Biskut lemau kopi O #1

image

ape kaitannye biskut lemau? tungguuuuu.hehe

Bismillahirrahmanirrahim

Hehe da lebih dua minggu menyepi daripada belog ni…jadi…saya akan membalas sokongan anda *chewahh* dengan satu siri mini yang saya namakan  ‘biskut lemau kopi o’ ahaha. Insyaallah 🙂

Kekadang, bila kita baru tau something yang baru, dan timbul semangat berkobar-kobar nak buat benda tu; ade masanye kita berjaya nak initiate diri untuk start buat benda tu. Ade masanye, nak start pon kita tak mampu, walaupon duk kata teringiiiiin sangat nak buat.

Tak nak cerita pasal yang nak start pon tak mampu tu. Kali ni nak cerita pasal kekadang, dah berjaya start, tapi semangat jadi daripada berkobar-kobar kepada berkubur-kubur.eheh.

Ade masanye, lepas baca quran, atau baca kisah nabi, atau dengar orang cerita benda baik, atau tetiba kita tersedar yang “oohh rupanya buat benda tu dapat banyak pahala”, ataupon “wauuu, rupanya amalan ni nabi suka..” ataupon entah camana-mana tah, kita rasa nak buat something yang baik, lalu kita pon buat. Buat punye buat punye buat, tetiba sampai satu masa, takde warning takde bunyi siren takde ape, kita rasa cam takde mood da nak teruskan. Rasa malas, nak berhenti kejap buat, nak rilek-rilek jap, padahal, kita tau dan sedar; yang benda atau amalan yang kita buat tu, benda baik. Benda yang boleh rapatkan kita dengan Allah, dengan nabi saw. Atau yang boleh mantapkan hubungan kita dengan manusia lain. Tapi entah camana-mana tah, kita hilang semangat nak buat.

Kalau belon, bayangkan lama-lama lepas kita tiup dan ikat, dia jadi makin kecik, makin kecik dan akhirnye kempis. Biskut pon, kalau kita tinggal atas meja tak letak dalam bekas, lama-lama daripada rangup dia akan jadi lemau.

Manusia pon lebih kurang macam tu la jugak.  Iman kita ni, ade turun naik. Bak kata Imam at-Tirmidzi, al-iimaanu yaziidu wa yanqus-iman itu bertambah dan berkurang. Time kita bersemangat tu, iman kita tengah kuat, dan dengan membuat amal-amal yang baik tu, iman kita bertambah-tambah. Makin mantopp. Terasa nikmat bila buat ape-ape ibadah. Time kita takde semangat tu, tu tandanya iman kita tengah lemah. Melemau. Nama keadaan iman melemau tu, ialah futur.

Futur tu dalam bahasa arabnye, maksudnye ialah lemah. Dari segi istilahnye(macam jawab exam pulak :p) ade dua. Satu, ialah bila kita dah konsisten dengan amal baik, tiba-tiba kita stop. Misalnye setiap hari kita baca buku islami. Then satu hari kita berhenti baca buku cam tu dan tak sambung-sambung dah perbuatan baca buku islami tu. Yang kedua, ialah bila kita dah konsisten dengan amal baik, tapi at one point kita jadi malas, lengah-lengah dan tangguh-tangguh. Contoh simple, lepas mendapat semangat baru lepas berbulatan (bulatan?? akan datang insyaallah); setiap kali azan, kita terus solat. Tapi sekarang, kita liat benor nak solat. Kita masih solat, tapi lambat-lambat, dekat hujung waktu, pastu pendek dan pantas.

Hmmm kenape ek futur boleh jadi?

Kalau anda nak jawapan yang hebat beserta dengan dalil dan hujah, heee mintak maaf, saya cuma mampu nak bagi pandangan dari kaca mata marhaen saya ni je la..jadi, ape yang anda rasa baik, amekla, yang buruk tu, jangan la amek dan jangan lupa tegur saya jugak ok? 🙂

1. Tersalah niat pada permulaan

Macam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab,

Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki.

[HR Bukhari dan Muslim]

Jadi, katakanla kita buat something sebab nak orang puji, nak dapat upah, atau sebab kita rasa nak buat baik tu semata-mata sebab nak orang anggap kita sebagai qudwah hasanah (contoh yang baik), lama-lama bila takde orang puji, bila upah makin sikit atau tak dapat, dan takde orang langsung teringin nak ikut ape benda baik yang kita buat tu, kita akan bosan sendiri. Kalau kita buat kerana Allah, sebab nak dapat redha Allah, Allah tu kan Maha Kekal, dan kita tak tau bila dan adekah Allah redha dengan kita. Dengan tu, insyaallah kita akan sentiasa buat, buat dan buat sambil mengaharapkan keredhaanNya.

.

