Ihsan: lesson learnt the hard way

Bismillahirrahmanirrahim

“Dan orang-orang kafir itu merancang, Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang.”

Surah ali-Imran ayat 54 [3:54]

Di satu pihak, musuh islam buat macam-macam untuk menjatuhkan islam. Dengan fitnahnya, penindasannya, dengan hasutan-hasutan yang ditanam dalam orang islam sendiri, dengan beraneka penyelewengannya. Dari segi pemikiran, gaya hidup, trend, budaya, pembelajaran, silibus, teori-teori, semua mereka gunakan. Macam-macam. Dari yang terkenal, yang tak terkenal, dari zaman dulu, sampai la zaman sekarang. Dari zaman para nabi, sampai la ke kita, umat akhir zaman.

Di satu pihak yang lain, mereka-mereka yang mahukan islam sebenar kembali tegak kat muka bumi ni, juga berbuat macam-macam. Tak kira siapa mereka, student, cikgu, ostad ustajah, engineer, doktor, cleaner, presiden, siapa-siapalah. Mereka semua guna kedudukan masing-masing untuk ajak orang kenal islam, ajak orang buat baik dan jangan buat benda jahat. Mereka terangkan islam bukan takat solat, puasa dan pakai tudung dan baju-long-sleeve-tutup-punggung. Yang presidennya guna kuasa dan kedudukan tingginya, cikgunya guna pengaruh yang dia ada dengan anak murid dan mak ayah diorang. Yang student? Belajar sungguh-sungguh supaya satu hari nanti, mereka juga punya kedudukan dan kepakaran untuk juga menarik orang kepada islam. Yang lain-lain anda isi sendiri. hehe.

Dan si satu pihak yang lain juga, Allah juga merancang. Tentunya, Dia sudah menyediakan balasan yang setimpal buat kedua-dua pihak ini di akhirat kelak. Di dunia pula, Dia jugalah yang memastikan barisan para pejuang yang memperjuangkan agama yang diredhaiNya ini merupakan barisan yang terbaik. Cream of the cream. Yang paling ikhlas. Paling suci niatnya. Paling ihsan amalnya. Kerana musuh-musuh agama tadi, tidak berjuang dengan tangan kosong. Mereka punya tekonologi terbaik. Kepakaran terbaik. Kesungguhan yang mengangakan mulut. Sejak dahulu lagi mereka sudah berusaha. Dan mereka tidak pernah putus asa.

Masakan Allah mahu berpuas hati dengan pejuang yang ala kadar, lepak lu sap kok lu?

Yang bermalas-malas, bertangguh-tangguh, berangan-angan? Yang kejap-kejap nak putus asa, nak terjun lombong sebab frust sangat? tsk tsk.

Memang Allah sudah berkali-kali berjanji, Dia akan memenangkan agamaNya ini atas semua agama. Dan sunnatullah lah, atau memang ketentuan lah; yang akan menang, ialah yang terbaik. Lumba lari-yang akan menang ialah yang paling laju. Masterchef-yang akan menang ialah masakan yang paling sedap dan paling cantik lagi menarik. Apa lagi? Biggest loser? Akademi al-Quran? Anda sebutlah pertandingan apapon, yang akan menang, tentunya ialah mereka yang berjaya kalahkan semua yang lain, yang melebihi semua yang lain. Yang mampu buat lebih baik dari yang lain.

Maka, anda beritahu saya, adakah agama ini akan menang kalau mereka yang memperjuangkannya pon, saya, anda, dan siapa saja; tak bersungguh?

Jawapannya: agama ini tetap akan menang. Kerana janji Allah itu pasti.

Yang akan berubah, ialah mereka yang memperjuangkannya. Mereka yang malas, mereka yang cuma tahu berangan tapi tak mahu buat, yang tidak ihsan, akan dikeluarkan. Tersingkir. Disqualified. Diganti dengan mereka-mereka yang lebih baik.

Macam orang bercucuk tanamla. Rumput-rumput menumpang, parasit-parasit semua, akan dicabut. Yang akan dibiar hidup ialah tanaman yang ditanam untuk mendapatkan hasil. Jangan bimbang tentang saf para pejuang agama ini, kerana Allah sendiri akan membersihkannya dari mereka yang tidak bersungguh. Yang tidak lurus niatnya.

