakap lembut je, bagi nasihat sekali, pastu sebelum balik kitorang peluk..*aawwww..Dalam 15 minit, settle semua benda. Allahuakbar…terasa ‘panggilan kecemasan’ tu dijawab serta merta.

Selalunya, manusia ada 4 situasi bila ada masalah.

  1. Terus teringat kat Allah, berdoa dan selepas masalah hilang masih ingat Allah dan bersyukur
  2. Terus teringat kat Allah, berdoa tapi lepas masalah hilang lupa kat Allah
  3. Tak teringat kat Allah, bila takde penyelesaian lain baru ingat Allah
  4. Langsung tak teringat kat Allah, dan bila masalah hilang dia ingat masalah tu selesai sebab dia yang selesaikan

No.4 ni paaaling teruk. Dia rasa semua yang berlaku pada dia atas usaha dia sendiri. Contohnya, kalau dia pandai, sebab dia rajin belajar. Kalau gaji tak cukup, sebab dia kurang bekerja keras. Langsung dia tak fikir yang semua tu ialah rezeki atau ujian yang Allah bagi pada dia. Nauzubillahi min zalik. Mohon kita tak jadi golongan no. 4 ni. Pernah dengar cerita Qarun? Qarun ni orang yang kaya raya yang hidup zaman Nabi Musa.  Orang nasihat kat dia, “jangan bangga sangat weh, Allah tak suke orang yang membanggakan diri ni” Tapi, Qarun tetap keluar dan bermegah-megah dengan hartanya. Dia rasa hartanya yang banyak tu diberi pada dia sebab ilmu yang dia ada, bukan sebab Allah yang Maha Pemurah, tapi sebab dia memang patut dapat harta sebanyak tu. Balasannya? Allah benam dia sekali dengan rumah dia ke dalam bumi. Rajin-rajin bolehla tengok surah Al Qasas ayat 75 sampai 83..ada diceritakan kisah Qarun ni.

Golongan no.3. Kadang-kadang bila kita ada masalah, macam-macam kita fikir. Nak selesaikan macam nilah, macam tulah, nak mintak tolong orang ni, nak cari orang tu; bila semua tak menjadi, bila semua orang tak boleh tolong..kita frust.Masa tu, barulah kita nak mintak tolong dengan Allah, sebab “dah takde dah yang boleh tolong”. Allah yang pegang hati-hati manusia dan Allah yang susun semua kejadian kat dunia ni. Tanpa izinNya, tak jadi sesuatu tu..Kalau ada orang tiba-tiba baik hati nak tolong kita, Allah yang gerakkan hati dia untuk tolong kita. Patutnya Allah yang kita cari dulu, yang lain tu cuma usaha kita je..Allah bukan “last resort to solve our problem”, bahkan Dia yang bagi kita problem tu untuk menguji kita, dan Dia jugakla yang boleh ambik balik problem tu…

Golongan no.2. Kadang-kadang, ada orang yang bila dapat masalah sebijik, masa ni lah rajin solat, doa panjang-panjang, dan sebagainya. Selesai masalah, dia lupa yang dia dulu pernah doa nangis-nangis kat Allah mintak diselesaikan masalah. Dia pun kembali ke hidup dia yang biasa. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” 

Surah Yunus ayat 12 (10:12)

 Ada baiknya kalau orang yang sebelum ni tak pernah teringat kat Allah, bila dapat masalah tiba-tiba dia ingat Allah dan beramal macam-macam. Yang lebih baik lagi ialah dia consistent dengan amalan-amalan tu. Masalah tu cuma jadi turning point untuk dia kembali kepada Allah.

Golongan no.1 ni lah yang kita nak jadi.. Yang mengingati Allah di waktu susah dan senang. Dia tak berharap pada makhluk Allah yang lain yang sama-sama lemah jugak macam dia, tapi dia direct ingat, nombor 1, Allah dulu. Cari orang ke, nak buat apa-apa tu usaha, tapi Allah yang berkuasa atas segalanya. Dan yang paling penting, dia bersyukur atas pertolongan yang Allah beri, sebab dia tahu, boleh je kalau Allah tak nak tolong dia, tapi Allah tolong dia. Daripada ramai-ramai hamba Allah kat muka bumi ni, Allah pilih dia untuk diberi pertolongan.

 Ingatlah Allah setiap ketika, Allah akan ingat kita. Kalau dalam hidup ni pun, kalau ada kawan yang bila susah je cari kita mintak tolong, tapi bila dah senang, macam tak pernah kenal. Lama-lama mesti bosan jugak kita dengan dia kan? Memang Allah tak pernah bosan dengan hambaNya, tapi jangan kita buat macam tu pulak..siapalah kita ni.

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”

Surah Al Baqarah ayat 152 (2:152)