Misadventure: Reflection

Bismillahirrahmanirrahim

Belajar di sebuah pulau jauh di ceruk selatan ostrolia menjanjikan maacam-macam pengalaman yang orang kat tanah utama (baca: mainland) tak ramai yang dapat rasa. Salah satunya, tertinggal flight. Nak tak nak, dari tasmania kalau nak pegi ke mainland, kena naik kapal terbang. Paling dekat ke melben dalam satu jam lima belas minit(unless you want to spend hours and hours on board a ship to mainland). Dan, satu hari di satu masa dulu tu, saya penah tertinggal flight. Esok kelas da start. Malam ni tertinggal flight. Hari dah malam. Jeng jeng jengg

Sampai da awal da. Tapi barisan panjang. Beratur punya beratur, sampai kaunter

“I’m sorry, we’d just closed the check in counter to hobart six minutes ago”

Baru je tadi dalam line gelak-gelak. And now whaaamm take that! Tertinggal flight? Omagod nak buat ape ni?

Lesson 1: Da tau da kaunter tu akan tutup stricly forty five minutes before departure. Tapi, tak betul-betul bersedia untuk depart. Ya, da sampai awal. Rasa da secure da dapat naik plane dan balik. Tapi tak alert masa beratur. Main-main dalam line. Gurau-gurau, tak denga announcement. Rupanya ada dibukak satu line ekspress untuk flight yang saya tertinggal tu.

Macam tula hari kiamat. Orang yang selama hidupnya lalai, bergembira dengan nikmat yang tuhan bagi, bila tiba-tiba kiamat datang, mata mereka terbeliak. Tak sangka, kiamat yang dirasakan jauh tu kini da depan mata.

“Omagod, da kiamat? Ingat lambat lagi. Nak buat ape ni weh? Aku tak ready sehabuk pon lagi! Boleh tak pusing masa ke belakang, nanti aku janji aku  buat amal elok-elok”

Jangan harap. Peluang diberi hanya satu kali saja. Satu kali. Bukan sikit masa yang diberikan. Bukan tiada peringatan diberikan. Sepanjang hayat kita, kita ada peluang untuk kembali pada Allah. Untuk baiki amalan. Untuk betul-betul buat apa yang Allah suruh kita buat kat dunia ni. Selagi nyawa belum sampai kat kerongkong, kita masih ada peluang. Kalaula peluang yang satu tu dibazirkan semata-mata untuk menyuap nafsu dan keinginan, uishh.. Jangan rasa kita terselamat dari azab seksa akhirat, semata-mata kerana kita lahir-lahir da islam.

Lepas tu, tak dapat nak fikir sangat ape nak dibuat seterusnya. Nak tak nak, beli tiket flight baru. Alhamdulillah dapat tiket baru. Esok petang. Lagi 24 jam tu! Nak buat ape sementara tu? Nak tido mana malam ni? Jadi, konon-kononla..malam tu nak tido kat resting room airport. Buat ala-ala penjara. Malam ni banyakkan baca quran, bedah buku, berzikir. Tak mau tido. Memang tak selesa, ada kerusi dan tempat salin lampin bayi je. Nak amek wuduk pon ade sinki kecik satu. Kononnya nak buat macam Syed Qutb la. Masuk penjara sempat tulis buku. Sempat buat tafsir quran.

Alih-alih, ade kawan call. Suruh tido kat rumah dia malam tu. So, tak jadi masuk ‘penjara’. Pegi restoran halal pastu makan gemuk-gemuk. Sejam lepastu baru bertolak pegi rumah dia.

Lesson 2: Kita hanya merancang, tapi Allah la sebaik-baik perancang. Cliche bukan? Tapi saya rasa tu la lesson terbesar untuk seluruh misadventure ni. Saya da siap plan da, nanti malam ni balik hobart nak buat tutorial, nak baca buku itu, nak buat ini. Sekali, flight esok petang; jadi memang terlepas kelas for the whole day besok.

Lepastu, konon nak stay kat airport 24 jam. Dan penuhi dengan macam-macam amal. Tapi Allah mengkehendaki yang lain untuk saya. Kadang-kadang, kita rasa, tu la yang terbaik untuk kita. Dan kadang-kadang, kita tak suka kat something, sebab kita rasa, benda tu takkan bawak ape-ape kebaikan untuk kita. Tapi, Allah dah kata da dalam quran,

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah al-Baqarah ayat 216 [2:216]

Aww so sweet.