“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih

dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Surah at-taubah ayat 39 [9:39]

Telan air liur. Fuh. Menakutkan. Tapi itulah hakikatnya.

Rising_Early_II_by_billyunderscorebwa

[Kredit]
Aku ke yang bakal di cabut? huwaa T_T
.
.

Seringkali, bila saya tidak ihsan dalam kerja-kerja saya, homework cincai boncai, tak hantar assessment ke, belajar tak serius ke, tunggulah. Tak lama lepas tu, mesti akan timbul apa yang saya dah cincaikan tu. Soroklah kat mana pon, tanamlah lubang dalam mana pon, semua tu seolah-olah akan keluar entah dari ceruk mana, supaya saya baiki. Tiba-tiba kena mengaku sendiri tak buat, tak payah orang tanya. Dari cikgu tak kenal jadi kenal. Kena buat semula. Repeat ke. Apa-apalah.

Tapi etlis la niat dah ada. Kalau tak buat tetap dapat satu pahala sebab niat baik. Jegilkan mata.

Kata nak belajar kerana Allah kan. Kata nak belajar sebab tu salah satu cara untuk buat tanggungjawab sebagai khalifah. Maka ihsanlah dengan cara kita bahagikan masa kita, tenaga kita dan duit kita (erm, mungkin juga duit mak ayah kita dan para penaja? kekeke). Ihsan itu, berbuat amal seolah-olah kita dapat melihat Allah, dan kalaupon kita tak mampu nak rasa camtu, sesungguhnya, Allah tu maha melihat kita. Maha mengetahui apa yang kita buat. Dia lebih tahu, sejauh mana kita ihsan dalam amal-amal yang kita claim kita buat untuk Dia.

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,

dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,

lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah at-Taubah ayat 105 [9:105]

Maka, siapa pon kita, di mana jua berada, ihsanlah dalam apa jua yang kita kerjakan, walau apapon. Selagi mahu dikira sebagai jalan kita untuk mendekat kepadaNya, sebagai sumbangan kita untuk agamaNya ini, berlaku ihsanlah dalam amal kita. Kerana Dia takkan rugi kalau kita tidak mahu. Agama ini juga, tidak kehilangan apa-apa, jika kita tidak bersungguh membelanya, tidak berusaha mengamalkan dan menyebarkannya. Di luar sana masih ada jiwa-jiwa lain yang berkobar-kobar mahu memperjuangkannya.

Suatu hari nanti, para pejuang itu akan bertakbir keriangan, dan sujud tanda kemenangan.

Si musuh akan kalah jua, menyesal tak berkesudahan, merintih berpanjangan.

Dan kita, di mana, kalau kita tidak mahu ihsan?

Yang rugi, hanyalah diri kita. Kita yang pilih, amal macam mana yang kita ingin persembahkan.

_ _ _ _ _ _ _

Post pasca terima result exam. Komen saya: Ihsan. I learned it the hard way. Uhuu.

*teringat time tak hantar CAS log dulu. Time tu tak terfikir lagi pasal ni.ehee. Kids.

Zunnun

Bismillahirrahmanirrahim

Bosan. Penat. Takde harapan. Berseorangan.

Kadangkala, aku juga ditelan perasaan-perasaan ini. Ditambah lagi dengan beban di bahu, yang membuatkan aku rasa hendak lari. Berhenti dan lari dari sini. Persetankan semua, biar aku lari daripada mati kering di sini!

Bila yang diharapkan tak kunjung tiba, tak pernah kunjung tiba, terasa juga hendak putus asa. Harapan yang malap itu, dimarakkan sedikit dengan kata-kata hikmah baru, penguat semangat baru, tapi bila basi, harapan itu padam kembali. Badan ini, tak larat juga menahan penat. Dada ini, sesak juga menahan tangis. Kepala ini sudah sarat dengan kerisauan yang tak pernah hilang, yang tak pernah memberi ruang kepada kelegaan, yang sentiasa menghantui dan menghambat jiwa yang tercungap-cungap ini, saat mata terbuka hingga tertutup kembali di penghujung hari. Ia tak perlukan lagi penambahan. Tentunya; ia menginginkan agar dikurangi muatannya. Tapi apa yang mampu aku buat? Aku terjun ke jalan ini dengan mengetahui risiko-risikonya.

