Laaliii laaliii!

Hari ni dah 19 haribulan Sya’ban…

Ade berape hari je lagi nak masuk bulan penuh barakah a.k.a Ramadhan al-Mubarak. Kalau dalam lumba lari 400m, dah boleh nampak garis penamat dah, beserta kekawan dan cecikgu yang bersorak-sorak laalii laalii (<– pelat dan sengau untuk “lari lari”) tunggu kita kat situ.

Siapa yang selalu masuk lumba lari masa sekolah dulu taula, masa ni, emosi dah membuak-buak tak sabar nak cecah finishing line lagi-lagi bagi orang yang tak berape nak cukup stamina macam saya*koff koff* …tinggal kena lari sikiiiit je lagi. Pastu sampai. *hoyeahhh!*

Bezanya, melepasi bulan Sya’ban, kita sampai pulak pada bulan Ramadhan. Kiranya macam kalau lumba lari 400m tadi, dah sampai garisan penamat terus sambung pulak perlumbaan 400m yang baru, tapi hadiah dia berkali-kali ganda lebih best.

Selalunye orang kata, bulan Ramadhan nilah time kita nak kejar rahmat Allah, keampunanNya dan time nilah orang berusaha mencari perlepasan daripada neraka..Sepanjang Ramadhan, kita selalu dinasihatkan untuk gandakan amal ibadah, dengan harapan akan terus  istiqamah (consistent) lepas Ramadhan dah berlalu.

” Tapi kan, kalau orang yang berlatih lari gitu-gitu je, dan stamina dia pun tak cukup mana, boleh ke dia bertahan untuk 400m seterusnya tu? Tak ke ade kemungkinan 123% dia akan tercungap-cungap dengan teruk atau lebih dahsyat lagi pengsan di tengah-tengah jalan?”

[Kredit]

Bagi saya, tak mustahil. Mungkin di awal Ramadhan kita boleh dengan gagahnya bangun solat tahajud dan berqiamul lail, atau dalam satu hari boleh habiskan baca 2-3 juzuk Al-Quran, tapi kalau tak terbiasa, dan mengejut bak serang hendap harimau bintang di savanna Afrika, lama-lama ibadah-ibadah yang sepatutnya terasa nikmat akan terasa berat dan menyusahkan.

Macam jugak orang-orang yang tak pernah berlapar dan dahaga, kalau tiba-tiba je tak boleh makan minum dari terbit matahari sampai terbenam, kemungkinan besar perut dia akan mengalami culture shock yang amat hebat kalau terpaksa berpuasa sebulan. Dan kalau dia tak hayati pon ibadah puasa, apa yang dia dapat, cumalah lapar, penat dan dahaga.

Takpe, insya Allah masih ada masa untuk kita start warm up untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Boleh cuba-cuba puasa sunat dalam sehari dua dari seminggu kira ok jugak..mengikut keselesaan dan kemampuan sendiri. Atau pon boleh jugak mulakan bangun untuk qiamullail, dan perelokkan bacaan al-Quran dan cuba hayati maksudnya sekali kalau boleh. Dan, baiki solat kita kat mana-mana yang lompong-lompong tu..bagus kalau kita boleh faham maksud bacaan solat, tak nak la jadi cam burung kakak tua yang asyik tau ulang-ulang sebut, tapi tak tau sehabuk pun apa makna ayat-ayat yang dia asyik sebut tu.

Bukanla nak baiki diri semata-mata untuk Ramadhan, kerana kita hidup bukan untuk beribadah pada bulan Ramadhan je, tapi ibadah kita untuk bila-bila pon sampai la Izrail datang menjemput. Cuma datangnye Ramadhan tu cam dorongan lebih sikit atau dalam bahasa kasarnye satu jentikan di dahi untuk “Bila lagi nak baiki diri? Ape kata start sekarang?”

Dalam saki-baki Sya’ban yang tinggal ni, kita cuba bersihkan diri daripada dosa-dosa yang kita dah buat dengan banyakkan solat sunat taubat..Supaya, nanti bila Ramadhan dah datang, kita boleh usaha nak isikan hati yang dah bersih tu dengan cahaya hidayah, bukannya masa tu jugak baru nak bersihkan hati, sebabnye, cahaya susah nak masuk dalam hati yang gelap dan kotor. Takut nanti tak sempat nak isi hidayah, Ramadhan pun dah habes…

Dan yang paling penting, tanamkan niat dalam hati dari sekarang untuk cari keredhaan Allah. Doa banyak-banyak kat Allah supaya dibukakan jalan dan diberi keinginan dan kekuatan untuk mendekatiNya dengan istiqamah..

Jom jadi para pencari Tuhan..

Jom jadi orang yang Dia kasihi kerana hari-hari melawan diri sendiri semata-mata untuk redhaNya.

Jom!! 😉

* suka lagu Para PencariMu daripada Ungu. Cam kena pulak kalau jadi lagu tema bulan Sya’ban dan Ramadhan ni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s