R..ramadann kkareemm

Dah seminggu kita puasa kan 🙂

Dah seminggu jugak saya di Hobart, Tasmania..

Subhanallah seronoknya perasaan ikatan kerana agama itu..walaupun kitorang tak kenal pon seniors kat sini, dan diorang tak kenal pon kitorang, tapi welcome yang kitorang dapat, allahuakbar, macam kitorang ni kawan diorang yang balik semula ke hobart lepas lama bercuti kat tempat lain. Sampai kat rumah yang kitorang tumpang tu, rupanya ramai lagi orang tunggu untuk berbuka sama-sama.. *awwww*.. Mungkin kerana sikitnya orang islam kat sini membuatkan bond tu jadi lebih rapat dan kuat, tapi kan.. mesti best kalau kat Malaysia pon semua orang islam layan sesama diorang camtu, kan, kan? In fact, mesti best kalau semua orang islam kat satu dunia ni layan sesama islam cam sedara diorang sendiri..

Dan yeah, kat sini, bila pakai tudung, orang senang nak tau kita islam. Bila jalan-jalan, kalau jumpa perempuan islam dari negara lain, diorang akan ” Assalamualaikum sister” dan kalau kita bukan nak cepat, mungkin akan salam dan peluk jugak..sweet kan? Kalau dengan bukan islam, biasa je la..cuma diorang tau la yang kita orang islam. Saya terfikir yang kat sini, tak kira la siapa kita, tak kira kita ni super pandai tentang islam atau serba tak tau, orang bukan islam tak kan kira semua tu. Diorang cuma kira yang kita islam, dan ape aje yang kita buat, melambangkan islam. Setiap orang islam yang ada kat negara majoriti bukan islam jadi cam duta kecil islam.

Memang, kat malaysia pon camtu jugak, setiap orang islam jadi duta kecil islam kepada orang kat sekeliling dia. Tapi sebab ramai orang islam, bila kita  tak cukup bagus kita rasa “takpe, orang tu ada..kalau aku cam k.o. pegilah tengok orang islam lain”. Bila dah jadi minoriti, barula tau camana rasa bila feeling “a reputation to uphold” tu terpikul kat bahu sendiri jugak. Bak kata sorang senior tu, “lain bila omputih masuk klas lewat dengan muslim masuk lewat”. Orang akan tengok. Dan orang suka bercakap.

*Dan telah pon menjalani amali dengan berlari-lari naik bukit (hobart memang sangat berbukit-bukau ye adik-adik :p) kerana takut terlewat masuk klas praktikal lepas solat asar. Asar masuk dalam pukul 2.50, klas pukul 3. Epic.

Satu lagi pengalaman yang best ialah mengajar anak-anak orang ostrolia (dan ada jugak anak orang malaysia) mengaji di satu-satunya masjid kat hobart. Tapi dalam english, dengan english bebudak tu yang jauh lebih manthopp dari english sendiri..wahaha.. Saya cuma jadi cam pembantu cikgu, dengan budak-budak level zero, yang tak kenal huruf arab pon lagi..semua budak-budak kecik dalam 5, 6 tahun. Seronok layan diorang..sebab diorang sangat comel dan bersemangat nak belajar pasal islam. Besides ngaji, ada sorang cam head teacher untuk bebudak kecik ni yang akan ajar diorang benda-benda cam rukun islam, sunah Rasulullah s.a.w. dan sebagainya.

Kat sini sejuk sepanjang hari dan sepanjang tahun..pagi-pagi mungkin dalam 3 atau 4 celcius, siang mungkin paling panas dalam seminggu ni dalam 13 celcius. Kalau potong sayur lama-lama boleh kebas tangan sebab sejuk..uuuu.. Kalau time saya kat malaysia mungkin akan cakap ni

“Panasla hari ni!”

-“mana taknya, hari ni 38 celcius!

Kalau kat sini

“Panas kan hari ni?”

-“a’ah..hari ni 13 celcius”

=,=

Manusia memang tak pernah akan berpuas hati ke? Panas bising, sejuk bising..bilalah diri ini akan belajar untuk bersyukur.. 😦

Datangnya Ramadhan tahun ni serentak dengan datangnya kami ke bumi hobart..moga kami terus tetap dalam mengingatiNya sentiasa.