Zunnun. Ya, aku rasakan diri ini seperti Zunnun ketika dia meninggalkan kaumnya dengan marah dan sedih. Kecewa. Jelek. Dia juga sudah penat, malahan lebih penat kerana tentunya, usahanya jauh lebih hebat. Tulang empat keratnya, lebih teruk dikerah; berbanding aku, yang gemuk dengan makanan dan dosa ini. Dia juga penat menahan nangis, dia jauh lebih berseorangan. Seluruh penduduk kampung itu menolaknya, mengejeknya, mempermainkannya; sedang dia tahu dia di pihak yang benar, tapi dia tak berdaya berbuat apa-apa. Maka layaklah, jika Zunnun itu terasa penat. Terasa sesak. Satu insan melawan satu kampung, sedang aku, lahai. Aku ada keluarga pertamaku disini. Walau tanpa pertalian darah, merekalah yang paling aku sayang di dunia ini. Seruanku belum sampai lagi ke setiap pelusuk tempat ini, tapi aku sudah berasa penat, kering tekak konon.

Tatkala Zunnun melarikan diri dan menaiki kapal yang penuh, dia diundi supaya meninggalkan kapal itu. Maka dia terjun, dan ditelan ikan dalam keadaan tercela. Sungguh, andai dia tidak mengingati Allah saat di dalam perut ikan itu, dia akan tetap tinggal dalam ikan tu sampai kiamat, dalam keadaan ia ditelan itu. [1] Ada masanya, aku juga ingin berhenti. Aku juga ingin lari. Ingin berputus harapan. Tapi aku tahu hidup aku bukan setakat itu saja. Aku tahu jalan ini masih panjang, dan ini hanya sebahagian daripada likunya, hanya sebahagian dari durinya, sedikit saja tribulasinya. Jika aku lari, jika aku berhenti, mudah saja Allah hendak menggantikan aku, dengan yang lebih baik lagi dari aku. Maka aku yang rugi, tenggelam dalam air mata putus asa sendiri. Aku yang tertinggal, aku yang tersadung dan tidak bangun-bangun. Aku yang rugi.

Maka, seperti Zunnun, aku juga ingin mengucapkan:

La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minazholimin

“Tiada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”

Surah al-Anbiya’ ayat 87 [21:87]

YA, jika aku lari aku zalim. Jika aku berhenti aku zalim. Zalim kerana tidak meletakkan kefahaman ini pada tempatnya. Untuk digerakkan dan disebarkan. Zalim kerana masih ada mereka-mereka yang tidak tahu, yang belum faham, tapi aku hendak berpaling dari mereka, meninggalkan mereka, dan memilih untuk melayan kepenatanku. Seolah-olah aku menidakkan apa yang aku tahu. Apa yang aku faham. Dan,

“Siapa lagi yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan dusta terhadap Allah atau mendustakan yang hak (kebenaran) tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah neraka jahannam itu ada tempat bagi orang-orang kafir?”

Surah al-Ankabut ayat 68 [29:68]

Allah tidak menjanjikan jalan ini mudah. Bahkan orang terdahulu diuji dengan bermacam ujian, bermacam musibah, yang menggugah jiwa, sehingga mereka kelaparan, kehilangan harta, kehilangan jiwa, namun  mereka teguh sekali dan berkata

“Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali”

Surah al-Baqarah ayat 155-156 [2:155-156]

Semua yang dibumi ini datang dari Allah. Dia yang mencampakkan manusia ke bumi ini, ke tempat mereka hari ini, dan Dia jugalah yang meletakkan mereka di tengah tengah ujian yang mereka hadapi. Tentu sekali, Dia lebih dari sekadar mampu, untuk juga menarik kembali ujian itu setelah hambaNya bersabar dengannya. Dia tidak menjanjikan jalan ini mudah. Tapi Dia menjanjikan pertolongan yang dekat, jika hambaNya bersabar. Nah, maka apa lagi alasanku?

Putus asa itu bukan sifat orang mukmin. Yang berputus asa hanyalah mereka yang tidak percaya dengan rahmat Allah. Yang putus asa hanyalah mereka yang tidak berpegang dengan janji Allah bahawa sungguh pertolonganNya itu dekat. Dan yang putus asa itu, hanyalah mereka yang terlalu malas hendak membayar harga syurga akhirat, lalu berpuas hati dengan syurga dunia.