2. Berlebih-lebihan atau melampaui kemampuan sendiri

Yang ni selalunya jadi bila kita terlampau eksaited nak beramal sampai kita paksa diri kita buat jauh lebih daripada apa yang kita terbiasa. Tak pernah-pernah solat sunat, bangun subuh pon pukul 6.50 pagi, tetiba paksa diri bangun pukul tiga pagi dan solat sunat dua puluh rakaat sebelum masuk waktu subuh.Selalunya lokek betui nak derma, tetiba ni jumpa orang mintak derma bagi 30 ringgit. Biar ada sepuluh orang mintak pada hari yang sama, dia bagi jugak setiap sorang 30 ringgit. Lama-lama tak ke pancit, rabak poket kalau camtu?

Ok saya tau kenyataan tadi ni bunyinye sangat negatif. Bukan saya nak menghalang buat amal. Bukan. Tapi, bersederhanalah. Kalau dah tau tak kuat, jangan la ‘extreme’ sangat. Badan kita pon ada hak atas kita. Kalau mengejut, dia pon akan sakit. Daripada duit kita tu, ada bahagian yang boleh kita bagi pada orang, ada bahagian untuk kita beli keperluan, ade bahagian yang memang orang punya misalnya sewa rumah atau hutang. Berpada-padalah. Bit by bit. Allah lebih suka amalan yang sikit tapi istiqamah, daripada amalan yang gedebuk amek satu lori pastu esok habuk pon takde. Dan istiqamah tu, maksudnya ialah konsisten yang ade peningkatan. Bukan maksudnye hari ni satu page selamanye satu page. Maksudnye ialah hari ni satu page, esok satu page, lusa mungkin dah naik jadi tiga, kemudian jadi empat, satu masa bila dah manthopp satu buku. Eh faham ke? hehe

.

3.Geng dengan orang yang tak encourage kebaikan

Bayangkan, dalam mesia ni, anda sorang je yang jaga kebersihan. Orang lain semua buang sampah rata-rata, tak gosok gigi, buang air depan rumah orang *eeww* and the likes. Tapi sebab anda cintakan kebersihan, anda pon sapula sampah yang ade kat sekeliling, anda sanggup basuh najis-najis depan rumah supaya rumah anda tak busuk dan berpenyakit. Anda baru bayangkan beberapa saat bolehla nak kata alaa takkan tu tak leh handle. Tapi cuba kalau betul betul jadi. Larat anda hari-hari nak buat camtu? Hygiene sendiri nak jaga, hygiene sekeliling lagi..

Camtu la jugak dengan kita nak buat dan teruskan amal kebaikan. Kita perlu someone yang akan support kita. Bila ragu-ragu sebab banyak sangat syeton duk bisik,  dan orang asyik kata itu ini, someone tu akan kata,” takpe, Allah suka ape yang kau buat; kau terus je buat, dan bersihkan niat. Insyaallah Allah sayang” (sambil senyum penuh bergaya). Kan best? Daripada “alaah takyah tunjuk baik la weh. Biasa-biasa sudaaahh” . Dan daripada “anda, bukannya saya tak suka anda buat baik, tapi, assignment anda camana? Study lagi..”  kan best kalau ade orang cakap “anda, saya tau anda suka buat baik, tapi study dan assignment anda camana? Biar saya ajar camana bahagi masa dengan efficient dan ape tu effective study skills” ohhoi best kan? Dan lagi best kalau andalah orang yang cakap camtu kat kawan anda yang nak buat baik tu 😉

Insyaallah, ni je dulu yang Allah ilhamkan saya untuk share dengan anda 🙂

Kita bertemu lagi di lain waku dalam rancangannn biskut lem.eh bukan live eh?

*haha lawak lame*

Moga diberi kekuatan dan kehendak untuk meneruskan siri mini ini. Insyaallah. Semoga kekal dalam iman 🙂

Advertisements

Poem for the beloved prophet :)

Bismillahirrahmanirrahim

This one is for those of you who love the beloved prophet pbuh (peace be upon him) and are waiting for the day when we will meet him in jannah.

Enjoy

May Allah make us love the prophet pbuh (peace be upon him) like he loves us.

Nak tengok kat youtube tekan sini

*I love this poem 🙂 one of the few videos where I ended up crying unexpectedly.

Ayat menusuk di petang hari

Sunset_Alone_by_ibadurrahman

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka):

“Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya;

maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina

kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik”

Surah al-Ahqaf ayat 20 [46:20]

Telan air liur.

Eh, kenapa nak telan air liur, kan untuk orang kafir? Kita as muslims tak yah la terasa sangat, amek pengajaran supaya tak jadi camtu dah la.

=)

Kafir tu..bukanlah bermaksud non-muslims. Tapi maksudnye, ialah orang yang tak mahu beriman-disbelievers. Kalau kita tengok, kat mesia ni, kita panggil semua non-muslims kafir. Tapi sebenarnye, ada di antara diorang tu, bukanla sengaja untuk tak masuk islam. Diorang cuma tidak dilahirkan muslim macam kita. Lalu besar sebagai orang bukan islam..tapi, manalah tau, sebenarnya, kalau diorang ni diberitahu dengan sebetul-betulnya pasal islam, diorang terbukak hati untuk islam. Kafir tu, ialah  ingkar; tahu kena buat, tapi tak mau buat. Kita ni yang muslim ni pon, ada masanye, ade ketikanye, kita tau je, ade benda tu memang kita kena buat, malahan wajib buat, tapi kita tak buat. Tak nak buat. Kita rasa macam “So what? Nanti taubatla. Allah kan maha penerima taubat”

Bayangkan..time akhirat nanti Allah cakap kat kita macam ni.