Merindui para akhawat(sisters) yang di malaysia. i love u oll.

Petang pertama di hobart..Dah dekat nak berbuka dah 😀

Advertisements

Kesah di hari-hari terakhir Sya’ban

Bismillahirrahmanirrahim =)

Finally got the time to write up a post..Sejak minggu lepas, saya dibusykan dengan macam-macam borang yg mara nak, sampai ulang alik ke kl beberapa kali..Alhamdulillah semalam dah settle semua..

Sepanjang minggu tu, saya asyik, asyik, asyik rasa yang tahun ni, saya tak merasa nikmat menunggu Ramadhan tiba..kerana kononnya disibukkan oleh hal-hal dunia..sampaikan initially dalam kepala saya post ni akan bertajuk ” Hey dunia! pergi main jauh-jauh!”..tapi..alasan busy kerana dunia sampai tak prepare untuk akaun akhirat macam..sangatlah tak konkrit. Mampu ke saya nak cakap “Ya Allah, aku tak berapa prepare sangat sebab aku busyla” kat akhirat nanti?

Kalau tahun lepas, time ni, saya ingat lagi, saaaangat indah tempoh-tempoh ni. Kitorang semua sangat-sangat menantikan Ramadhan, nak-nak dua tiga hari terakhir Syaaban.. takut sangat tak sempat jejak Ramadhan..sangat-sangat mendoakan agar doa ” Ya Allah, sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan ” tu dimakbulkanNya.

Malam pertama Ramadhan tu, lepas maghrib di hari terakhir Sya’ban, ada orang cakap “Ramadhan Kareem..!” Ada sorang kawan saya menitis air mata sebab kita semua da sampai ke Ramadhan. Dan saya rasa sebak sangat sebab merasakan ada je kemungkinan saya tak sempat puasa subuh esok..ada je kemungkinan tu malam terakhir saya di dunia. Allahuakbar…

Alhamdulillah diberikan peluang sekali lagi untuk menunggu Ramadhan..dan akhirnya, Allah bagi ilham pada saya..Allah mungkin dah tarik nikmat tunggu Ramadhan tu dari saya.. tapi Dia jugak bukak mata saya untuk sedar yang baaanyak lagi nikmat selain tu yang tak sempat lagi saya syukuri..

Saya ada kawan-kawan dan keluarga yang risau untuk saya..yang bersusah untuk tolong saya..

Saya ada peluang untuk belajar, sedangkan ada orang mampu menengok je orang lain berlajar.

“Kesusahan” menguruskan benda ni, yang saya rasakan tersangat la susah, tak sesusah budak-budak palestin yang mungkin terbunuh kalau diorang keluar pergi belajar.

Saya ada banyak kemudahan dan keperluan yang tersedia dan disediakan orang-orang sekeliling saya, yang saya ambik mudah, dan tu jugak adalah nikmat..

Masalah visa  dan conformation letter saya, yang mungkin menyebabkan saya tak dapat fly dengan yang lain, mengajar saya untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, melatih saya untuk bersabar dan bersyukur dengan ape aje yang Dia berikan..Tipu kalau kata saya tak nangis sepanjang buat benda ni. Saya cuma boleh buat apa yang termampu dan mendoakan yang terbaik. Menyedari hakikat yang hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya, membuatkan saya rasa begitu kerdil di sisiNya. Allahuakbar! :’)

Alhamdulillah walaupun lambat sikit selesai, tapi, selesai jugak akhirnye.. Terima kasih Allah = )

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Surah Ghafir (al Mukmin) ayat 60 [40:60]

.

“Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa, kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu, dan (akan dikabulkan) pada waktu yg ditentukan-Nya bukan pada waktu yg ditentukan oleh kamu.”

