Post exams adventures #2

Bismillahirrahmanirrahim



Tesselated Pavement

Tasman Arch

Ok, yang ni saya tak tau nama dia apa 😛

Subhanallah wallahuakbar.

The two words that could best describe these views when they were in front of me. Again, gamba-gamba kat atas tak mampu nak menyampaikan kat anda perasaan berada sendiri kat sana. Berada tinggi kat atas tebing-tebing tu, dan melihat dari atas betapa dia telah terbentuk dari satu batu atau gunung atau gua besar sampai cuma tinggal tebing tinggi, membuatkan diri ini berasa begitu kerdil dibandingkan dengan kekuasaanNya (dan sungguh, kekuasaanNya tiada tandingan).

Nak tau berapa lama masa yang diambik untuk membentuk Tesselated pavement tu? Dalam 200 juta tahun lebih. Nampak cantik dan macam mozek yang tersusun kan? Lebih 200 juta tahun masa yang diambik untuk angin dan air menghakis batu-batu tu membentuk formation yang lawa itu. Berapa lama untuk membentuk Tasman Arch dan tebing (yang saya tak ingat nama tu *koff koff*)? Beratus juta tahun. Ratus juta. Tahun. Maksudnya kerasnya batu-batu tu sampai beratus juta tahun masa yang diambik untuk menghancur atau at least menghakis diorang. Tapi tengok ayat ni:

.

“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah.

Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Surah al-Hasyr ayat 21 [59:21]

.

Tengok. Gunung. Boleh pecah belah sebab takutnya kepada Allah. Gunung tau. Gunung bukan lembik cam sugar cubes yang nampak macam keras, pastu boleh main-main bina tower, tapi cair bila kena air. Bukan macam timbunan pasir kat depan rumah mak cik sebelah yang tengah nak direnovet, yang boleh runtuh bila kena pijak. Tapi gunung yang diciptakan sebagai pasak bumi-supaya bumi ini kukuh tak bergoyang. Boleh tertunduk dan pecah kalau diturunkan al-quran ke atasnya. Kita?

.

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”

Surah Muhammad ayat 24 [47:24]

.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)

dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah),

dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Surah al-A’raf ayat 179 [7:179]

.

Setiap kali datang kawan kita mengingatkan kita dengan ayat al-quran, berapa kali pernah kita geram dan ego kita lebih tinggi lalu kita menolak ingatan itu? Berapa kali pernah kita terjumpa atau terserempak dengan kata-kata yang mengingatkan kita pada Allah, tapi kita tepis, kita tolak ke tepi, kita tak rasa ape-ape? Hati kita ni keras sangat ke sampai tak mampu nak rasa ape-ape bila disentuh ayat-ayat Allah? Sanggup kita nak disamakan dengan binatang ternak? Bahkan lebih teruk lagi?

Allahu allah.. (T_T)

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?

dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Ketahuilah olehmu bahwa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran (Kami) supaya kamu memikirkannya.”

Surah al-Hadid ayat 16-17 [57:16-17]

Bukakla hati dan minda tatkala melihat kejadian-kejadianNya. Tatkala mendengar nasihat dan peringatan, ingatla Allah dan kenangla yang nasihat-nasihat tu untuk kebaikan kite jugak. Banyak benda yang jadi kat kita terjadi sebab Allah nak kita ingat kat Dia balik. Selalunya manusia bila ditimpa kesusahan, time tula dia nak ingat balik kat Allah. Bila dapat kesenangan, sikit sekali manusia bersyukur. Jangan sampai ditimpa azab atau nyawa kat kerongkong barula kita kelam kabut nak cari sejadah nak bersujud meminta ampun. Dan bila terdetik nak buat kebaikan, atau bak kata sorang ustaz saya tu, bila Allah bagi nyalaan kehendak nak buat baik, terusla buat dan refresh niat. Nyalaan tu Allah yang campak dalam hati kita. Allah jugak boleh padamkan nyalaan tu. Tangguh-tangguh nanti, Allah padamkan kehendak nak buat baik tu, haaa, kan, kita jugak yang rugi? (^_^)\/

*bakal meninggalkan hobart untuk cuti summer di mesia 🙂 moga kami kekal istiqamah (consistent) kat rumah nanti 🙂

Post exams adventures #1

Bismillahirrahmanirrahim

Mason Cove, Port Arthur

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Surah Ali Imran ayat 190-191 [3:190-191]

Subhanallah wa bihamdihi, maha suci Allah dan pujian ke atasNya.

Diberi peluang menghayati keindahan ciptaanNya di Tasmania. Cantik. Cantik sangat subhanallah. Gamba kat atas cuma satu daripada gamba-gamba yang diambik during one of my post exams adventures bersama kakak-kakak dan adek tercinta. Dan tentulah gamba tu pon tak mampu menyampaikan perasaan berada di tempat tu sendiri ataupon mungkin tak cukup cantik pon untuk meyakinkan anda yang benar, tempat tu sangat cantik. Tapi entah, bayangkan

Angin sepoi-sepoi bahasa

Bila angin bertiup, terdengar bunyi daun-daun pokok 

Matahari bersinar dengan panas yang menghangatkan (ya, kat sini siyesli anda akan lebih menghargai kehangatan matahari bila ada time matahari bersinar)

Bau rumput

Bunyi air 

Anda bersama orang-orang yang anda sayang

Exam dah habes *errr*

Dikelilingi alam semula jadi dengan minimum pembangunan.

Tenang yang mendamaikan.