Dan aku, tidak akan sekali-kali termasuk golongan itu, biiznillah. Kerana aku yakin Allah bersamaku. Allah melihatku. Allah menyaksikan aku.

Maka bangkitlah. Kamu yang juga pernah mengalami apa yang aku alami, kamu  yang merasai apa yang aku rasa, bangkitlah. Jangan tunggu ditelan ikan nun, baru hendak bangun kembali dari tidurmu. Dan ingatlah, Allah sentiasa bersama orang yang berusaha bersungguh-sungguh ke arahNya. Maka jangan sekali-kali kau putus asa.

“Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.

Dan sesungguhnya, Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik.”

Surah al-Ankabut ayat 69 [29:69]

.

.

[1] Surah as-Saffat ayat 139-144[37:139-144]

longbeach

Kekadang bila lalu tepi laut terfikir “entah-entah kalau aku kat tengah laut ade je ikan paus tassie ni telan aku sebab geram ngan aku” haih.

_ _ _ _ _ _ _

Hanyalah suatu cubaan untuk menjadi seperti pohon kurma. Kerana mukmin itu seperti pohon kurma. Semua bermanfaat. Hatta semasa dia emo pon, biarlah bermanfaat buat ummah. Aman tanpa perang.

*Am okey don’t worry. al waqtu minal ilaj.

The domino effect

Bismillahirrahmanirrahim

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Dan yang sewaktu dengannya (emm maaflah tak hebat bahasa melayu :P)

Semua bermula dengan satu. Satu titik. Satu ekor. Tapi kesan yang dibawa sampai mempengaruhi semua yang di sekelilingnya.

Begitu juga, hari ini, kita lahir dengan bestnye dapat dengar azan dan iqamah, kecik-kecik lagi dah tau, siapa tuhan kita. Semuanya bermula dengan seorang. Satu orang. Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian baru la berkembang pada para sahabat, para tabiin, sampaiila kat kita. Bermula dengan satu.

Jangan pandang rendah pada kuasa ‘satu’. Mungkin dari segi bilangan, eleh, apela sangat. Tapi, kalau tak percaya, cuba buat salah satu eksperimen ni:

1. Di tengah-tengah jalan yang sesak dengan orang ramai, cuba berhenti berjalan dan pandang ke satu arah. Pura-pura fokus kat sesuatu. Nak buat mimik muka yang sesuai pon boleh. Teruskan beberapa minit. If you do it well enough, you will notice people around you are also looking at the same way. Cool an?

2. Masa lepak dengan kawan-kawan anda, timbulkan topik best. Tunggu sampai diorang borak banyak banyak kemudian diam. Tak kira apa diorang cakap, diam je. Kalau kawan-kawan anda best, mesti diorang akan diam jugak lama-lama (generalisation level 1000 :p)

3. Ambil sekotak domino. Dirikan setiap keping domino tu dalam satu barisan. Tolak sekeping domino yang paling hampir dengan anda. Apa berlaku?

Semua yang saya duk bebel panjang-panjang kat atas ni, untuk memberi gambaran pada anda, tentang sesuatu yang dipanggil ‘the domino effect’. Satu kejadian atau tindakan yang kecik, memberi kesan kat benda atau orang sekeliling dia, yang kemudiannye bagi kesan pulak kat orang sekeliling dia, yang kemudian turut memberi kesan pada sekeliling dia, yanggg juga memberi-okei saya berhenti situ. Get it?

Selalu kan kita dengar, badan kebajikan bermula dengan sorang yang prihatin. Lepastu dia pon pegi sorang-sorang kat kawasan jalanan, bagi orang makan ke ubat ke. Lepastu makin lama orang tertarik nak buat jugak. Nak tolong. Lama-lama jadi persatuan besar yang boleh buat kempen sendiri. Ni contoh seposen je la.