Syeikh Ibn Athaillah

*Ramadhan Kareem tu maksudnye ‘Ramadhan mulia’. Orang-orang Arab akan sebut benda ni bila time Ramadhan. Jawab kepada Ramadhan Kareem ni ialah “Allahu akram”. Maksudnye Allah lebih mulia..[Sumber]

Kelab Peronda: muhasarawak selepas 4 tahun

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada zaman dahulu, ada seorang budak form 4 yang mula terjebak dengan keindahan duniawi ponteng kelas..Kesukaan dia dan rakan-rakan sekelasnya terhadap ponteng sehingga mereka menubuhkan sebuah kelab underground yang amat rahsia :Kelab Peronda, yang dinamakan sedemikian kerana bila ponteng kelas, mereka akan lari dari kelas dan meronda keliling kawasan sekolah supaya tak ditangkap.

Potret Kelab Peronda..wahahaha [Kredit]

Tapi budak ni bukan lah ahli rasmi kelab ini kerana dia taklah geng sangat dengan mereka.. namun, kekerapan dia ponteng kelas mengalahkan kekerapan walaupun pengerusi Kelab Peronda ini..Ikuti temubual bersama beliau yang kini sudah insaf dan telah memulakan hidup baru:

Q: soalan

A: jawapan

Q: Macam mana pengalaman pertama Cik F (bukan nama sebenar) masa ponteng kelas? Ce citer, ce citer

A: Haha..First time ponteng, takut gila, kot! Kitorang duduk kat satu wakaf yang dekat gak la ngan klas tu..tapi feeling masa tu, whoa! Rasa cam semua orang tengah tengok kita..Bila ada cikgu lalu je, rasa cuak sangat, sebab rasa cam diorang tau je kita ponteng..tapi op kos la diorang semua tak tau pon..kitorang je yang terlebih perah santan… Astaghfirullahal ‘azhim.. Kalau buat salah depan Allah, saya tidak setakut tu..padahal Allah Maha Melihat kita kan..tapi masih mampu untuk rasa cool dan bertangguh nak bertaubat(sebak) ..masih berdegil nak buat jugak dosa walaupun dalam hati tau Allah tengah melihat.. Mungkin sebab tu kot, kan..Allah janjikan ganjaran besar kat orang-orang yang takut pada Tuhan diorang walaupun diorang tak nampak pon Tuhan diorang tu.

 

Q: Betul tu, Cik F..Allah janjikan kepada orang macam tu, untuk masuk ke syurga dengan aman dan damai bila dia datang kepada Allah dengan hati yang bertaubat (Surah Qaf, ayat 33-34 [50:33-34]) dan ayat-ayat lain yang tak sempat saya nak quote..

Jadi, macam mana Cik F boleh terjebak dengan ponteng ni?

A: Masa awal-awal tu, kerana kawan yang mengajak, yang juga boleh diajak..kiranya, macam kitorang sama-sama suke ponteng.. asal tak suka subjek tu, ponteng. Bosan ngan cikgu tu, mintak nak gi tandas, pastu tak balik-balik dah.. Kawan saya time tu, bukanla dari kawan-kawan rapat saya sebelum tu, sebab diorang masuk klas lain.. Diorang selalu salahkan kawan baru saya tu, sebab diorang kata dia yang bagi pengaruh buruk kat saya..tapi, saya tau kitorang ponteng suka sama suka.. Bila fikir sekarang, saya bersyukur sangat Allah tak amek nyawa kitorang berdua time form 4 tu..kalau tak, haih! Mungkin kitorang akan salah menyalahkan pulak sebab dah tinggalkan macam-macam amanah..amanah belajar, amanah parents, cecikgu..Alhamdulillah Allah bagi kitorang peluang lagi untuk mintak maaf kat cecikgu dan parents and also peluang bertaubat (senyum)

.

Q: Oh? Kenapa Cik F kata nanti korang salah menyalahkan? Tak paham part ni, boleh terangkan sikit tak?

A : Boleh (senyum). Saya penah terbaca dalam Al-Quran,  dalam ayat ke 67 surah az-Zukhruf (43:67), time hari kiamat datang nanti, teman-teman karib akan saling bermusuhan, kecuali mereka yang bertakwa. Yang pastinya, persahabatan kitorang time tu bukan terbina atas ketakwaan.  Saya bayangkan, kekawan karib berselisih sebab cam, ‘dulu kita bff, tapi tak penah kau tegur salah aku’, atau pun dalam kes saya, nanti sorang cakap “Dulu time kita ponteng, kau la yang ajak aku, dah aku tak jalankan amanah! Ni semua salah kau!” pastu nanti lagi sorang kata “Abes tu? Sape suruh kau ikut cakap aku? Kalau aku suruh kau makan taik idung, kau makan taik idung? Kau pon nak ponteng kan? Ni salah kau gak la!” Macam tu lah..ada paham ker? Masing-masing takut sebab akan terima pembalasan atas ape yang diorang dah buat, jadi diorang nak heret sekali semua orang lain yang berkaitan.

