Ihsan: lesson learnt the hard way

Bismillahirrahmanirrahim

“Dan orang-orang kafir itu merancang, Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang.”

Surah ali-Imran ayat 54 [3:54]

Di satu pihak, musuh islam buat macam-macam untuk menjatuhkan islam. Dengan fitnahnya, penindasannya, dengan hasutan-hasutan yang ditanam dalam orang islam sendiri, dengan beraneka penyelewengannya. Dari segi pemikiran, gaya hidup, trend, budaya, pembelajaran, silibus, teori-teori, semua mereka gunakan. Macam-macam. Dari yang terkenal, yang tak terkenal, dari zaman dulu, sampai la zaman sekarang. Dari zaman para nabi, sampai la ke kita, umat akhir zaman.

Di satu pihak yang lain, mereka-mereka yang mahukan islam sebenar kembali tegak kat muka bumi ni, juga berbuat macam-macam. Tak kira siapa mereka, student, cikgu, ostad ustajah, engineer, doktor, cleaner, presiden, siapa-siapalah. Mereka semua guna kedudukan masing-masing untuk ajak orang kenal islam, ajak orang buat baik dan jangan buat benda jahat. Mereka terangkan islam bukan takat solat, puasa dan pakai tudung dan baju-long-sleeve-tutup-punggung. Yang presidennya guna kuasa dan kedudukan tingginya, cikgunya guna pengaruh yang dia ada dengan anak murid dan mak ayah diorang. Yang student? Belajar sungguh-sungguh supaya satu hari nanti, mereka juga punya kedudukan dan kepakaran untuk juga menarik orang kepada islam. Yang lain-lain anda isi sendiri. hehe.

Dan si satu pihak yang lain juga, Allah juga merancang. Tentunya, Dia sudah menyediakan balasan yang setimpal buat kedua-dua pihak ini di akhirat kelak. Di dunia pula, Dia jugalah yang memastikan barisan para pejuang yang memperjuangkan agama yang diredhaiNya ini merupakan barisan yang terbaik. Cream of the cream. Yang paling ikhlas. Paling suci niatnya. Paling ihsan amalnya. Kerana musuh-musuh agama tadi, tidak berjuang dengan tangan kosong. Mereka punya tekonologi terbaik. Kepakaran terbaik. Kesungguhan yang mengangakan mulut. Sejak dahulu lagi mereka sudah berusaha. Dan mereka tidak pernah putus asa.

Masakan Allah mahu berpuas hati dengan pejuang yang ala kadar, lepak lu sap kok lu?

Yang bermalas-malas, bertangguh-tangguh, berangan-angan? Yang kejap-kejap nak putus asa, nak terjun lombong sebab frust sangat? tsk tsk.

Memang Allah sudah berkali-kali berjanji, Dia akan memenangkan agamaNya ini atas semua agama. Dan sunnatullah lah, atau memang ketentuan lah; yang akan menang, ialah yang terbaik. Lumba lari-yang akan menang ialah yang paling laju. Masterchef-yang akan menang ialah masakan yang paling sedap dan paling cantik lagi menarik. Apa lagi? Biggest loser? Akademi al-Quran? Anda sebutlah pertandingan apapon, yang akan menang, tentunya ialah mereka yang berjaya kalahkan semua yang lain, yang melebihi semua yang lain. Yang mampu buat lebih baik dari yang lain.

Maka, anda beritahu saya, adakah agama ini akan menang kalau mereka yang memperjuangkannya pon, saya, anda, dan siapa saja; tak bersungguh?

Jawapannya: agama ini tetap akan menang. Kerana janji Allah itu pasti.

Yang akan berubah, ialah mereka yang memperjuangkannya. Mereka yang malas, mereka yang cuma tahu berangan tapi tak mahu buat, yang tidak ihsan, akan dikeluarkan. Tersingkir. Disqualified. Diganti dengan mereka-mereka yang lebih baik.

Macam orang bercucuk tanamla. Rumput-rumput menumpang, parasit-parasit semua, akan dicabut. Yang akan dibiar hidup ialah tanaman yang ditanam untuk mendapatkan hasil. Jangan bimbang tentang saf para pejuang agama ini, kerana Allah sendiri akan membersihkannya dari mereka yang tidak bersungguh. Yang tidak lurus niatnya.

“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih

dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Surah at-taubah ayat 39 [9:39]

Telan air liur. Fuh. Menakutkan. Tapi itulah hakikatnya.

Rising_Early_II_by_billyunderscorebwa

[Kredit]
Aku ke yang bakal di cabut? huwaa T_T
.
.

Seringkali, bila saya tidak ihsan dalam kerja-kerja saya, homework cincai boncai, tak hantar assessment ke, belajar tak serius ke, tunggulah. Tak lama lepas tu, mesti akan timbul apa yang saya dah cincaikan tu. Soroklah kat mana pon, tanamlah lubang dalam mana pon, semua tu seolah-olah akan keluar entah dari ceruk mana, supaya saya baiki. Tiba-tiba kena mengaku sendiri tak buat, tak payah orang tanya. Dari cikgu tak kenal jadi kenal. Kena buat semula. Repeat ke. Apa-apalah.

Tapi etlis la niat dah ada. Kalau tak buat tetap dapat satu pahala sebab niat baik. Jegilkan mata.

Kata nak belajar kerana Allah kan. Kata nak belajar sebab tu salah satu cara untuk buat tanggungjawab sebagai khalifah. Maka ihsanlah dengan cara kita bahagikan masa kita, tenaga kita dan duit kita (erm, mungkin juga duit mak ayah kita dan para penaja? kekeke). Ihsan itu, berbuat amal seolah-olah kita dapat melihat Allah, dan kalaupon kita tak mampu nak rasa camtu, sesungguhnya, Allah tu maha melihat kita. Maha mengetahui apa yang kita buat. Dia lebih tahu, sejauh mana kita ihsan dalam amal-amal yang kita claim kita buat untuk Dia.

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,

dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,

lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah at-Taubah ayat 105 [9:105]

Maka, siapa pon kita, di mana jua berada, ihsanlah dalam apa jua yang kita kerjakan, walau apapon. Selagi mahu dikira sebagai jalan kita untuk mendekat kepadaNya, sebagai sumbangan kita untuk agamaNya ini, berlaku ihsanlah dalam amal kita. Kerana Dia takkan rugi kalau kita tidak mahu. Agama ini juga, tidak kehilangan apa-apa, jika kita tidak bersungguh membelanya, tidak berusaha mengamalkan dan menyebarkannya. Di luar sana masih ada jiwa-jiwa lain yang berkobar-kobar mahu memperjuangkannya.

Suatu hari nanti, para pejuang itu akan bertakbir keriangan, dan sujud tanda kemenangan.

Si musuh akan kalah jua, menyesal tak berkesudahan, merintih berpanjangan.

Dan kita, di mana, kalau kita tidak mahu ihsan?

Yang rugi, hanyalah diri kita. Kita yang pilih, amal macam mana yang kita ingin persembahkan.

_ _ _ _ _ _ _

Post pasca terima result exam. Komen saya: Ihsan. I learned it the hard way. Uhuu.

*teringat time tak hantar CAS log dulu. Time tu tak terfikir lagi pasal ni.ehee. Kids.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s