Mungkin kadang-kadang, kita rasa, apa yang kita cakap takkan bagi kesan pada orang. Apa yang kita buat, takkan ade orang pandang pon, apetah lagi akan ikut. Percayalah, manusia tu diciptakan ramai-ramai menghuni satu bumi yang sama, kerana setiap satu manusia mampu meninggalkan kesan pada manusia lain. Tak kira la baik ke jahat ke, besar ke kecik ke, sama ada sedar atau pon tak sedar. Gaya cakap, gaya pakai baju, lawak yang sama, cara fikir, ape-apelah.

Boleh jadi, bila orang tak dengar tu, cuma kita salah cara cakap je..atau tak kena timing. Iyelah, orang tu baru je kena cabut gigi, kita ajak dia makan kacang cap tangan. Kita yang kena tangan, adelah. hehe. Mungkin bila orang tak nak ikut ape yang kita buat, sebab kita pernah cakap tak serupa bikin. Jadi bila kita nak buat pon, orang dah tak percaya dah. Jadi adakah kita nak berhenti buat? Tidak. Teruskan buat, teruskan dan teruskan lagi. Buktikan kita boleh buat ape yang kita cakap.

Saya yakin, semua orang suka benda baik. Termasuk diri kita sendiri. Tapi adakah kita cuma akan mengharap orang lain yang mulakan perubahan positif? Adekah kita cuma akan menunggu-nunggu? Kita nak tunggu apa sebenarnya?

Balik kepada kesah nabi Muhammad s.a.w. Baginda bermula sorang-sorang. Bayangkan kalau kita sekarang tiba-tiba cakap kat orang “aku dapat wahyu wei.” ohoii. Bukan setakat kena cap gila, siap kena tahan. Tapi, Nabi Muhammad s.a.w, kena cap gila. Kena cap penyair. Kena cap tukang tilik. Orang tak suka dia. Orang nak belasah dia. Nak bunuh dia. Tapi, dia bertahan. Walaupun dia bermula sorang-sorang. Dia teruskan je ajak orang kembali pada Allah, dia teruskan tunjuk akhlak best. Dan, hasilnya titik peluhnya, tersebar kat orang sekeliling dia. Keluarga terdekat. Sahabat. Sampai kat kita. Bermula daripada hanya seorang.

Yakinla pada diri kita. Allah takkan menguji kita lebih daripada kemampuan kita. Allah jadikan kita sebagai khalifah kat muka bumi ni, dan tu bukan tugas kecik. Bukan tugas ringan. Maka mestilah Allah dah siapkan dalam diri kita kebolehan, kemampuan, keistimewaan dan yang sewaktu dengannya (sekali lagi, maafla, tak hebat bahasa melayu :p) untuk kita buat semua tu. Kalau kita sendiri tak yakin dengan kebolehan kita siapa lagi? Sedangkan Allah pon percaya kita boleh buat, kenapa kita tidak?

Mungkin kita berseorangan dan rasa inferior. Mampu ke nak buat sorang-sorang? Kalau orang buat macam-macam kat kita camana? Ingatlah, Allah tak pernah tinggalkan kita. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung kita. Macam petikan surah ali imran ni:

(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”,

maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.

Surah ali-Imran ayat 173 [3:173]

Kalau kita bersungguh-sungguh gerakkan diri kita, insyaallah semua di sekeliling kita akan turut terkesan dengan kita. Dan kalau kita sendiri yang tutup diri kita, pekakkan telinga, butakan mata, orang lain buat la ape pon, kita tetap akan macamtu jugak. Dalam teori Newton pon (teori Newton pulak dahh) benda yang statik akan kekal statik melainkan ada daya yang bagi gerakan. Dan benda bergerak akan kekal bergerak melainkan ade daya hentikan.

Maka, jadilah ibarat sekeping domino yang memulakan kesan positif pada semua yang kita sentuh. Dan boleh jadi jugak, kita pon adelah sekeping domino di tengah-tengah barisan panjang kepingan domino. Jadi, sanggupkah kita membiarkan kesan tu terhenti pada diri kita?

domino

[Kredit]

*******

Alhamdulillah dah habes exam beberapa hari lepas. Belog ni da melepasi 1000 viewers pertamanya minggu lepas (tapi time tu tengah sibuk exam). Mungkin agak lambat jugak tapi takpe. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Dan sengaja tukar theme baru. Takde kena mengena dengan stats belog ini. hehe. Suka warna ni. Hitam. Merah. Putih. Hijau. 😉