The book and I

Bismillahirrahmanirrahim

Dulukan..saya tak pernah bukak terjemahan al-Quran. Saya rasa ade dua kali dalam hidup saya, saya bukak. Yang pertama kali tu sebab kat rumah ade cam beberapa jilid tafsir quran..saya pon bukak nak tengok ape benda tu? then tutup simpan balik. Second time saya bukak bila saya baca kat surat khabar ade artikel kata Allah dah cerita dah pasal balance in ecology sebelum saintis kaji lagi. Saya belek-belek pastu ditakdirkan Allah saya jumpa ayat camtu. Allah cerita kat bumi ni Dia buat haiwan berpasang-pasang, dan macam-macam tumbuhan untuk kita makan. Tapi saya dah tak ingat dah ayat mana. Time tu saya cam “whoahh hebatnye” pastu ok babai pegi balik kat rak ye quran.

Bila dah besar sikit, saya pon masuk kolej. Ustaz suruh semua orang ade sebijik quran yang ada terjemahan. Kitorang semua pon belilah sorang satu. Tu lah first time saya ade quran dan terjemahan sendiri.. Mulanya layanan terhadap quran tu sama je. Baca arab lepas solat pastu tutup letak atas locker. Seminggu sekali bukak terjemahan time bulatan. Bila ade hafazan time tu baru la rajin bukak..Ramadhan tahun tu baru la belek-belek sikit terjemahan dia, tapi initially untuk compliment dengan mukasurat yang tengah baca.

Sampaila cuti sem 1 tu..Allah gerakkan saya untuk rajin sikit baca terjemahan quran. Setiap malam saya baca sikit sebelum tido. Dan..dalam surah kedua quran tu, ade satu ayat yang saya dah lamaaa sangat cari. Lama sangat dah saya dengar orang kata Allah itu dekat, Allah itu dekat. Dahla tu, pernah dengar pulak lagu yang intro dia “Allah Engkau dekat”, membuat saya tercari-cari, kenapa orang kata camtu. Dan satu malam tu saya terjumpa ayat tu:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.

Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

Surah al-Baqarah ayat 186 [2:186]

Ya Allah.. Selama ni rupanya Engkau dekat denganku..dekattt sangat. Betapa lemahnya aku kerana tak tau pon selama ni engkau ade denganku..Allahuakbar :’)

Masih lagi salah satu ayat favourite saya

Perasaan tu susah nak gambarkan dengan kata-kata.. Betapa hebatnya ayat-ayat Allah, jiwa yang kekosongan terasa diisi, walaupun tak sepenuhnya memahami ayatNya. Tuhanku yang Maha Tinggi, yang Maha Besar, memujuk hambaNya, yang tak pernah melihatNya, yang tercari-cari di mana tuhan yang kusembah? Aku terasa keseorangan, ya rabb, di mana Engkau? Tuhanku memujuk : “sesungguhnya Aku dekat”

Hehe..

Macamtula saya mula-mula baca terjemahan quran..Tak sama perasaan tu dengan perasaan mula-mula baca ABC atau belajar huruf jawi. Selama ni baca arab je, tapi tak pernah tau pon ape maksud yang saya baca tu. Perasaan tu macam baru terjumpa belog orang yang kita stalk*Ehh* Macam tiba-tiba ade access kepada semua yang dia nak cerita kat kita. Dia tak pernah cakap live kat kita, kita tak pernah jumpa dia; tapi dia tinggal semua pesanan dan jawapan yang kita nak tau dari dia kat belog tu. Pastu tiba-tiba kita terjumpa link ke belog tu..wahhhhh subhanallah seronok ke tak seronok tu?

Advertisements

Untuk kamu yang kat sana tu :)

To my sisters in Manipal India :’)

image

 [Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Ya. Saya rindu kalian. Rindu sangat. Teringin nak berkumpul semula dengan kalian dalam keadaan mengingatiNya.. Allahuakbar..sekarang kita semua dah bertebaran kan? 🙂

Kawan-kawan, jaga diri ye..saya tahu bulatan kat tempat kawan-kawan tak start lagi..susah kan nak kekal mengingatiNya kalau cuma kite sendiri je yang kena ingatkan diri untuk ingat Dia? ..susah sangat nak kekal tabah kalau kita sorang-sorang je kena tahan semua..Susah sangat kalau takde sekumpulan orang-orang yang akan ingatkan kita, yang akan tarik kita kalau kita jatuh..jadi, kawan-kawan jadi kuat ye? Jadi orang yang tabah dan gagah berani :’)

Saya sedih sangat dengar cerita kamu semua..macam mana nak dapatkan makanan halal susah bukan sebab tak ade, tapi sebab peniaga tipu, nak check takde label, tak tulis ingredients..sedih dengar kamu kata dah rasa hati gelap sebab dah banyak makan makanan haram..sedih dengar kamu cerita seniors ajak pegi makan rupanya bawak ke pub..sedih dengar kamu kata kamu dah makin lemah sebab dah lama tak berbulatan 😦 Maafkan saya kawan-kawan..saya yang jauh kat sini sikit sangat yang saya mampu tolong kamu..