Hebatnya Allah yang menciptakan semua  ini, kan? Hati ini terasa tenang mengingatkan “aku ada Allah melindungi ku. Allah yang maha hebat yang menciptakan seluruh alam yang indah ini ada melindungi aku.” Ade orang atau benda yang mampu menciptakan sesuatu yang seindah ini? Ade ke? Takde bukan… Hanya Allah saja yang boleh menciptakan alam yang seindah ini. Maka apabila Allah yang maha hebat maha besar maha kuat itu bersamamu, ape adekah yang mampu menggugatmu? Jika Dia mencintaimu dan melindungimu, adekah yang mampu mengapa-apakanmu? 

Tidakkah kita mahu menjadi orang macam tu? Yang dicintaiNya dan mencintaiNya?

Dulu time kat kolej, ustazah saya ajar, macam mana yang dikatakan cinta.

Pertama, teringat-ingat

Kemudian, disebut-sebut

Ketiga, datangnya kepatuhan atau kata lainnya, kita ikut je; ape dia suke kita suke, dia suruh kita buat, dia tak suke kita elak. camtula.

Teringinnya nak jadi orang yang mencintai Allah sehinggakan dia berdiri ke duduk ke ape ke, dia ingat Allah. Yang mencintai Allah sehingga dia asyik menyebut-nyebut nama Allah dengan bertasbih (subhanallah) atau bertahmid (alhamdulillah) atau ape-ape je zikir kepada Allah. Yang asyik teringat kat Allah sampai tengok benda sekeliling dia pon dia teringat kat Allah, kerana teringat yang tanpa izin Allah, semua tu takkan wujud. Orang yang mencintai Allah dan mahu patuh dan cuba patuh pada Allah tapi kerana dia tahu dia lemah, dia memohon perlindunganNya daripada neraka yang dimasuki oleh hamba-hambanya yang kufur: ingkar, tak patuh padaNya.

Teringin tak nak jadi macam tu?

Ya rabb perkenankanlah

*hehe mintak maafla kalau ade yang rasa “eh ape ni nak buat siri entry dia jalan-jalan pulak, takde kesah lain ke?” jawapannya: itulah akibat baca belog orang lain.mwhahaha 😉 dan mungkin yang rasa camtu patut baca diskelemer belog ini di shina..wan ape?? 

**bagi yang tak rasa macam tu mintak maaf saya suul dzon (buruk sangka) dengan anda 🙂

Nenek exam hall dan atuk statistik

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. dah habes end of sem exams sabtu lepas..haha rasa macam amek ib lagi skali (=..=”)

Anyways, satu benda yang saya rasa menawik dari pengalaman first exam kat sini ialah..jeng3..

Exam hall tu dijaga sekumpulan nenek-nenek (dan sorang dua atuk)

Yup. Nenek dan atuk. Cam lebih kurang gamba kat atasla. Kagum saya. Kalau kat mesia biasanya yang umur cam diorang dah duduk-duduk rumah, rilek-rilek dengan anak cucu tapi kat sini, waw! Dan selalu jugak nampak atuk nenek jalan-jalan pagi-pagi. Dalam kelas statistik, ade sorang atuk tu slalu duduk depan kitorang, kitorang panggil dia atuk statistik. Markah statistik dia, slalu lebih tinggi dari markah kitorang (atau at least, markah saya). Betapa mereka masih bersemangat untuk bekerja dan belajar. Walaupun usia dah lanjut.

Lagi satu. Kat sini, ada satu jenis iklan yang bila saya first time tengok, ade satu perasaan yang..bercampur. Macam kelakar. Tapi mengharukan. Iklan tu, mempromote pengurusan funeral. Betapa murahlah, senanglah; kalau amek pakej itu ini. “nanti family tak risau lagi” kata atuk nenek dalam iklan tu. Jadi..saya terfikir, agaknya, diorang masih kuat dan rajin kerja sebab tu la kot. 

“Nanti aku mati nanti mahal..baik aku kerja kuat-kuat. Anak-anak aku tak yah risau dah.”

“Aku mati, tinggal harta sket, settle la. Anak-anak happy kat dunia, aku pon da kat heaven.” 

Mereka sangka, mereka sudah cukup kuat bersedia hadapi mati mereka. Mereka sangka, mati itu pengakhiran bagi segala-galanya. Leganya mereka bila banyak dapat mengumpul harta, dapat hidup senang di dunia dan funeral diuruskan dengan bergaya sedangkan, di akhirat nanti.. bukan harta menjadi peneman. Bukan pengurusan jenazah yang menjadi ukuran kebahagiaan di akhirat mereka. Tetapi amal.

Tapi bagaimana dengan amal mereka? Cukuplah dengan mereka, bagaimana amal kita pula?

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan“.

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

Surah al-Kahf ayat 103-105 [18:103-105]

Allahu Allah…

Pernah tak berasa lega yang hari tu kita dah ‘banyak beramal’?

Awal mana kita tunaikan solat

Berapa page quran yang kita baca

Macam mana kita dah buat baik dengan orang tu dan orang ni

Berapa rakaat solat sunat seharian

dan lain-lain.

Kita lapang dada bila teringat yang haritu kita ada amal untuk malaikat tulis. Rasa macam hmm..tulah bekalan aku time akhirat nanti. Tapi, betul ke amalan-amalan tu Allah tengok? Are they even worth that much? Entah-entah, kita je yang perasan amalan-amalan tu akan selamatkan kita time akhirat. Entah-entah..buku amalan kita tu kosong je. Sebab ikhlas dan niat kepada Allah tu takde. Kosong. Nauzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan.

Reflect.

Refresh.

Baiki.

Astaghfirullahalazhim