  .

Q: Ok paham (senyum)..Jadi, ape yang buat Cik F akhirnya berhenti ponteng?

A: Allah..memang sangat sayang kitorang berdua.. Sebenarnya, banyak benda yang Allah campakkan dalam hidup kitorang untuk buat kitorang berhenti ponteng.. Contohnya, result exam cam biskut beraneka dalam tin, daripada 9 subjek kitorang amek, daripada A sampai G (fail) semua kitorang ada. Tapi kitorang keras kepala kot.ehehe..malahan sebab kitorang duduk dalam klas honeymoon, result cam tu dipandang gempak gak, sebab tak nampak cam nerd..adoyai.. Pastu cikgu klas kitorang ada jugak tegur, tapi sebab dia berlembut, kitorang buang ke tepi je teguran berhemah dia tu. Jadi, sebab kitorang tak makan saman sangat, Allah hantar ketukan kat kepala, dalam bentuk kitorang menerima amaran keras dari cikgu yang kitorang selalu jugak ponteng klas dia. Alhamdulillah Allah lembutkan hati saya.. Melihat cikgu hampir menangis kerana apa yang saya buat, bukanla apa yang saya suke.. Saya mula berfikir sampai bila saya nak teruskan menipu parents, sebab, walaupun tak tipu secara direct, ia tetap cam menipu sebab diorang ingat saya pergi belajar, rupa-rupanya saya main.. Sejak tu, saya try tinggalkan ponteng dan belajar dengan lebih rajin.

 .

Q: Subhanallah sweetnya Allah! Memang kalau kita makin menjauh dariNya, Dia tak henti-henti panggil kita untuk balik padaNya, dengan macam-macam nikmat dan ujian..Cuma kita je yang tak perasan yang nikmat dan ujian yang Dia berikan tu untuk kita kembali dan bertaubat dan bersyukur padaNya.  

Saya rasa tu je, soalan dari saya. Cik F, any last words?

A: Ada, ada. Pesan saya, kalau kita buat salah, atau dosa, cepat-cepatla mintak maaf dan bertaubat. Dosa ni, macam paku.. Bayangkan hari-hari, kita ketuk sebatang paku pada satu dinding yang putih..Lama-lama, walaupun paku tu kecik je, dinding tu akan penuh jugak, dan nampak sungguh tak bergaya. Bila nak buat dia nampak bergaya, dengan mencabut paku tu, sudahlah susah, pastu walaupun dicabut semua paku tu, akan tertinggal kesan kat dinding tu. Macam tu la kesan dosa kat hati kita..Sebelum melarat dan rasa dosa tu indah, sebelum banyaknya dosa membuat hati kita mati, kembalilah padaNya dalam sujud seorang hamba yang bertaubat..

  .

Q: Well said, my friend! Baiklah, cik F, rasanye tu je.. jazakillah khair

A: Oh, apa itu?

Q: Hehe..maksudnye, “semoga Allah membalas kebaikanmu”.. kalau lelaki, kata jazakallah khair.

A: Owh…kena jawab ape-ape ke?

Q: Bila orang kata macam tu, elok kalau kita jawab, wa iyyaki, maksudnye, “dan bagimu jugak” 

A: Ok then..wa iyyaki(senyum)

Laaliii laaliii!

Hari ni dah 19 haribulan Sya’ban…

Ade berape hari je lagi nak masuk bulan penuh barakah a.k.a Ramadhan al-Mubarak. Kalau dalam lumba lari 400m, dah boleh nampak garis penamat dah, beserta kekawan dan cecikgu yang bersorak-sorak laalii laalii (<– pelat dan sengau untuk “lari lari”) tunggu kita kat situ.

