(kurang)Sepuluh yang terakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Saat orang lain ada yang sudah mula perlahan kayuhannya, dia masih bertahan. Bertahan sangat-sangat. Benda ini bukan mudah untuknya juga. Tapi dia bertahan. Kerana dia tahu, tuhannya sedang melihatnya. Di antara semua hamba-hambaNya, di sini ada dia.

Di sini ada dia yang bersungguh-sungguh melawan kemahuan dirinya-kemahuan dirinya yang teringin benar besenang-senang, teringin benar berehat-rehat, teringin benar hendak kembali pada kerehatan sebulan lalu; setelah kini hampir sebulan dia berpenat lelah.

Lalu kemahuan untuk menyambung tidur lena dilawannya, lalu bersujud dan bertahajudlah dia dalam setiap sepertiga akhir malam-malam yang tersisa itu.

Kemahuan untuk rehat dari membaca quran setelah hampir sebulan rancak berlumba mengkhatamkannya, dilawannya, lalu dibacanya juga sepenuh dan seikhlas hati, walau kini setiap helaian quran itu terasa lebih berat daripada almari tempat letak alquran tersebut.

Kemahuan menyanyikan lagu-lagu raya dek rindunya kepada rumahnya, dilawannya dengan istighfar, tahmid, dan tasbih. Zikir dan selawat tak lekang dari bibirnya walaupon asalnya dia amat sangat susah hendak berzikir seperti itu.

Kerana dia tahu, mungkin saja, ini ramadhan terakhirnya. Kegirangan hampir menghabeskan quran walaupon di masa lain lama benar hendak bergerak semuka surat, ketenangan di siang hari sewaktu dia berpuasa, kemanisan dalam tangisan sujud-sujud tahajudnya; semua itu, mungkin tak sempat lagi untuk dia merasakannya tahun depan.

Maka, walaupon dia sangat amat bimbang yang habesnya bulan pesta ibadah ini, dia akan kembali seperti dia yang dahulu: yang malas menghadap tuhannya, yang culas membaca surat chenta tuhannya,

walaupon dia sangat amat risau yang dia tak mampu untuk istiqamah dengan amal-amal baru yang dimulainya ramadhan tahun ini,

dia gagahi jua sisa-sisa terakhir ramadhan tahun ini.

Kerana, dia juga sangat-sangat ingin, satu hari nanti, untuk masuk dari pintu ar-rayyan. Dan di situ, tuhannya yang sedang melihatnya itu, tuhannya yang sedang menghitung setiap perjuangannya melawan kemahuannya itu, akan berkata kepada para malaikat yang siang malam bertasbih kepadaNya:

“Lihatlah hambaku itu. Dia masuk ke bulan ramadhan lalu bersungguh-sungguh beribadah kepadaKu. Walaupon Aku dah uji dia dengan macam-macam kemahuan yang sangat ingin dia penuhi, tapi dia gagahi semuanya, untuk Aku. Walaupon Aku uji dia dengan keraguan-keraguan yang menggugah semangatnya, dia tetap juga menghadap Aku, meminta agar setiap ramadhannya lebih baik daripada sebelumnya. Lihatlah dia. Itulah dia hambaKu.”

Nanges

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Benar, kita tak tahu, adekah kita akan bertemu lagi ramadhan tahun depan. Kita juge tak tahu, mampukah kita untuk istiqamah dengan ibadah-ibadah yang beria benar kita buat sekarang ni. Tapi tak cuba, kita takkan tahu.

Teruskanlah perjuanganmu.. Allah itu maha penyayang, dan maha lembut terhadap hamba-hambaNya 🙂

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

Surah al-Ankabut ayat 69 [29:69]

Selamat mengisi hari-hari terakhir ramadhan dengan amal-amal yang dichentaiNya 🙂

life_is_like_a_race_by_snukki-d5hgms6

[Kredit]

Ramadhan da nak abes. Apa khabar hubungan kita dengan Allah? Amal ibadah pula amacam?

Advertisements

Sepuluh yang pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Sedar tak sedar, da masuk malam kesepuluh bulan ramadhan ni. 1 ramadhan tahun lepas, time nak dekat-dekat berbuka, saya berpiijak di bumi hobart buat pertama kali. Tahun ni, di waktu yang sama, kami mengakhiri 1 ramadhan juga sambil membawa beg-beg tarik,  cuma kali ni kami di melben. Baru balik winter camp. Selama setahun, Allah izinkan ukhuwah ini berkekalan. Bukan tanpa retak. Bahkan ada pergeseran dan air mata yang tumpah sepanjang meniti setahun ini. Tapi hari ini kami masih bersama, mengaku yang setiap dari kami ini bersaudara ;’)

Alhamdulillah, da setahun. Assalamualaikum ramadhan al-mubarak. Jumpa lagi kita ye?