Segala nikmat yang Aku bagi; masa kamu, mata kamu, badan kamu, duit kamu yang berkepuk-kepuk kat bank tu, otak kamu yang bergeliga dapat scholar dengan mara jpa bagai tu; kamu guna untuk enjoy. Kamu lupa kat Aku. Kau tak guna untuk ingat Aku. Jadi sekarang amek kau neraka, padan muka!

Allahuakbar…

Kita ni, baaaaaanyak sangat nikmat yang Allah bagi. Setiap hari, setiap saat, ade je nikmat Allah yang kita guna, dan dapat. Bernafas tak yah fikir, secara unconscious badan kita boleh bernafas. Lapar ada makanan, dahaga ada air. Mata cukup, boleh melihat, nampak warna-warni..Kita ada hati yang mampu menyukai kecantikan, hati yang mampu sayang kat orang, yang boleh rasa sedih, gumbira, tak macam binatang atau tumbuhan..takde hati perasaan yang sama sebijik cam kita.

Cuba bayangkan pulak, kita ni orang kaya multibillionaire. Kita taja sorang budak ni pegi belajar kat ostrolia buat biotek. Bagi dia duit, belikan dia baju, belikan dia buku; ape yang dia perlu, kita bagi. Yang dia tak perlu tapi dia nak, macam henpon pintar dan laptop baru, kita bagi jugak. Kita hantar dia, kita pesan kat dia “belajar elok-elok ye, nanti balik bawak degree n honours.” Tiba-tiba dah habes tiga tahun tempoh buat degree kita dapat tau yang dia selama tiga tahun tu asyik melancong shoppping sana sini habeskan duit dan asyik fail exam, esainmen tak hantar. Degree ke mana honours ke mana. Ape yang kita rasa time tu?

Tipu kalau kata tak rasa marah langsung.

Tipu kalau kata kita rasa alaaa, nak buat cemana, budak tu memang camtu. Maafkan jela..

Mesti ada sikit rasa marah. Dan kecewa. Sampai hati dia buat kat kita camtu?

Balik pada ayat tadi.

Sampai hati kita nak bersenang lenang je kat dunia ni? Guna nikmat yang Allah bagi untuk menderhaka pada Allah? Badan ni, Allah yang bagi. Tapi dengan badan yang sama, kita buat maksiat pada Allah. Buat jahat. Buat benda sia-sia.

Lepas tu kita buat sombong. Sombong nak balik pada Allah. Sombong nak mintak maaf kat Allah sebab dah buat apa yang Dia tak bagi buat. Dia hantar orang atau kejadian nak ingatkan kita, menerusi macam-macam cara, be it kawan kita ke mak kita ke hatta rancangan 30 minit ustaz don sekalipon, tapi kita tak nak jugak terima yang kita sebenarnye tengah buat salah. Kita rasa kita bagus. Kita rasa, aku ada masa lagi nak bertaubat. Terus jugak nak buat ape kita suka. Seolah-olah, kita lebih tau bila kita mati. Seolah-olah, kita dapat jamin yang kat akhirat nanti kita masuk syurga.

Lupa tujuan kita hidup untuk apa. Nak enjoy ikut nafsu suka hati je.

Bukanla tak boleh guna nikmat Allah untuk kesenangan. Badan kita pon, ada hak ke atas kita. Nak jugak rehat-rehat. Ada rasa nak makan sedap. Ada rasa nak berseronok. Yang jadi salah bila kita asyik sangat dengan nikmat tu sampai berseronok dan bersenang tu jadi main focus kita. Kata nak rehat kejap lepas penat kerja. Pegi la tengok tv. Last-last tengok tv sampai berjam-jam sampai tinggal solat, mak panggil kita marah kat mak. Camtu la

Kita ni siapa je..hamba Allah bukan?

Hamba tu, bila tuan dia kata camtu, camtu la dia kena buat. Dan Allah tak pernah menyusahkan kita. Bila kita salah, Allah tak hantar petir untuk terus sambar kita. Takde tiba-tiba kita tengah buat dosa kita terbenam dalam tanah. Allah sentiasa bagi kita peluang. Sampaila nyawa kita kat kerongkong, barula takde second chance dah. Tapi..kita tak tau bila masanye kan?

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah ar-Rahman ayat 26-28 [55:26-28]

—–

*baru balik lepas lebih seminggu berkampung dengan sisters terchenta 🙂 semoga Allah membalas kebaikan kamu semua atas tunjuk ajar yang diberikan 🙂