Biskut lemau kopi O #1

image

ape kaitannye biskut lemau? tungguuuuu.hehe

Bismillahirrahmanirrahim

Hehe da lebih dua minggu menyepi daripada belog ni…jadi…saya akan membalas sokongan anda *chewahh* dengan satu siri mini yang saya namakan  ‘biskut lemau kopi o’ ahaha. Insyaallah 🙂

Kekadang, bila kita baru tau something yang baru, dan timbul semangat berkobar-kobar nak buat benda tu; ade masanye kita berjaya nak initiate diri untuk start buat benda tu. Ade masanye, nak start pon kita tak mampu, walaupon duk kata teringiiiiin sangat nak buat.

Tak nak cerita pasal yang nak start pon tak mampu tu. Kali ni nak cerita pasal kekadang, dah berjaya start, tapi semangat jadi daripada berkobar-kobar kepada berkubur-kubur.eheh.

Ade masanye, lepas baca quran, atau baca kisah nabi, atau dengar orang cerita benda baik, atau tetiba kita tersedar yang “oohh rupanya buat benda tu dapat banyak pahala”, ataupon “wauuu, rupanya amalan ni nabi suka..” ataupon entah camana-mana tah, kita rasa nak buat something yang baik, lalu kita pon buat. Buat punye buat punye buat, tetiba sampai satu masa, takde warning takde bunyi siren takde ape, kita rasa cam takde mood da nak teruskan. Rasa malas, nak berhenti kejap buat, nak rilek-rilek jap, padahal, kita tau dan sedar; yang benda atau amalan yang kita buat tu, benda baik. Benda yang boleh rapatkan kita dengan Allah, dengan nabi saw. Atau yang boleh mantapkan hubungan kita dengan manusia lain. Tapi entah camana-mana tah, kita hilang semangat nak buat.

Kalau belon, bayangkan lama-lama lepas kita tiup dan ikat, dia jadi makin kecik, makin kecik dan akhirnye kempis. Biskut pon, kalau kita tinggal atas meja tak letak dalam bekas, lama-lama daripada rangup dia akan jadi lemau.

Manusia pon lebih kurang macam tu la jugak.  Iman kita ni, ade turun naik. Bak kata Imam at-Tirmidzi, al-iimaanu yaziidu wa yanqus-iman itu bertambah dan berkurang. Time kita bersemangat tu, iman kita tengah kuat, dan dengan membuat amal-amal yang baik tu, iman kita bertambah-tambah. Makin mantopp. Terasa nikmat bila buat ape-ape ibadah. Time kita takde semangat tu, tu tandanya iman kita tengah lemah. Melemau. Nama keadaan iman melemau tu, ialah futur.

Futur tu dalam bahasa arabnye, maksudnye ialah lemah. Dari segi istilahnye(macam jawab exam pulak :p) ade dua. Satu, ialah bila kita dah konsisten dengan amal baik, tiba-tiba kita stop. Misalnye setiap hari kita baca buku islami. Then satu hari kita berhenti baca buku cam tu dan tak sambung-sambung dah perbuatan baca buku islami tu. Yang kedua, ialah bila kita dah konsisten dengan amal baik, tapi at one point kita jadi malas, lengah-lengah dan tangguh-tangguh. Contoh simple, lepas mendapat semangat baru lepas berbulatan (bulatan?? akan datang insyaallah); setiap kali azan, kita terus solat. Tapi sekarang, kita liat benor nak solat. Kita masih solat, tapi lambat-lambat, dekat hujung waktu, pastu pendek dan pantas.

Hmmm kenape ek futur boleh jadi?

Kalau anda nak jawapan yang hebat beserta dengan dalil dan hujah, heee mintak maaf, saya cuma mampu nak bagi pandangan dari kaca mata marhaen saya ni je la..jadi, ape yang anda rasa baik, amekla, yang buruk tu, jangan la amek dan jangan lupa tegur saya jugak ok? 🙂

1. Tersalah niat pada permulaan

Macam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab,

Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki.