Siapa yang selalu masuk lumba lari masa sekolah dulu taula, masa ni, emosi dah membuak-buak tak sabar nak cecah finishing line lagi-lagi bagi orang yang tak berape nak cukup stamina macam saya*koff koff* …tinggal kena lari sikiiiit je lagi. Pastu sampai. *hoyeahhh!*

Bezanya, melepasi bulan Sya’ban, kita sampai pulak pada bulan Ramadhan. Kiranya macam kalau lumba lari 400m tadi, dah sampai garisan penamat terus sambung pulak perlumbaan 400m yang baru, tapi hadiah dia berkali-kali ganda lebih best.

Selalunye orang kata, bulan Ramadhan nilah time kita nak kejar rahmat Allah, keampunanNya dan time nilah orang berusaha mencari perlepasan daripada neraka..Sepanjang Ramadhan, kita selalu dinasihatkan untuk gandakan amal ibadah, dengan harapan akan terus  istiqamah (consistent) lepas Ramadhan dah berlalu.

” Tapi kan, kalau orang yang berlatih lari gitu-gitu je, dan stamina dia pun tak cukup mana, boleh ke dia bertahan untuk 400m seterusnya tu? Tak ke ade kemungkinan 123% dia akan tercungap-cungap dengan teruk atau lebih dahsyat lagi pengsan di tengah-tengah jalan?”

[Kredit]

Bagi saya, tak mustahil. Mungkin di awal Ramadhan kita boleh dengan gagahnya bangun solat tahajud dan berqiamul lail, atau dalam satu hari boleh habiskan baca 2-3 juzuk Al-Quran, tapi kalau tak terbiasa, dan mengejut bak serang hendap harimau bintang di savanna Afrika, lama-lama ibadah-ibadah yang sepatutnya terasa nikmat akan terasa berat dan menyusahkan.

Macam jugak orang-orang yang tak pernah berlapar dan dahaga, kalau tiba-tiba je tak boleh makan minum dari terbit matahari sampai terbenam, kemungkinan besar perut dia akan mengalami culture shock yang amat hebat kalau terpaksa berpuasa sebulan. Dan kalau dia tak hayati pon ibadah puasa, apa yang dia dapat, cumalah lapar, penat dan dahaga.

Takpe, insya Allah masih ada masa untuk kita start warm up untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Boleh cuba-cuba puasa sunat dalam sehari dua dari seminggu kira ok jugak..mengikut keselesaan dan kemampuan sendiri. Atau pon boleh jugak mulakan bangun untuk qiamullail, dan perelokkan bacaan al-Quran dan cuba hayati maksudnya sekali kalau boleh. Dan, baiki solat kita kat mana-mana yang lompong-lompong tu..bagus kalau kita boleh faham maksud bacaan solat, tak nak la jadi cam burung kakak tua yang asyik tau ulang-ulang sebut, tapi tak tau sehabuk pun apa makna ayat-ayat yang dia asyik sebut tu.

Bukanla nak baiki diri semata-mata untuk Ramadhan, kerana kita hidup bukan untuk beribadah pada bulan Ramadhan je, tapi ibadah kita untuk bila-bila pon sampai la Izrail datang menjemput. Cuma datangnye Ramadhan tu cam dorongan lebih sikit atau dalam bahasa kasarnye satu jentikan di dahi untuk “Bila lagi nak baiki diri? Ape kata start sekarang?”

Dalam saki-baki Sya’ban yang tinggal ni, kita cuba bersihkan diri daripada dosa-dosa yang kita dah buat dengan banyakkan solat sunat taubat..Supaya, nanti bila Ramadhan dah datang, kita boleh usaha nak isikan hati yang dah bersih tu dengan cahaya hidayah, bukannya masa tu jugak baru nak bersihkan hati, sebabnye, cahaya susah nak masuk dalam hati yang gelap dan kotor. Takut nanti tak sempat nak isi hidayah, Ramadhan pun dah habes…

Dan yang paling penting, tanamkan niat dalam hati dari sekarang untuk cari keredhaan Allah. Doa banyak-banyak kat Allah supaya dibukakan jalan dan diberi keinginan dan kekuatan untuk mendekatiNya dengan istiqamah..

Jom jadi para pencari Tuhan..

