The book and I

Bismillahirrahmanirrahim

Dulukan..saya tak pernah bukak terjemahan al-Quran. Saya rasa ade dua kali dalam hidup saya, saya bukak. Yang pertama kali tu sebab kat rumah ade cam beberapa jilid tafsir quran..saya pon bukak nak tengok ape benda tu? then tutup simpan balik. Second time saya bukak bila saya baca kat surat khabar ade artikel kata Allah dah cerita dah pasal balance in ecology sebelum saintis kaji lagi. Saya belek-belek pastu ditakdirkan Allah saya jumpa ayat camtu. Allah cerita kat bumi ni Dia buat haiwan berpasang-pasang, dan macam-macam tumbuhan untuk kita makan. Tapi saya dah tak ingat dah ayat mana. Time tu saya cam “whoahh hebatnye” pastu ok babai pegi balik kat rak ye quran.

Bila dah besar sikit, saya pon masuk kolej. Ustaz suruh semua orang ade sebijik quran yang ada terjemahan. Kitorang semua pon belilah sorang satu. Tu lah first time saya ade quran dan terjemahan sendiri.. Mulanya layanan terhadap quran tu sama je. Baca arab lepas solat pastu tutup letak atas locker. Seminggu sekali bukak terjemahan time bulatan. Bila ade hafazan time tu baru la rajin bukak..Ramadhan tahun tu baru la belek-belek sikit terjemahan dia, tapi initially untuk compliment dengan mukasurat yang tengah baca.

Sampaila cuti sem 1 tu..Allah gerakkan saya untuk rajin sikit baca terjemahan quran. Setiap malam saya baca sikit sebelum tido. Dan..dalam surah kedua quran tu, ade satu ayat yang saya dah lamaaa sangat cari. Lama sangat dah saya dengar orang kata Allah itu dekat, Allah itu dekat. Dahla tu, pernah dengar pulak lagu yang intro dia “Allah Engkau dekat”, membuat saya tercari-cari, kenapa orang kata camtu. Dan satu malam tu saya terjumpa ayat tu:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.

Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

Surah al-Baqarah ayat 186 [2:186]

Ya Allah.. Selama ni rupanya Engkau dekat denganku..dekattt sangat. Betapa lemahnya aku kerana tak tau pon selama ni engkau ade denganku..Allahuakbar :’)

Masih lagi salah satu ayat favourite saya

Perasaan tu susah nak gambarkan dengan kata-kata.. Betapa hebatnya ayat-ayat Allah, jiwa yang kekosongan terasa diisi, walaupun tak sepenuhnya memahami ayatNya. Tuhanku yang Maha Tinggi, yang Maha Besar, memujuk hambaNya, yang tak pernah melihatNya, yang tercari-cari di mana tuhan yang kusembah? Aku terasa keseorangan, ya rabb, di mana Engkau? Tuhanku memujuk : “sesungguhnya Aku dekat”

Hehe..

Macamtula saya mula-mula baca terjemahan quran..Tak sama perasaan tu dengan perasaan mula-mula baca ABC atau belajar huruf jawi. Selama ni baca arab je, tapi tak pernah tau pon ape maksud yang saya baca tu. Perasaan tu macam baru terjumpa belog orang yang kita stalk*Ehh* Macam tiba-tiba ade access kepada semua yang dia nak cerita kat kita. Dia tak pernah cakap live kat kita, kita tak pernah jumpa dia; tapi dia tinggal semua pesanan dan jawapan yang kita nak tau dari dia kat belog tu. Pastu tiba-tiba kita terjumpa link ke belog tu..wahhhhh subhanallah seronok ke tak seronok tu?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s