[HR Bukhari dan Muslim]

Jadi, katakanla kita buat something sebab nak orang puji, nak dapat upah, atau sebab kita rasa nak buat baik tu semata-mata sebab nak orang anggap kita sebagai qudwah hasanah (contoh yang baik), lama-lama bila takde orang puji, bila upah makin sikit atau tak dapat, dan takde orang langsung teringin nak ikut ape benda baik yang kita buat tu, kita akan bosan sendiri. Kalau kita buat kerana Allah, sebab nak dapat redha Allah, Allah tu kan Maha Kekal, dan kita tak tau bila dan adekah Allah redha dengan kita. Dengan tu, insyaallah kita akan sentiasa buat, buat dan buat sambil mengaharapkan keredhaanNya.

.

2. Berlebih-lebihan atau melampaui kemampuan sendiri

Yang ni selalunya jadi bila kita terlampau eksaited nak beramal sampai kita paksa diri kita buat jauh lebih daripada apa yang kita terbiasa. Tak pernah-pernah solat sunat, bangun subuh pon pukul 6.50 pagi, tetiba paksa diri bangun pukul tiga pagi dan solat sunat dua puluh rakaat sebelum masuk waktu subuh.Selalunya lokek betui nak derma, tetiba ni jumpa orang mintak derma bagi 30 ringgit. Biar ada sepuluh orang mintak pada hari yang sama, dia bagi jugak setiap sorang 30 ringgit. Lama-lama tak ke pancit, rabak poket kalau camtu?

Ok saya tau kenyataan tadi ni bunyinye sangat negatif. Bukan saya nak menghalang buat amal. Bukan. Tapi, bersederhanalah. Kalau dah tau tak kuat, jangan la ‘extreme’ sangat. Badan kita pon ada hak atas kita. Kalau mengejut, dia pon akan sakit. Daripada duit kita tu, ada bahagian yang boleh kita bagi pada orang, ada bahagian untuk kita beli keperluan, ade bahagian yang memang orang punya misalnya sewa rumah atau hutang. Berpada-padalah. Bit by bit. Allah lebih suka amalan yang sikit tapi istiqamah, daripada amalan yang gedebuk amek satu lori pastu esok habuk pon takde. Dan istiqamah tu, maksudnya ialah konsisten yang ade peningkatan. Bukan maksudnye hari ni satu page selamanye satu page. Maksudnye ialah hari ni satu page, esok satu page, lusa mungkin dah naik jadi tiga, kemudian jadi empat, satu masa bila dah manthopp satu buku. Eh faham ke? hehe

.

3.Geng dengan orang yang tak encourage kebaikan

Bayangkan, dalam mesia ni, anda sorang je yang jaga kebersihan. Orang lain semua buang sampah rata-rata, tak gosok gigi, buang air depan rumah orang *eeww* and the likes. Tapi sebab anda cintakan kebersihan, anda pon sapula sampah yang ade kat sekeliling, anda sanggup basuh najis-najis depan rumah supaya rumah anda tak busuk dan berpenyakit. Anda baru bayangkan beberapa saat bolehla nak kata alaa takkan tu tak leh handle. Tapi cuba kalau betul betul jadi. Larat anda hari-hari nak buat camtu? Hygiene sendiri nak jaga, hygiene sekeliling lagi..

Camtu la jugak dengan kita nak buat dan teruskan amal kebaikan. Kita perlu someone yang akan support kita. Bila ragu-ragu sebab banyak sangat syeton duk bisik,  dan orang asyik kata itu ini, someone tu akan kata,” takpe, Allah suka ape yang kau buat; kau terus je buat, dan bersihkan niat. Insyaallah Allah sayang” (sambil senyum penuh bergaya). Kan best? Daripada “alaah takyah tunjuk baik la weh. Biasa-biasa sudaaahh” . Dan daripada “anda, bukannya saya tak suka anda buat baik, tapi, assignment anda camana? Study lagi..”  kan best kalau ade orang cakap “anda, saya tau anda suka buat baik, tapi study dan assignment anda camana? Biar saya ajar camana bahagi masa dengan efficient dan ape tu effective study skills” ohhoi best kan? Dan lagi best kalau andalah orang yang cakap camtu kat kawan anda yang nak buat baik tu 😉

Insyaallah, ni je dulu yang Allah ilhamkan saya untuk share dengan anda 🙂

Kita bertemu lagi di lain waku dalam rancangannn biskut lem.eh bukan live eh?

*haha lawak lame*

Moga diberi kekuatan dan kehendak untuk meneruskan siri mini ini. Insyaallah. Semoga kekal dalam iman 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s