Jom jadi orang yang Dia kasihi kerana hari-hari melawan diri sendiri semata-mata untuk redhaNya.

Jom!! 😉

* suka lagu Para PencariMu daripada Ungu. Cam kena pulak kalau jadi lagu tema bulan Sya’ban dan Ramadhan ni

Hari result ib keluaq

Jumaat, 6 Julai- Result ib sedunia keluar..dan? One more step is paved in front of us. The question is, does that step take you closer, or further from God?

Tak kirala ape pon result yang kita dapat, semua tu Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz..Yang dapat result baik, janganla terlalu gembira… bukan sekadar nak menghormati perasaan mereka yang kurang berjaya, tapi jugak sebagai ingatan yang semua ni berlaku atas kehendakNya semata-mata bukan cuma atas usaha penat jerih kita. Yang dapat result kurang baik, saya tau ramai kat luar sana yang tabah dan gagah berani, tapi tak kurang jugak yang hampir berkecai dan berderai dengan result ib. Kepada semua termasukla diri ini, tatkala menengok result, di mana syukur kita? Di mana yakin kita?

Adakah kata-kata “tak sia-sia aku buat handouts” atau “tak rugi aku solat hajat hari-hari” dan “emph tak berguna pon doa hari-hari. Tak lepas jugak.” lebih bergema dari “terima kasih Ya Allah, aku percaya ni yang terbaik Kau pilihkan untukku”? Bukankah Allah lebih mengetahui? Dia tahu yang mana terbaek untuk kita, dan Dia berikan mengikut pilihanNya, bukan mengikut keinginan kita. Kita sebagai hamba-hambaNya patutnye yakin dengan pilihanNya, kerana segala yang berlaku atas kehendak Dia, bukan kehendak kita.

“Cakap senanglah! Ujian kamu tak sama macam ujian kami!”

Memang. Setiap orang diuji mengikut kemampuannye sendiri. Orang kaya bergaji berpuluh ribu yang menderma 5 ringgit pada pengemis tak merasa susah dan beratnya menghulur 5 ringgit tu berbanding orang yang gaji dia berpuluh ringgit sebulan, yang juga menderma 5 ringgit. Tapi yang gaji berpuluh ringgit tu jugak, tak merasa ujian dalam menginfakkan harta-adakah kikir dalam memberi infak atau tidak-macam yang berpuluh ribu tu, kerana gajinya cukup-cukup untuk keperluan saja.

Sebab tu kita kena bersyukur. Dan bersabar. Apa yang nampak macam nikmat, mungkin juga ialah ujian sekaligus. Dan yang nampak macam ujian, juga adalah nikmat, nikmat ujian-tanda kasih dari Rabb kita semua.

Bila cakap pasal syukur dan sabar atas nikmat dan ujian ni, saya paling suka dengan ayat ni:

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri..”

Surah al-Hadid ayat 22-23 (57:22-23)

Dan satu perkara yang menakutkan, ada jugak benda yang nampak macam nikmat, tapi sebenarnya Allah bagi benda tu supaya kita lebih jauh dariNya. Inilah istidraj. Nauzubillahi min zalik mohon dijauhkan dari kita. Contohnya ada seorang kaki botol. Tiba-tiba Allah bagi dia naik pangkat, dapat lebih banyak gaji, dan sebagainya berbanding orang biasa. Dia pun guna duit tu untuk beli lebih banyak arak dan bermaksiat. Dah jadi camtu, maka menjauhlah dia dari Rabbnya.

Jadi, amek peluang ni untuk kembali pada Tuhan kita yang satu..yang sentiasa menunggu kita dengan penuh keampunan dan kasih sayangNya yang tak terhitung.. Tak kirala result baik ke buruk, kembalila pada Allah dan mohon keampunanNya. Moga ini bukan balasan atas dosa-dosa kita yang lalu.

 “…Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)”

Surah al-A’raf ayat 168 (7:168)

So..the decision is up to us. Have faith, believe and let Him lead us to where He wants us to be. Our job is to work towards tawakkal solely to Him and Him only. Roger and out.

Nasib ilmu spm ku

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengok lambakan buku di bawah.

Dah tengok?

