Sepuluh yang pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Sedar tak sedar, da masuk malam kesepuluh bulan ramadhan ni. 1 ramadhan tahun lepas, time nak dekat-dekat berbuka, saya berpiijak di bumi hobart buat pertama kali. Tahun ni, di waktu yang sama, kami mengakhiri 1 ramadhan juga sambil membawa beg-beg tarik,  cuma kali ni kami di melben. Baru balik winter camp. Selama setahun, Allah izinkan ukhuwah ini berkekalan. Bukan tanpa retak. Bahkan ada pergeseran dan air mata yang tumpah sepanjang meniti setahun ini. Tapi hari ini kami masih bersama, mengaku yang setiap dari kami ini bersaudara ;’)

Alhamdulillah, da setahun. Assalamualaikum ramadhan al-mubarak. Jumpa lagi kita ye?

Tentu sekali, ade orang yang meletakkan maacam macam target yang nak dicapai untuk ramadhan tahun ni.

“nak jaga makan. biar turun at least 3 kilo”

“nak habeskan satu quran”

“nak tahajud at least sepuluh malam terakhir”

“nak belajar resipi baru”

“nak puasa penuh”

“nak try tutup aurat bebetul”

Macam-macam. Pelbagai genre dan citarasa.

Ramadhan tu bulan manusia berlumba-lumba berbuat amal. Ibarat menanam padi. Kalau bulan-bulan lain tanam padi sorang-sorang dengan kerbau seekor je, bulan ramadhan ni bukan takat kerbau; traktor, cangkul, sampaikan kalau kambing tu boleh guna untuk membajak sawah, pon kita nak heret dia skali supaya dapat tanam padi banyak-banyak. Eheh. Hasilnya, akan dituai di akhirat nanti. Dan, yang memastikan berbuah ke tidak padi tu, sempat masak ke tidak padi yang nak dituai tu, ialah: istiqamah.

Ade seribu satu, atau mungkin lebih daripada tu, sebab, untuk seseorang tu nak buat something. Sebab dia suka, sebab orang lain suka, sebab takut orang marah, ape-apelah. Sebab yang paling mulia untuk ape-ape amalan di bulan ramadhan ni, ialah buat sesuatu kerana Allah. Saya rasa saya selalu sebut benda ni. Buat ape-ape kerana Allah. Sebab Dia yang menciptakan kita. Dia ciptakan kita sebagai hambaNya untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ape-ape yang kita buat untuk Dia, bukan penat-penat pastu dah, habes camtu je, tidak. Ape-ape yang kita buat untuk Dia, Dia akan balas dengan adil di akhirat, tak kirala sekecik mana atau sebesar mana perbuatan tu. Yang baik dapat balasan baik, yang tak baik dapat balasan tak baik.

Jadi, kalaula kita buat ape-ape time ramadhan ni, bukan kerana Allah, camana kita nak harapkan balasan kat akhirat nanti? Katakanlah ade orang tu asal ramadhan, mesti nak habeskan sebijik al-quran start dari surah al-fatihah. Alhamdulillah dia mampu, dan habes je ramadhan tahun tu, dia berjaya habeskan satu quran. Tapi datang syawal, zulhijjah, muharram, rabiul awal, tak de pon nak khatam-khatam, pandang quran pon tidak. Jumpa ramadhan lagi, start from zero dan habeskan satu quran. Aik, kalau camtu, kita ni hamba siapa? Hamba ramadhan ke hamba Allah? Kalau hamba ramadhan, time ramadhan je la baik, time lain tak baik. Sedangkan Allah yang akan menghitung amalan kita. Bukan ramadhan.

Akhirnya padi yang beratus-ratus biji kita tanam tu, reput rosak camtu je. Tak sempat nak tumbuh atau berbuah pon.

Saya ingat lagi, first time saya cuba untuk tutup aurat betul-betul, ialah ramadhan 3 tahun lepas. Sebab time beratur panjang hari-hari nak amek makanan kat dewan selera tu, selalu terjadi saya ter’sesat’ dalam barisan kat tengah-tengah akak-akak yang-hm cantik, sopan je pemakaian. Saya ni dengan selipar jepunnya lahai.. Anyways, bila balik rumah untuk minggu terakhir puasa dan beraya tu, cubaan tu cuma tinggal cubaan je. Takde lagi nak betul-betul. Adeh. Tapi Allah sayang sangat kat saya. Time raya tu, ade bbq kat rumah. Malam. Pastu nyamuk banyak. Pastu nyamuk yang banyak tu gigit kaki saya. Pastu banyak kesan gigit. Pastu saya pon pakai setokin semula. Mula-mula sebab nak cover. Dan saya pon muhasarawak untuk ape sebenarnya saya beria sangat nak tutup aurat betul-betul time kat kolej. Adekah Allah hanya wujud di kolej? Lama-lama, saya berjaya istiqamah. Dan, subhanallah. Takde da kesan gigit nyamuk tu. *Uuuww*

Saya tau ade je lagi orang-orang lain kat luar sana bermula untuk jadi insan lebih baik di bulan ramadhan. Tambah-tambah lagi sebab bulan ramadhan ni, kalau ade yang nak mengutuk orang yang buat baik, memang dia ade la tu something wrong somewhere. Ramadhan memang cukup kondusif untuk mulakan perubahan yang baik. Cuma, janganla jadi macam saya yang penah menjadi hamba ramadhan. Jadila hamba Allah sepenuh masa 🙂

Yakinla, Allah akan pandang setiap usaha kita di dunia ni. Nak melawan nafsu untuk memulakan something yang baik pon da cukup susah, inikan pulak nak melawan nafsu untuk kekalkan ape yang dimulakan tu. Takkanla tuhan yang maha penyayang lagi maha pengasih tu sanggup biarkan hamba-hamba Dia bersusah payah kerana Dia, tanpa ape-ape balasan?

Diampunkan segala dosa, mendapat tempat di sorga, hampir denganNya; apakah tak cukup menggiurkan?

Mari. Ramadhan tinggal dalam dua puluh hari je lagi ni. Jom bercucuk tanam banyak banyak. Luruskan niat demi Allah, biar dari benih, jadi pokok yang sihat dan kuat. Dan istiqamahla, moga pokok amalan tu sempat berbuah. Hasilnya? Kita tuai kat sorga sama-sama 🙂 Insyaallah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

[Kredit]

Selipar all in one. Yang tu la pegi mandi, yang tu la pegi surau, yang tu jugakla pegi bazar. Bila turun bukit depan kolej tercabut sebab pakai setokin, licin. ahh memories 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s