Tentu sekali, ade orang yang meletakkan maacam macam target yang nak dicapai untuk ramadhan tahun ni.

“nak jaga makan. biar turun at least 3 kilo”

“nak habeskan satu quran”

“nak tahajud at least sepuluh malam terakhir”

“nak belajar resipi baru”

“nak puasa penuh”

“nak try tutup aurat bebetul”

Macam-macam. Pelbagai genre dan citarasa.

Ramadhan tu bulan manusia berlumba-lumba berbuat amal. Ibarat menanam padi. Kalau bulan-bulan lain tanam padi sorang-sorang dengan kerbau seekor je, bulan ramadhan ni bukan takat kerbau; traktor, cangkul, sampaikan kalau kambing tu boleh guna untuk membajak sawah, pon kita nak heret dia skali supaya dapat tanam padi banyak-banyak. Eheh. Hasilnya, akan dituai di akhirat nanti. Dan, yang memastikan berbuah ke tidak padi tu, sempat masak ke tidak padi yang nak dituai tu, ialah: istiqamah.

Ade seribu satu, atau mungkin lebih daripada tu, sebab, untuk seseorang tu nak buat something. Sebab dia suka, sebab orang lain suka, sebab takut orang marah, ape-apelah. Sebab yang paling mulia untuk ape-ape amalan di bulan ramadhan ni, ialah buat sesuatu kerana Allah. Saya rasa saya selalu sebut benda ni. Buat ape-ape kerana Allah. Sebab Dia yang menciptakan kita. Dia ciptakan kita sebagai hambaNya untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ape-ape yang kita buat untuk Dia, bukan penat-penat pastu dah, habes camtu je, tidak. Ape-ape yang kita buat untuk Dia, Dia akan balas dengan adil di akhirat, tak kirala sekecik mana atau sebesar mana perbuatan tu. Yang baik dapat balasan baik, yang tak baik dapat balasan tak baik.

Jadi, kalaula kita buat ape-ape time ramadhan ni, bukan kerana Allah, camana kita nak harapkan balasan kat akhirat nanti? Katakanlah ade orang tu asal ramadhan, mesti nak habeskan sebijik al-quran start dari surah al-fatihah. Alhamdulillah dia mampu, dan habes je ramadhan tahun tu, dia berjaya habeskan satu quran. Tapi datang syawal, zulhijjah, muharram, rabiul awal, tak de pon nak khatam-khatam, pandang quran pon tidak. Jumpa ramadhan lagi, start from zero dan habeskan satu quran. Aik, kalau camtu, kita ni hamba siapa? Hamba ramadhan ke hamba Allah? Kalau hamba ramadhan, time ramadhan je la baik, time lain tak baik. Sedangkan Allah yang akan menghitung amalan kita. Bukan ramadhan.

Akhirnya padi yang beratus-ratus biji kita tanam tu, reput rosak camtu je. Tak sempat nak tumbuh atau berbuah pon.

Saya ingat lagi, first time saya cuba untuk tutup aurat betul-betul, ialah ramadhan 3 tahun lepas. Sebab time beratur panjang hari-hari nak amek makanan kat dewan selera tu, selalu terjadi saya ter’sesat’ dalam barisan kat tengah-tengah akak-akak yang-hm cantik, sopan je pemakaian. Saya ni dengan selipar jepunnya lahai.. Anyways, bila balik rumah untuk minggu terakhir puasa dan beraya tu, cubaan tu cuma tinggal cubaan je. Takde lagi nak betul-betul. Adeh. Tapi Allah sayang sangat kat saya. Time raya tu, ade bbq kat rumah. Malam. Pastu nyamuk banyak. Pastu nyamuk yang banyak tu gigit kaki saya. Pastu banyak kesan gigit. Pastu saya pon pakai setokin semula. Mula-mula sebab nak cover. Dan saya pon muhasarawak untuk ape sebenarnya saya beria sangat nak tutup aurat betul-betul time kat kolej. Adekah Allah hanya wujud di kolej? Lama-lama, saya berjaya istiqamah. Dan, subhanallah. Takde da kesan gigit nyamuk tu. *Uuuww*