Kat sana environment mungkin akan buat kawan-kawan hanyut kalau kawan-kawan tak support each other..kawan-kawan macam gula..kat situ banyak sangat semut..semut tarik pegi pub, semut bagi ayam tak halal tapi kata halal, semut selesa study sampai lupa Allah, semut malas nak cari Allah balik sebab takde orang ingatkan…Kalau kawan-kawan tak hati-hati, tak stay dalam bekas kedap udara bernama saling berpesan-pesan, nanti semut datang angkut kawan-kawan..akhirnya kawan-kawan kena makan dengan semut..bila hati dah start leka daripada mengingat Allah, syeton-syeton akan usaha supaya kita terus leka dan terlupa..nauzubillahiminzalik mohon dijauhkan daripada kita

Kawan-kawan hati-hati ye

Doa banyak-banyak

Syukur banyak-banyak

Bertaubat kat Allah moga ini bukan balasan dosa kita yang lalu..jangan kerana kesilapan kita yang lalu Dia campakkan kita jauh dariNya nauzubillah…

From your sister who will always be loving you insya Allah,
Aimi

Krik2..helo helo denga tak?

Bismillahirrahmanirrahim

Baiklah..lengkap sebulan sudah saya tak post ape-ape..kering idea sebenarnye..serius kering. Tak percaya, boleh tengok dalam trash bin kat dashboard saya berape banyak da draft nak post tapi akhirnye tinggal idea je..haha. *Amboi bab-bab beralasan banyak  je idea..adeh.

So..now that I’m here, some things that used to be extreme rarities become regular to me..Salah satunye, belajar nak cakap subhanallah out loud. Entah, tapi saya berat mulut sikit nak cakap phrases like subhanallah, masya Allah and the gang sebenarnya..teruk tak? Hadoila..Kalau ade pon, dalam hati, tapi.. tu pon tak banyak.. Tapi ape yang nak diberatkan sebenarnya? Nak puji Allah pon malu? Nak malu kat siapa? Dush dush dan dush. Alhamdulillah Allah bagi saya ramai orang kat sekeliling yang banyak ringan mulut nak sebut benda-benda ni..And know what? Allah bagi sekali latihan practical tau. Kat sini time sekarang tengah spring, and I can’t help being moved by the beauty of His creations..Dengan ijinMu da ringan da sikit mulut ni nak berjikir memujiMu ya Allah..tengs Allah :’)

Another thing is, skyping. Dulu time kat mesia nak skype siape je. Cuti je sekali sekala skype dengan adik-beradik bulatan terchenta yang bertebaran kat muka bumi ni. Kat sini sampai da arif benor dengan bunyi call skype tu. *Tapi masih rasa kelakar kalau tengah makan secara rahsia time skype tiba-tiba orang sana kata “bunyi bising ape tu weh? tak denga la” hihik. Dan masih mendownkan semangat kalau asyik-asyik kita cakap, sunyi. Tak denga ape orang sana cakap, orang sana pon tak denga ape kite cakap.

Penat tau. Nak ulang balik ape kite cakap. Nak-nak kalau kena cakap balik semua sekali ulang-ulang tapi takde respon lagi…Krik2 hellllooowww..ade orang ke tak ni? Kenapa denga suara i sendiri balik ni? Sudahla bosan ah 😡 End call.

Ade satu je yang tak penah down kan i time i cakap dengan dia. My Rabb. (And your Rabb as well 🙂 )

Kadang-kadang da hampir penat da meminta..da bengkak da mata nanges. Da tak larat da nak teruskan. Berapa kali dah dalam hidup ni kita terasa hopeless, helpless dan macam-macam less lagi.. Dah berapa kali da dalam hidup ni kita menangis sebab rasa macam sorang-sorang terpaksa menghadapi ape-ape ujian yang Dia bagi.. Tapi syukur,  kita masih mampu untuk terus meminta “Ya Allah, ku mohon kekuatan untuk menghadapi ujianmu ini.. Aku mohon pertolonganMu ya Allah. Tolongla hambaMu ini..berikan aku kekuatan untuk hadapi masalah aku ni..aku rayu padaMu ya Rabb..” Nanges lagi.

Wahai jiwa-jiwa yang merintih pada Tuhannya

yang menagih belas dari yang Maha Pengasih

yang sangat-sangat menginginkan  agar Tuhannya mendengarkannya

ketahuilah, Allah mendengarkan setiap isi hatimu

Yakinlah, setiap waktu Dia bersamamu

Maka apabila kau ingin meminta,

Pejamkan mata dan berbicaralah dengan Dia

Sesungguhnya Dia mendengarkan

Walau sekadar lintasan hatimu, Dia ada mendengarkannya

Allah lah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Allah tak pernah tinggal kita sorang-sorang..Tak pernah kecewakan setiap permintaan hamba-hambaNya. Kalau kita bersabar, dan yakin yang Allah akan bagi ape yang terbaik untuk kita pada masa yang Dia kehendaki, insyaallah di sebalik kepahitan itu terhadiah sebuah kemanisan 🙂

Kalau benda tu susahhhh sangat nak dapat, sampai separuh mati terseksa, berpenat lelah, terbatuk-batuk, tercungap-cungap, bersesak dada, bersengkang mata, keluar masuk wad icu barulah dapat, barulah kita tahu, untuk menghargai sangat-sangat benda tu. Kalau senang cam setakat kelip-kelip mata, adekah sama nilainya? Nak makan megi pon kena masak air dulu. Kena bukak paket itu ini. Pastu kena tunggu pulak dua minit. Ni pulak nak dapat ape yang kita spesifik mintak kat Allah.