Lepastu, amek bas pegi southern cross station. Dari situ, naik trem pegi rumah kawan saya tu. Perjalanan bas tu ok, naik je la, destinasi dia memang da tetap ke southern cross pon. Part naik trem tu yang haru biru sikit. Kawan saya da cakap da, nanti, amek trem yang pegi ke situ-situ, turun kat situ-situ. Tapi, sebab tak familiar dengan nama-nama tempat tu, dan tak sure kat mana nak turun pulak, akhirnya berhenti kat satu stop tu sebab rasa macam dah salah route. Turun, bukak google map, jalan kaki. Setengah jam berjalan, sampai kat rumah dia. Rupanya, da betul dah trem tu. Cuma belum sampai tempat tu je.

Lesson 3: Time naik trem tu, ragu-ragu akan sampai sebab lain daripada bas tu, yang memang da tunjuk da southern cross tu kat mana, ape rupa dia, berapa minit sampai. Stop trem tu pulak, cuma dibagitau oleh kawan saya tu je. Tak tau ape rupa tempat tu, cuma dapat agak-agak je sebab dia bagi nama tempat tu. Tapi, kawan saya tu memang da biasa naik trem. Memang da tinggal kat situ. Kenapa takleh nak yakin?

Begitulah janji tuhan kita tentang syurga. Macam-macam gambaran Dia bagi kat kita kat dalam quran tentang syurga. Ade sungai madu, sungai susu..pakai sutera, pakai gelang, macam-macam. Dan ape yang kita mampu bayang tu, tak mampu nak menyaingi pon ape yang sebenarnya Dia da sediakan untuk kita kat syurga nanti.

Manusia pulak, memang jenis ‘believe what they see’. Kita tak nampak syurga. Yang benar jelas depan mata kita, jalan ke syurga tu susah. Orang akan ejek. Orang akan buat itu ini kat kita. Kita kena lawan diri. Lawan nafsu. Buat baik kat orang yang kita tak kenal. Kena buat macam-macam, habes macam-macam, semata-mata sebab nak ke syurga yang kita tak pernah nampak pon tu.

Kalau denga pon, macam orang gila! Benda tu takde depan mata pon, kenapa nak susah-susah? Baik seronok-seronok je kat dunia ni, kan nampak jelas ape yang kita dapat kalau enjoy je kat dunia. Buat ikut suka, kan jelas seronoknya?

Sebab itulah, Allah menjanjikan ganjaran yang besar, untuk orang-orang yang yakin, percaya, beriman denganNya, walaupon, mereka tidak pernah melihatNya. Yang yakin, susah payah mereka, penat jerih mereka di dunia, akan dibalas syurga; walaupon, mereka tak penah melihat syurga. Mereka tak dapat membayangkan pon syurga. Mereka mendapat ganjaran yang besar, kerana iman mereka yang ‘ajaib’. Percayakan benda yang takde solid kat depan mata. Cuma percaya dan yakin- beriman dengan janji Allah semata-mata. Dan sungguh, siapa lagi, yang lebih menepati janji, selain daripada Allah?

Favourite part: Jalan kaki sambil pikul beg 7 kilo on a cold autumn night di jalan-jalan yang lebih kurang camni la.

[Kredit]

Ade la beberapa lagi lesson yang saya dapat daripada misadventure ni. Loved the experience and loved what I learned from it. Dan Allah la yang telah  melindungi dan memudahkan segalanya pada masa tu.

———

*alhamdulillah da seminggu abes exam. semoga terisi dengan amal yang mendekatkan kami kepadaMu ya rabb.

Gagah berani. Kachak bergaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Two months is such a long time to neglect your blog. Espeseli when you have a short series on a cliffhanger and you know someone does follow your blog*koff koff perasan pule di disitu*

I dunno. Two months I didn’t touch my blog nor did I touch anyone else’s. Just didn’t feel like it. Benarlah. Istiqamah itu buah iman. Bukan minat.

Konon menulis supaya orang lain juga mendapat something daripada kesah hidupku yang marhaen ini. Konon menulis untuk berkongsi pencerahan-pencerahan yang diterima. 2 bulan lesap tanpa sebarang tulisan is purely futur. Aish. I’m angry with myself for being so weak. Spending 30 minutes to what, one hour, two hours on a post every 3 to four days is not that much compared to the reward and happiness I would get from knowing that someone does benefit from my ramblings. At least well maybe someone will be entertained with my stories. Or laugh at my weird mixture of language or bad choice of words. Maybe someone will be comforted knowing that hey, hey at the south end of the world there’s someone who’d been through the same thing as they had. And I know someone I love on the other side of the globe does check up on me here to know what I’m up to now. But I just wasn’t strong enough. Just not strong enough to consistently write something good for you good people. Sigh~

That’s why I really admire those who can persevere no matter what befalls them. No matter what happens, they carry on. They kept strong and carry forward with tight knuckles, gritted teeth and sweating forehead but at the end of the day when they got through they’ll smile and wipe off that sweat because they know did it. They persevered, they held fast and strong and now they deserve whatever reward that is waiting for them.  ahh. Gagah berani. Kachak bergaya.