Saya tau ade je lagi orang-orang lain kat luar sana bermula untuk jadi insan lebih baik di bulan ramadhan. Tambah-tambah lagi sebab bulan ramadhan ni, kalau ade yang nak mengutuk orang yang buat baik, memang dia ade la tu something wrong somewhere. Ramadhan memang cukup kondusif untuk mulakan perubahan yang baik. Cuma, janganla jadi macam saya yang penah menjadi hamba ramadhan. Jadila hamba Allah sepenuh masa 🙂

Yakinla, Allah akan pandang setiap usaha kita di dunia ni. Nak melawan nafsu untuk memulakan something yang baik pon da cukup susah, inikan pulak nak melawan nafsu untuk kekalkan ape yang dimulakan tu. Takkanla tuhan yang maha penyayang lagi maha pengasih tu sanggup biarkan hamba-hamba Dia bersusah payah kerana Dia, tanpa ape-ape balasan?

Diampunkan segala dosa, mendapat tempat di sorga, hampir denganNya; apakah tak cukup menggiurkan?

Mari. Ramadhan tinggal dalam dua puluh hari je lagi ni. Jom bercucuk tanam banyak banyak. Luruskan niat demi Allah, biar dari benih, jadi pokok yang sihat dan kuat. Dan istiqamahla, moga pokok amalan tu sempat berbuah. Hasilnya? Kita tuai kat sorga sama-sama 🙂 Insyaallah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

[Kredit]

Selipar all in one. Yang tu la pegi mandi, yang tu la pegi surau, yang tu jugakla pegi bazar. Bila turun bukit depan kolej tercabut sebab pakai setokin, licin. ahh memories 😉

Hot shokolat no more

*post ini ditujukan kepada kakak saya. Mungkin those who get it will get it but for those who don’t I’m sorry :)*

Bismillahirahmanirrahim

Today, is a big day for my big sister. Today, on the 2nd of July 2013, my big sister got married 🙂

Dan memang tak sempat saya nak bagi speech atau buat bidio untuk akak macam yang akak da bertungkus lumus buat untuk hari jadi saya haritu..mintak maaf. Tapi, hari ni, saya gembira sangat.. sebab, doa saya da dimakbulkan Allah. Hari ni, akak da selamat bernikah dengan dia. Alhamdulillah ;’)

Selamat berjuang di medan baru kakak ku sayang. Moga kekal kuat. Kekal tabah. Sepulangmu dari bumi ghazzah, engko ajar aku,

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.”

Surah Ali Imran ayat 200 [3:200]

Aku harap, engko sentiasa ingat ayat ni. Aku hanyalah si budak yang kerjanya hari-hari meng-annoy orang terutamanya engko. Mungkin tidak mampu pon hendak memberi nasihat untukmu di medan barumu ini. Tapi ingatlah ayat ini akakku sayang..kami di sini akan terus berjuang. Aku harap, hari ini, bukan hari peringatan kami kehilangan engko dari gerabak ini. Aku yakin engko mampu buat. Biiznillah. Aku akan sentiasa menyokongmu dari jauh, mendoakanmu dalam sujud-sujud tahajudku. Aku akan ingat masa-masa kita tahajud sesama; kerana, antara semua kenangan yang aku ada dengan orang-orang yang aku sayang; yang paling aku kenang, ialah bila aku penah tahajud dengan orang-orang tu. Dan engko salah seorangnya.

Memang kalau orang lain baca ni, diorang akan nampak, apende la budak ni panggil orang lebih tua aku-engko. Tapi, just as it makes your day to have our daily aku-engko arguments, it makes my day too. Will be missing you and your ways and antics. You’d taught me lots and you were quite a big part of my life. Thank you. My big sister. My other murabbi 🙂 

_ _ _ _ _ _ _ _ _

*tonight for the first time after quite a long time flying with just the two of us, I’ll be flying alone. Without you to annoy me and without you for me to annoy. I guess tonight we won’t be having hot chocolate together. Will be missing that too, somewhat. I guess. Nah maybe not so much.bwahahak *gelak denial*

**habesla aku malam ni fly dengan emak dan makcik-makcik.mungkin akan keluarkan kata-kata ni tak sampai 10 minit lepas berlepas: “nak balikkkk” ahaha.**

***been fighting off the lump in my throat for some time. And now I realised I haven’t said this to you for one last time : Letchu***

Indeed. Letchu khuda. Gubaba. Hope he takes good care of you.

Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair (semoga Allah memberkati kamu berdua dan memberkati atas kamu berdua, dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan).

Alhamdulillah ‘ala kulli hal (segala puji bagi Allah atas semua perkara).

Let’s carry on. C’mon :’)