Can’t stop falling in love

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Ade sorang tu kan, dia baik sangat. Saya tau nama dia sejak kecik lagi, tapi bila da besar ni baru saya start kenal dia. Dia kan, hensemmm. Pastukan, dia tak tinggi sangat, tak rendah sangat, just nice je.

Pastukan, dia sukaaa sangat senyum. Manis sangat senyuman dia *auuuww*. Cam lebih menyinawi dawi mentawi lagi. Huhu kalau saya boleh nampak dia senyum kat saya kan, Allah..rasa cam boleh terbang je *ngeeeee malulah~* Dia senyum kat semua orang. Sampai orang kata dia ni orang yang paling banyak senyum. Kadang-kadang bila kekawan dia buat lawak, dia ketawa jugak. Tapi tak macam certain orang, dia tak ketawa lebih-lebih..takat nampak gigi je.hihi

Tapikan, kan, ramai orang jahat tak suka dia. Sebab dia selalu ajak orang buat baik. Orang tau je ape dia kata tu betul. Tapi entahla kenape orang tak suka dia. Orang kacau dia, family dia, buat macam-macam kat dia sampai sekali tu kan, anak dia nangis lepas tengok orang buat jahat kat dia.

Dia kan, sangat faham keadaan saya. Dia tau yang saya banyak temptations. Dia selalu nangis sebab dia risau kat saya. Dia tau saya tak kuat. Dia tau saya ni ada sangat kemungkinan boleh jatuh dan tewas dengan diri sendiri. Jadi dia slalu nangis time dia teringat kat saya. Selalu sangat. Sangat selalu.

Jadi macam mana saya tak boleh jatuh cinta kat dia? Macam manala saya tak sayang dia?

“Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.”

Surah at-Taubah ayat 128 [9:128]

See? How can I stop falling in love with him? Dia tak pernah tengok saya. Tak pernah. Tapi dia sayangg sangat kat saya. Kat anda semua. Dia pernah kena simbah pasir, kena letak perut haiwan kat tengkuk time solat, kena baling batu, kena tarik baju kat leher, kena hantuk kat kepala, pernah masuk besi kat pipi, kena caci, kena maki, kena marah.. Pernah berlapar, kena boikot, macam-macam dia kena.

Tapi dia tahan je semua. Bukan senang ape yang dia lalui. Dia pon manusia biasa cam kita. Tau rasa sakit. Tau rasa sedih. Tapi dia bersabar dan berserah pada Allah. Hari ni kita islam kerana dulu, dia tanggung semua penderitaan, kesakitan, bebanan, kelaparan..semua dia lalui. Dan hari ni kita best-best lahir da islam kerana dulu  seorang insan yang tak pernah nampak kita sangat mencintai kita sampai sanggup bersusah payah camtu skali.

Ya Allah, kurniakanla kami rasa cinta kepada Muhammad s.a.w. seperti mana dia mencintai kami.

* nak sangat time akhirat nanti bila nampak Nabi Muhammad s.a.w nak kata “Ya Rasulullah! Aku mencintaimu kerana Allah” pastu Nabi s.a.w cakap “Aku pon mencintaimu kerana Allah”. Wahhh subhanallah seronok sangat. Ya Rabb perkenankanlah.

Advertisements

Kerana shinawanmentawi itu sinaran mentari

Bismillahirrahmanirrahim

Baiklah. Dulu sebenarnya saya pernah ada niat nak tukar nama belog ni. Sebab dia pelik, panjang, susah nak taip dan orang yang dengar akan

(^_^) “Ape name belog kau?”

(^o^) “Shinawanmentawi”

(o_o)”Ape?”

(*_^)”Shinawanmentawi.”

(+_+)”Cendawan menari?”

(=..=) “Shi..na..wan.. men..ta..wi!

(TT__TT)”Ape tu…..????”

Hehe..betul tak, betul tak?

Tapi entahla..sampai sekarang tak terfikir lagi nak bagi nama ape..Lagipon err..sekarang kan dah ada beberapa orang yang bace belog i *wootwoo*

jadi..err..nanti korang tercari-cari pula mana belog i *ohoi perasan nyew!*

Jadi bersabarla ye dengan name belog ni yang pelik..dan bebelan saya yang memanjang ni.

Kenapa saya pilih sinaran mentari?

Sebab saya rasa seronok kalau melalui belog ni kite semua dapat some sort of enlightenment. Hehee memang pengalaman hidup saya tak berape menarik pon nak dibanding dengan certain orang lain.. tapi maaana la tau ada something yang Allah nak bagi through my stories. So macam sinaran mentari la..menyinari kegelapan, menghangatkan kesejukan* haha poyo* kbai

Pengumuman pengumuman!

Bismillahirrahmanirrahim

🙂

Ada yang mencari siri entry Is that oll ke? * hohoho terharu*

Atas sebab-sebab tertentu, saya telah memutuskan untuk memeram entri-entri tersebut sampai satu masa nanti insyaAllah(hee skemanye ayat)

I olz mintak maaf sangat u olz. Bagi yang da ikut sejak yang pertama lagi, dan  tengah bising2oh no kenapa tidaakkkk*ehehe* boleh tinggal emel kat tempat komen kat bawah ni..Insya Allah saya akan mengfollow up anda;) Yang ada soalan atau tak faham mana-mana pon boleh tinggal emel atau tanye je kat bawah ok?

Tu je.

Tengs u ols.

Jazakumullah khair semua.(semoga Allah membalas kebaikan kamu semua)