Pasar malam juga ada kesah tahu?

Bismillahirrahmanirrahim

jugglingknives

[Kredit]

Pada suatu petang, anda sedang seronok melihat-lihat juadah beraneka rupa di sebuah pasar malam sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa yang berbau seperti ayam golek dan sate bila tiba-tiba, anda terdengar;

“Marii marii adek kakak abang pacik macik kachak bergaya chantek rupawan sekalian. Mari dekat, mari dekatt haa. Maaari dekat”

Eh. Macam menarik. Mamat ni nak buat ape?

Di tengah-tengah pasar malam itu, sudah mula ada bulatan manusia mengelilingi seorang pemuda dalam usia pertengahan 20-an. Peniaga-peniaga pasar malam di sekeliling kawasan itu yang teringin nak tahu ape benda tu tapi tak boleh sebab kena jaga kedai, terjingkit-jingkit dari kedai masing-masing.

Pemuda itu bersuara lagi,

“Haa..semua marii dekat, nanti tak nampak. Kat tangan saya ada pisau cap Kelapa Laut yang terbukti cukup tajam untuk belah sebijik durian dengan sekali hayun. Haa tengok ni”

Wahhhh. Semua penonton kagum tatkala pemuda itu membelah durian dengan pisau sebesar tapak tangan tu. Sekali hayun je. Tanpa perlu angkat tangan tinggi pon.

“Haa hebat an? Tapi tujuan saya, bukan nak promote pisau ni. Saya nak promote diri. Eh. Sekarang saya nak demo sikit. Nampak gadis tu? Dia adik saya by the way. Atas kepala dia ada tembikai. Sekarang tengok saya baling pisau ni, tepat tak kena tembikai tu..”

Sik logik! getus anda dalam slang sarawak, terpengaruh dengan roomate anda di kolej, barangkali. Ye ye je mamat ni. Tak logik ah.

“Hiyah!”

Wah.  Anda hampir tak percaya mata kepala anda sendiri bila pisau itu dengan tepatnya tercacak  di tengah-tengah tembikai itu. Gadis itu tertawa melihat mulut-mulut hadirin yang terlopong, termasukla mulut anda.

“Cool an? an? Haa sekarang tengok ni pulak. Adik, epal pulak bak mai.”

Kini sebijik epal merah pula berdiri atas kepala gadis itu.

“And one, and two, hiyah!”

Sekali lagi, mulut anda terlopong saat pisau itu tercacak di tengah-tengah epal itu.

Fuh. Betul la. Boleh tahan hebat mamat ni. Adik dia sikit pon tak kena. Anda mengangguk-angguk sorang-sorang, kemudian berhenti kerana tersedar yang macik sebelah anda sedang melihat anda.

“Okayy. We saved the best for last. Adik, bak mai buah angguq!”

Oi. Siyes li? Anda pulak yang berdebar. Sebijik angguq bukan besaq. eh terikut pulak slang mamat ni. Sebijik anggur bukan besar. Sekali miss, uii. Anda yang belum seratus peratus yakin dengan kehebatan pemuda itu menelan air liur. Peluh menitis di dahi.

“One, two..”

Anda rasa nak tutup mata je. Tapi nak tengok.

“Hiyah!”

Zup! 

Tepat di tengah tengah bijik anggur tu.

Macik di sebelah tiba-tiba je mencuit bahu anda. “Dik, tutup mulut. Besar sangat tu terbukak.”

Wah, masya Allah hebatnya, betul la mamat ni hebat. Fuh. Hadirin lain mula bertepuk tangan. Anda pon turut sama bertepuk tangan, kagum. Yang menghulur duit seringgit dua ringgit pon ada, tapi anda tak join la. Kini anda benar-benar sudah percaya dengan kehebatan mamat ni. Kalau ada TV3 datang interview, anda rela bagi testimoni betapa hebatnya pemuda itu membaling pisau.eheh. nak femes aje.

Fulamak. Cool cool.

“Okei. Sekarang, ada seprais. Ada tak antara adek akak abang pacik macik  yang volunteer nak jadi target seterusnya cam cik adik manis saya tu?”

***

Haa.

Bagaimana?

Kalau ini benar-benar berlaku pada anda, beranikah anda hendak tampil dan jadi sasaran pemuda itu? Sanggupkah anda mempertaruhkan kepala anda? Anda baru melihat cuma tiga cubaan yang berjaya. Bagaimana? Ada berani?

Kalau tadi, anda sudah kagum dengan kehebatannya, dan anda sudah mengaku dia hebat. Itu bermakna anda sudah percaya dengan kebolehannya. Tapi, kalau anda belum berani lagi nak ke depan dan jadi sasaran, itu tanda nya, anda belum yakin.

Anda hanya percaya. Tapi anda tidak yakin.

Begitu juga dengan iman kita. Kita kata kita beriman. Beriman dengan Allah, beriman dengan rasulnya, kitabnya, malaikat, qada dan qadar, hari kiamat. Macam macam tanda kekuasaan dan kebenaranNya telah Allah tunjukkan. Dalam quran, dalam hadis, hatta dalam penciptaan diri kita sendiri pon, ada tanda keagunganNya.

Tapi..

Adakah kita sekadar percaya? Atau adakah kita juga yakin?

Benarkah kita yakin?

Kalau ya, apa buktinya?

Apa bukti keimanan kita?

Iman itu bukan sekadar percaya di hati. Tidak juga terhenti takat di mulut. Tapi juga dibuktikan dengan amal.

Iman itu yakin yang membuahkan amal.

Jadi..bagaimana iman kita?