Bagus, murid-murid..hehehe

[Kredit]

Ok, percaya tak, kalau saya kata, time spm dulu, kalau buku-buku sebanyak ni saya kena baca dan ingat sebab masuk spm, saya akan cuba untuk pulun baca dan ingat? Siriyesli, tak tipu…Ingat lagi masa tu banyaknye buku sampai tak tau nak baca mana satu. Lepastu, macam-macamla buat nak bagi ingat fakta-fakta dan tarikh bebagai..adoilahh. Habis spm? *Poof!* Hilang semua..Nak-nak sejarah sebab saya dah tak belajar dah sejarah kat kolej.

Macam kenal je perangai ni *koff koff*[Kredit]

Jadi? Nampak sangatla saya belajar 5 tahun kat sekolah tu semata-mata (diulang, semata-mata) untuk lulus exam. Teringat sebuah kesah benar seorang ustaz saya cerita. Sekumpulan akhawat (sisters) tengah dalam musafir. Sampai satu masa, diorang kena berhenti untuk solat, tapi tempat tu takde air. Kat tepi jalanla katakan. Dahla tu, diorang pulak takde langsung air nak dibuat berwuduk.

Ketua diorang pon kata “Okey, semua tayamum, pastu solat kat sini.”

*semua buat muka cuak*

” Tayamum? Camana nak tayamum? Boleh ke? Betul ke ni?” (dan pelbagai soalan retoris lain)

 ” La..kan semua da belajar dulu kat sekolah?”

Dan cerita ni buat saya tak senang duduk tatkala mendengarnye..sebab..masa dengar cerita ni, saya sendiri dah pening-pening lalat ala-ala ingat-ingat lupa je pasal tayamum dan rakan-rakannya. Kenape ek? Ingat lagi time PAFA dulu, siap buat amali lagi (guna bedak 😉 ), kenape saya tak boleh nak yakin? Kenape tak melekat kat hati benda-benda ni semua? Kenape?

Sebab dulu, hafal semua tu untuk lulus PAFA..supaya kat sijil spm nanti tulis “Lulus Fardu Ain” (or something like that)..sampaikan masa hafalan tu, ada cikgu-cikgu yang suruh satu kelas hafal, pastu baca ramai-ramai. Habis semua orang baca, tanda dah hafal..Allahuakbar..

Ayat-ayat kefahaman Al-Quran dalam silibus agama dulu, jujurnya saya dah tak ingat dah, ape yang saya belajar dulu. Ruginya..berpenat lelah beberapa tahun dok menghafal, akhirnya buang ke belakang macam tu je..Astaghfirullahal’azhim.

Kat sinila pentingnye niat sebelum kita start buat apa-apa. Macam sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Umar al-Khatab r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki.

(HR Bukhari dan Muslim)

Sebagai mukmin, mestilah segala-galanye, back to Allah..Macam yang kita ikrar hari-hari dalam doa iftitah “inna solati wanusuki wa mahyaya wamamaati lillahi rabbal ‘alamin-sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.” Jadi, niat yang terbaik: buat sesuatu kerana Allah..

Kan bagus kalau sebelum start study, niatkan ” Ya Allah, aku belajar ni sebab aku nak kenal Engkau dengan lebih baik, sebab aku nak beribadah dengan lebih sempurna, supaya aku lebih dekat denganMu, supaya aku mendapat redhaMu” dan yang sewaktu dengannya.. lebih baik daripada takde niat langsung atau pun tersalah niat macam belajar nak lulus exam seperti cerita di atas *koff koff*

Kalau kita dah pasang niat yang baik masa nak start buat apa-apa, pastikan masa tengah buat pun, kita ambik masa untuk refresh niat. Hati manusia ni berbolak-balik..Kadang-kadang, niat di awal tu dah cantik dah, tapi tiba-tiba time tengah buat, niat kita ‘terberubah’ sebab termakan bisikan syeton-syeton kat sekeliling kita. Kalau kita tak reflect dan refresh niat from time to time, tak mustahil kalau di akhirnya kita tak dapat apa-apa sebab kita tak lagi buat kerana Allah, tapi kerana nakkan pujian, upah dan sebagainye lagi.

Wallahu a’lam.

*nak study balik fardu ain, this time with a new and better intention, insya Allah 🙂