Pada suatu pagi di kolej..

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi tu tengah kemas-kemas buku-buku budak IB kat bilik rehat.Sepah gila. Tiba-tiba henpon bunyi.Mesej baru masuk:

“your cas log tak hantar.jumpa saya.pn cas coordinator”

Pap! “matila aku~ habislahhhh..mesti kene bunuh ngan pn cas coordinator hari ni”<– dalam hati

Tapi..tiba-tiba hati berdoa” Rabbi unsurni” (Tuhanku, tolong aku)..berserah, buat muka takde pape kat yang lain yang tengah kemas-kemas jugak pastu terus naik blok akademik.

Dan…? Cikgu tak marah langsung…memang dah bersedia dah nak kena sembur, sebab memang patut kena pun (siapa suruh tak hantar kerja) tapi Allah lembutkan hati Pn Cas Coordinator.Dia cakap lembut je, bagi nasihat sekali, pastu sebelum balik kitorang peluk..*aawwww..Dalam 15 minit, settle semua benda. Allahuakbar…terasa ‘panggilan kecemasan’ tu dijawab serta merta.

Selalunya, manusia ada 4 situasi bila ada masalah.

  1. Terus teringat kat Allah, berdoa dan selepas masalah hilang masih ingat Allah dan bersyukur
  2. Terus teringat kat Allah, berdoa tapi lepas masalah hilang lupa kat Allah
  3. Tak teringat kat Allah, bila takde penyelesaian lain baru ingat Allah
  4. Langsung tak teringat kat Allah, dan bila masalah hilang dia ingat masalah tu selesai sebab dia yang selesaikan

No.4 ni paaaling teruk. Dia rasa semua yang berlaku pada dia atas usaha dia sendiri. Contohnya, kalau dia pandai, sebab dia rajin belajar. Kalau gaji tak cukup, sebab dia kurang bekerja keras. Langsung dia tak fikir yang semua tu ialah rezeki atau ujian yang Allah bagi pada dia. Nauzubillahi min zalik. Mohon kita tak jadi golongan no. 4 ni. Pernah dengar cerita Qarun? Qarun ni orang yang kaya raya yang hidup zaman Nabi Musa.  Orang nasihat kat dia, “jangan bangga sangat weh, Allah tak suke orang yang membanggakan diri ni” Tapi, Qarun tetap keluar dan bermegah-megah dengan hartanya. Dia rasa hartanya yang banyak tu diberi pada dia sebab ilmu yang dia ada, bukan sebab Allah yang Maha Pemurah, tapi sebab dia memang patut dapat harta sebanyak tu. Balasannya? Allah benam dia sekali dengan rumah dia ke dalam bumi. Rajin-rajin bolehla tengok surah Al Qasas ayat 75 sampai 83..ada diceritakan kisah Qarun ni.

Golongan no.3. Kadang-kadang bila kita ada masalah, macam-macam kita fikir. Nak selesaikan macam nilah, macam tulah, nak mintak tolong orang ni, nak cari orang tu; bila semua tak menjadi, bila semua orang tak boleh tolong..kita frust.Masa tu, barulah kita nak mintak tolong dengan Allah, sebab “dah takde dah yang boleh tolong”. Allah yang pegang hati-hati manusia dan Allah yang susun semua kejadian kat dunia ni. Tanpa izinNya, tak jadi sesuatu tu..Kalau ada orang tiba-tiba baik hati nak tolong kita, Allah yang gerakkan hati dia untuk tolong kita. Patutnya Allah yang kita cari dulu, yang lain tu cuma usaha kita je..Allah bukan “last resort to solve our problem”, bahkan Dia yang bagi kita problem tu untuk menguji kita, dan Dia jugakla yang boleh ambik balik problem tu…

Golongan no.2. Kadang-kadang, ada orang yang bila dapat masalah sebijik, masa ni lah rajin solat, doa panjang-panjang, dan sebagainya. Selesai masalah, dia lupa yang dia dulu pernah doa nangis-nangis kat Allah mintak diselesaikan masalah. Dia pun kembali ke hidup dia yang biasa. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” 

Surah Yunus ayat 12 (10:12)

 Ada baiknya kalau orang yang sebelum ni tak pernah teringat kat Allah, bila dapat masalah tiba-tiba dia ingat Allah dan beramal macam-macam. Yang lebih baik lagi ialah dia consistent dengan amalan-amalan tu. Masalah tu cuma jadi turning point untuk dia kembali kepada Allah.

Golongan no.1 ni lah yang kita nak jadi.. Yang mengingati Allah di waktu susah dan senang. Dia tak berharap pada makhluk Allah yang lain yang sama-sama lemah jugak macam dia, tapi dia direct ingat, nombor 1, Allah dulu. Cari orang ke, nak buat apa-apa tu usaha, tapi Allah yang berkuasa atas segalanya. Dan yang paling penting, dia bersyukur atas pertolongan yang Allah beri, sebab dia tahu, boleh je kalau Allah tak nak tolong dia, tapi Allah tolong dia. Daripada ramai-ramai hamba Allah kat muka bumi ni, Allah pilih dia untuk diberi pertolongan.

 Ingatlah Allah setiap ketika, Allah akan ingat kita. Kalau dalam hidup ni pun, kalau ada kawan yang bila susah je cari kita mintak tolong, tapi bila dah senang, macam tak pernah kenal. Lama-lama mesti bosan jugak kita dengan dia kan? Memang Allah tak pernah bosan dengan hambaNya, tapi jangan kita buat macam tu pulak..siapalah kita ni.

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”

Surah Al Baqarah ayat 152 (2:152)


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s