What keeps you strong? Ask yourself, come on now. What’s been keeping you going all this time? When you feel like “no I can’t go on”, what’s the one thing that made you get back up on your feet and say “I’ll try again”?

Your mama?

Your pride?

Your ambition?

Some one you love?

Some one who loves you?

Allah?

Paradise?

_ _ _ _ _ _ _

Saya kagum dengan orang-orang yang, bila kita dengan diorang, diorang happy go lucky macam ape je. Tak penah nampak diorang sedih. Tapi bila korek-korek, rupanya mereka ni, ade masalah-masalah yang bila kita denga pon nganga sampai patah dagu. Bila korek-korek, kita yang rasa macam nak tolong nanges. Diorang relek je. Dan bukan, bukan sebab diorang dalam stage denial atau diorang jenis tak amek kesah yang “ahhh tak pedulilah ape pon janji aku hidup!”. Malam-malam, bila tahajud sebelah diorang, diorang nanges. Datang pagi, “selaaamat pagiiiii! teman adek di sinii” dengan mata bulat bersinar sinar hidung kembang kempis penuh semangat. *sila nyanyi dengan gaya yang betul ye (lagu pampers)*

Saya kagum tengok orang-orang yang, diorang ada seribu satu alasan yang kukuh dan valid untuk give up. But they chose NOT to. Misalnye sedara-sedara kita kat gaza sana. Saya denga cerita orang yang balik dari sana. Orang-orang gaza ni relek je cerita, ayah dia syahid, anak dia syahid, rumah baru bina kena bom semua tu lah. Yang mendengarnye yang jadi sebak. Yang cerita happy je. Kat sana, kalau satu bangunan kena bom, tak sampai dua hari, diulang dua hari; semua tu akan clear dan dalam masa dua hari, dah ade kerja-kerja pembinaan untuk bangunan baru.

Saya kagum tengok orang-orang yang, dia cuba sedaya upaya nak jadi diri dia yang lebih baik. Cuba, gagal. Cuba lagi, gagal lagi. Sampai orang kata, “tak payahla, muka engko ni, takde harapan dah ni.” Tapi, ade dia kesah? Tak ponn. Dia cuba lagi. Mungkin dia gagal lagi. Tapi dia tak berhenti cuba dan cuba dan cuba lagi.

Kenapa? Apa yang buat diorang begitu haibat? Begitu gagah berani? Begitu kachak bergaya?

Bukan kerana diorang bukan manusia. Diorang juga manusia cam kita. Tau sakit, tau bosan. Tau rasa pedih bila kena bahan, tau rasa penat bila da try tak jadi-jadi, tau rasa nak pecah dada tahan nanges. Diorang rasa semua tu.

Bukan kerana diorang pakai spek hitam jenama Prada dan kat belakang diorang ada background bom meletup lalu diorang bukak spek sambil catwalk maka nampak kachak bergaya.eh

Tapi kerana diorang yakin, setelah berpenat lelah ni, setelah bersusah payah ni, ada something menanti. Dan diorang yakin, ade someone yang memerhati diorang, yang mencatat, setiap kali diorang bangun semula setelah jatuh; yang mengira, setiap titis peluh, setiap titis airmata, dan setiap titis darah yang terkeluar.

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.

Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.

Surah al-Ahqaf ayat 13-14 [46:13-14]

Yakin kepada pujian manusia, manusia akan berubah hati. Dan manusia akan mati maka matilah pujian itu bersama manusia.

Yakin kepada harta, harta akan habis, dan bila mati, bukan harta yang menjadi bekalan.

Yakin kepada minat, percayalah, minat itu akan berubah ubah mengikut selera dan perubahan zaman.

Yakin kepada janji Allah dan rasulnya, ketahuilah, janji Allah itu benar. Allah sekali kali takkan memungkiri janjiNya. Dan siapa lagi yang memberi ganjaran yang lebih baik, selain daripada Dia?

That’s what kept them going people. Allah. With Allah and His promise of paradise empowering the intention of everything that you do, nothing can hold you back. Nothing will keep you to the ground.

So, what keeps you going?

_ _ _ _ _ _ _

*rasa macam makan diri sendiri. adakah tak istiqamah menulis kerana belum sepenuhnya yakin dengan janji Allah? Huwaaaaa