R..ramadann kkareemm

Dah seminggu kita puasa kan πŸ™‚

Dah seminggu jugak saya di Hobart, Tasmania..

Subhanallah seronoknya perasaan ikatan kerana agama itu..walaupun kitorang tak kenal pon seniors kat sini, dan diorang tak kenal pon kitorang, tapi welcome yang kitorang dapat, allahuakbar, macam kitorang ni kawan diorang yang balik semula ke hobart lepas lama bercuti kat tempat lain. Sampai kat rumah yang kitorang tumpang tu, rupanya ramai lagi orang tunggu untuk berbuka sama-sama.. *awwww*.. Mungkin kerana sikitnya orang islam kat sini membuatkan bond tu jadi lebih rapat dan kuat, tapi kan.. mesti best kalau kat Malaysia pon semua orang islam layan sesama diorang camtu, kan, kan? In fact, mesti best kalau semua orang islam kat satu dunia ni layan sesama islam cam sedara diorang sendiri..

Dan yeah, kat sini, bila pakai tudung, orang senang nak tau kita islam. Bila jalan-jalan, kalau jumpa perempuan islam dari negara lain, diorang akan ” Assalamualaikum sister” dan kalau kita bukan nak cepat, mungkin akan salam dan peluk jugak..sweet kan? Kalau dengan bukan islam, biasa je la..cuma diorang tau la yang kita orang islam. Saya terfikir yang kat sini, tak kira la siapa kita, tak kira kita ni super pandai tentang islam atau serba tak tau, orang bukan islam tak kan kira semua tu. Diorang cuma kira yang kita islam, dan ape aje yang kita buat, melambangkan islam. Setiap orang islam yang ada kat negara majoriti bukan islam jadi cam duta kecil islam.

Memang, kat malaysia pon camtu jugak, setiap orang islam jadi duta kecil islam kepada orang kat sekeliling dia. Tapi sebab ramai orang islam, bila kita Β tak cukup bagus kita rasa “takpe, orang tu ada..kalau aku cam k.o. pegilah tengok orang islam lain”. Bila dah jadi minoriti, barula tau camana rasa bila feeling “a reputation to uphold” tu terpikul kat bahu sendiri jugak. Bak kata sorang senior tu, “lain bila omputih masuk klas lewat dengan muslim masuk lewat”. Orang akan tengok. Dan orang suka bercakap.

*Dan telah pon menjalani amali dengan berlari-lari naik bukit (hobart memang sangat berbukit-bukau ye adik-adik :p) kerana takut terlewat masuk klas praktikal lepas solat asar. Asar masuk dalam pukul 2.50, klas pukul 3. Epic.

Satu lagi pengalaman yang best ialah mengajar anak-anak orang ostrolia (dan ada jugak anak orang malaysia) mengaji di satu-satunya masjid kat hobart. Tapi dalam english, dengan english bebudak tu yang jauh lebih manthopp dari english sendiri..wahaha.. Saya cuma jadi cam pembantu cikgu, dengan budak-budak level zero, yang tak kenal huruf arab pon lagi..semua budak-budak kecik dalam 5, 6 tahun. Seronok layan diorang..sebab diorang sangat comel dan bersemangat nak belajar pasal islam. Besides ngaji, ada sorang cam head teacher untuk bebudak kecik ni yang akan ajar diorang benda-benda cam rukun islam, sunah Rasulullah s.a.w. dan sebagainya.

Kat sini sejuk sepanjang hari dan sepanjang tahun..pagi-pagi mungkin dalam 3 atau 4 celcius, siang mungkin paling panas dalam seminggu ni dalam 13 celcius. Kalau potong sayur lama-lama boleh kebas tangan sebab sejuk..uuuu.. Kalau time saya kat malaysia mungkin akan cakap ni

“Panasla hari ni!”

-“mana taknya, hari ni 38 celcius!

Kalau kat sini

“Panas kan hari ni?”

-“a’ah..hari ni 13 celcius”

=,=

Manusia memang tak pernah akan berpuas hati ke? Panas bising, sejuk bising..bilalah diri ini akan belajar untuk bersyukur.. 😦

Datangnya Ramadhan tahun ni serentak dengan datangnya kami ke bumi hobart..moga kami terus tetap dalam mengingatiNya sentiasa.

Merindui para akhawat(sisters) yang di malaysia. i love u oll.

Petang pertama di hobart..Dah dekat nak berbuka dah πŸ˜€

Advertisements

7 responses to “R..ramadann kkareemm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s