The domino effect

Bismillahirrahmanirrahim

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Dan yang sewaktu dengannya (emm maaflah tak hebat bahasa melayu :P)

Semua bermula dengan satu. Satu titik. Satu ekor. Tapi kesan yang dibawa sampai mempengaruhi semua yang di sekelilingnya.

Begitu juga, hari ini, kita lahir dengan bestnye dapat dengar azan dan iqamah, kecik-kecik lagi dah tau, siapa tuhan kita. Semuanya bermula dengan seorang. Satu orang. Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian baru la berkembang pada para sahabat, para tabiin, sampaiila kat kita. Bermula dengan satu.

Jangan pandang rendah pada kuasa ‘satu’. Mungkin dari segi bilangan, eleh, apela sangat. Tapi, kalau tak percaya, cuba buat salah satu eksperimen ni:

1. Di tengah-tengah jalan yang sesak dengan orang ramai, cuba berhenti berjalan dan pandang ke satu arah. Pura-pura fokus kat sesuatu. Nak buat mimik muka yang sesuai pon boleh. Teruskan beberapa minit. If you do it well enough, you will notice people around you are also looking at the same way. Cool an?

2. Masa lepak dengan kawan-kawan anda, timbulkan topik best. Tunggu sampai diorang borak banyak banyak kemudian diam. Tak kira apa diorang cakap, diam je. Kalau kawan-kawan anda best, mesti diorang akan diam jugak lama-lama (generalisation level 1000 :p)

3. Ambil sekotak domino. Dirikan setiap keping domino tu dalam satu barisan. Tolak sekeping domino yang paling hampir dengan anda. Apa berlaku?

Semua yang saya duk bebel panjang-panjang kat atas ni, untuk memberi gambaran pada anda, tentang sesuatu yang dipanggil ‘the domino effect’. Satu kejadian atau tindakan yang kecik, memberi kesan kat benda atau orang sekeliling dia, yang kemudiannye bagi kesan pulak kat orang sekeliling dia, yang kemudian turut memberi kesan pada sekeliling dia, yanggg juga memberi-okei saya berhenti situ. Get it?

Selalu kan kita dengar, badan kebajikan bermula dengan sorang yang prihatin. Lepastu dia pon pegi sorang-sorang kat kawasan jalanan, bagi orang makan ke ubat ke. Lepastu makin lama orang tertarik nak buat jugak. Nak tolong. Lama-lama jadi persatuan besar yang boleh buat kempen sendiri. Ni contoh seposen je la.

Mungkin kadang-kadang, kita rasa, apa yang kita cakap takkan bagi kesan pada orang. Apa yang kita buat, takkan ade orang pandang pon, apetah lagi akan ikut. Percayalah, manusia tu diciptakan ramai-ramai menghuni satu bumi yang sama, kerana setiap satu manusia mampu meninggalkan kesan pada manusia lain. Tak kira la baik ke jahat ke, besar ke kecik ke, sama ada sedar atau pon tak sedar. Gaya cakap, gaya pakai baju, lawak yang sama, cara fikir, ape-apelah.

Boleh jadi, bila orang tak dengar tu, cuma kita salah cara cakap je..atau tak kena timing. Iyelah, orang tu baru je kena cabut gigi, kita ajak dia makan kacang cap tangan. Kita yang kena tangan, adelah. hehe. Mungkin bila orang tak nak ikut ape yang kita buat, sebab kita pernah cakap tak serupa bikin. Jadi bila kita nak buat pon, orang dah tak percaya dah. Jadi adakah kita nak berhenti buat? Tidak. Teruskan buat, teruskan dan teruskan lagi. Buktikan kita boleh buat ape yang kita cakap.

Saya yakin, semua orang suka benda baik. Termasuk diri kita sendiri. Tapi adakah kita cuma akan mengharap orang lain yang mulakan perubahan positif? Adekah kita cuma akan menunggu-nunggu? Kita nak tunggu apa sebenarnya?

Balik kepada kesah nabi Muhammad s.a.w. Baginda bermula sorang-sorang. Bayangkan kalau kita sekarang tiba-tiba cakap kat orang “aku dapat wahyu wei.” ohoii. Bukan setakat kena cap gila, siap kena tahan. Tapi, Nabi Muhammad s.a.w, kena cap gila. Kena cap penyair. Kena cap tukang tilik. Orang tak suka dia. Orang nak belasah dia. Nak bunuh dia. Tapi, dia bertahan. Walaupun dia bermula sorang-sorang. Dia teruskan je ajak orang kembali pada Allah, dia teruskan tunjuk akhlak best. Dan, hasilnya titik peluhnya, tersebar kat orang sekeliling dia. Keluarga terdekat. Sahabat. Sampai kat kita. Bermula daripada hanya seorang.

Yakinla pada diri kita. Allah takkan menguji kita lebih daripada kemampuan kita. Allah jadikan kita sebagai khalifah kat muka bumi ni, dan tu bukan tugas kecik. Bukan tugas ringan. Maka mestilah Allah dah siapkan dalam diri kita kebolehan, kemampuan, keistimewaan dan yang sewaktu dengannya (sekali lagi, maafla, tak hebat bahasa melayu :p) untuk kita buat semua tu. Kalau kita sendiri tak yakin dengan kebolehan kita siapa lagi? Sedangkan Allah pon percaya kita boleh buat, kenapa kita tidak?

Mungkin kita berseorangan dan rasa inferior. Mampu ke nak buat sorang-sorang? Kalau orang buat macam-macam kat kita camana? Ingatlah, Allah tak pernah tinggalkan kita. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung kita. Macam petikan surah ali imran ni:

(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”,

maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.

Surah ali-Imran ayat 173 [3:173]

Kalau kita bersungguh-sungguh gerakkan diri kita, insyaallah semua di sekeliling kita akan turut terkesan dengan kita. Dan kalau kita sendiri yang tutup diri kita, pekakkan telinga, butakan mata, orang lain buat la ape pon, kita tetap akan macamtu jugak. Dalam teori Newton pon (teori Newton pulak dahh) benda yang statik akan kekal statik melainkan ada daya yang bagi gerakan. Dan benda bergerak akan kekal bergerak melainkan ade daya hentikan.

Maka, jadilah ibarat sekeping domino yang memulakan kesan positif pada semua yang kita sentuh. Dan boleh jadi jugak, kita pon adelah sekeping domino di tengah-tengah barisan panjang kepingan domino. Jadi, sanggupkah kita membiarkan kesan tu terhenti pada diri kita?

domino

[Kredit]

*******

Alhamdulillah dah habes exam beberapa hari lepas. Belog ni da melepasi 1000 viewers pertamanya minggu lepas (tapi time tu tengah sibuk exam). Mungkin agak lambat jugak tapi takpe. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Dan sengaja tukar theme baru. Takde kena mengena dengan stats belog ini. hehe. Suka warna ni. Hitam. Merah. Putih. Hijau. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s