Ayat pembakar di malam hari #1

Bismillahirrahmanirrahim

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

Surah al-Baqarah ayat 286 [2:286]

Berapa kali dalam hidup kita, kita membuka al-Quran resm uthmani kita pada mukasurat 49, bahagian kanan, ayat akhir sekali; untuk mencari ketenangan pada ayat ni? Memberi kata semangat pada diri, “Hei, kau boleh! Sikit je ni, Allah nak uji je, anyonyonyo..” Atau mungkin, bagi yang menghafalnya, berapa kali dalam solat kita, kita membaca ayat ini sesudah al-Fatihah, seringkali sambil menangis, sambil cuba bersabar, bersangka baik dan bertahan dengan ujian Allah yang terasa teramat berat ketika itu?

Aku dah buat, ya Allah. Aku da cuba da. Tapi Allahhhh susahnya. Susahnya nak bagi dia faham, susahnya nak tegur dia, susahnya nak tahan marah, susahnya nak masuk dengan diorang, susah, susah, susah. Tak tahan.

Sungguh, Allah tidak mengatakan apa yang Dia tidak perbuat. Kata-kata Allah itula, yang benar. Yang paling benar. Dia takkan, takkan pernah; membebani hambaNya yang kecil itu, yang lemah itu, yang teramat disayangi itu, melebihi ape yang dia mampu tanggung.

Maka, sebenarnya, sejauh mana, seseorang itu, mampu? Bila kita mengadu pada Allah, “Ya Allah, aku dah tak tahan dah ni” betul ke takat tu je kita tahan?

Satu analogi. Satu hari, mak kita masak lauk kita paling suka. Nasik lemak. Kita gembira dan makan sampai tiga pinggan. Esoknya, mak kita cuma masak nasik dan lauk dia pulak lauk yang paling kita tak suka: sayur taugeh masak lemak, berulamkan sawi rebus. Kita paling anti tauge dan sawi, tapi sebab takut nanti lapar, dan tak mau kecikkan hati mak, kita makan. Tapi kita cuma boleh makan satu pinggan nasik je, kalau makan lebih nanti pengsan sebab tak tahan makan sayur(what?). Persoalannya: sebenarnya perut kita boleh muat berapa pinggan nasik? Sebenar-benarnya kita mampu makan berapa pinggan nasik pada satu-satu masa? Tiga? Atau satu?

Mampu seseorang itu, letaknya pada had maksimum dia boleh pergi. Bukan had minimum yang dia boleh tahan. Not the least we dare, but the most we can. Sebuah kuot dari buku cerita zaman kanak-kanak yang saya rasa sesuai sangat bila cakap pasal mampu ni. Cam cawan, kapasiti dia katakanla: 250ml. Kita tuang air 1ml, cawan tu baaaanyak ruang kalau kita tuang lagi air kan? Atau kalau kita tuang 248ml air pon, walaupon nampak ehh siannya cawan tu, nak dekat tumpah dah. Tapi belum tumpah lagi kan? Masih muat lagi 2ml. Tapi kalau sekali kita tuang 260ml air, akan tumpah.

Begitulah kita. Kadang-kadang kita rasa dah tak mampu dah.

Adoii mata da tertutup-tutup da ni. Tak larat la da nak stay up. Tiru je la orang lain.

Tak tahanla nak asyik bagi presentation, muka cam da bertambah tebal sebanyak dua inci je. Orang lain takde ke?

Tak boleh la nak bagi pengisian, selalunya saya blur. Nanti blur lagi.

Asyik kena reject je. Tak mau la da ajak dia.

Tak mau la pegi menyibuk-nyibuk kat budak-budak baru tu, takde idea da nak buat apa.

Saya tak boleh la pegang usrah. Saya banyak tak tau lagi.

Sejauh mana kita pasti, kita dah tak boleh buat lebih baik dari tu? Sejauh mana kita boleh sejujurnya kata pada Allah: Allah, sampai sini je la aku mampu. Terima la ea amal aku ni. Aku siyes tak mampu lebih da. Da habes da semua strategi kita cuba? Da habes da semua orang kita tanya? Da lembik da diri kita mencuba? Kaitkan dengan analogi-analogi tadi: da sampai tahap tiga pinggan kita ke, atau baru jee tahap setengah pinggan? Baru tuang 2ml ke, atau memang dah 251ml?

Allah takkan bagi kita ujian, tanggungjawab, amanah, ape-apela; melainkan Dia tersangat-sangat tahu, yang kita mampu. Kita boleh. Dan, Allah juga berfirman:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah.

Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Surah at-Taubah ayat 41 [9:41]

Ringan mahupun berat. Khifafan. Wa thiqalan. Ringan mungkin, sebab kita pandai tajuk tu, sebab kita terer seni approach orang, sebab kita pemidato terbaik zaman sekolah dulu ke, sebab dalam bank kita banyak duit, atau parents kita kaya dan suka bagi kita duit, dan sebagainya. Maksudnya, kita mudah untuk buat mende tu sebab Allah lebihkan kita dengan ape yang kita perlu untuk buat mende tu.

Berat mungkinla, sebab kita tak pandai sangat tajuk tu tapi nak kena present; kita kekok dengan strangers, tapi kena welcome budak baru; sebab kita gugup dan gagap, stage fright pulak tu tapi kena naik pentas; sebab kita takde duit; dan yang seakan dengannya. Maksudnya, kita susah sikit nak buat sebab kita takde skills tu, sebab takde kelebihan tu, takde harta tu. Kita kena usaha sikit, baru boleh nak buat.

Allah kata apa? Berangkatlah, dalam keadaan ringan mahupon berat. Allah itu maha adil. Ade kalanya kita ringan. Laptop updated, software semua new version. Nak buat powerpoint? “Eii tak mainlah power point, prezi adaaa.” Nak berkawan dengan adik-adik baru? “Takdehal la, gua jenis mesra alam, nak belanja pon duit banyak maa. Alhamdulillahh” Semua kita perlu untuk buat kerja kita, kita ada. Maka berangkatlah. Apa lagi alasan kita? Gunakan nikmat tu untuk buat kerja kita. Penuhi tujuan penciptaan kita.

Ade kalanya, kita berat. Duit nak kena korek sana sini. Kena jalan kaki hari-hari instead of naik teksi. Kena stay up setiap malam sebab nak prepare presentation, kalau tak nanti blur. Nak kena baca buku itu buku ini, borak dengan orang itu orang ini, baru pandai camana nak berkawan dengan orang. Maka, berangkatlah. Jangan habiskan masa mengeluh dan memikirkan, “oh besnye kalau aku pandai cakap cam Kak Bidah tu.” Ataupon “eii bes nye kalau ade banyak duit cam dia tu. Nak pegi dengar pengisian takyah la ikat perut beli tiket.”

Berangkatlah. Allah yang memberi kita keadaan itu, baik ringan mahupon berat; kerana kita mampu. Buat. Buat saja. Buat, buat dan buat. Tidak perlu kita risaukan hasilnya kerana itu, Allah yang tentukan. Tugas kita, hanya berbuat. Just do it.

Allah yakin dengan kita. Mengapa kita tidak yakin dengan diri sendiri? Allah bagi kita, kerana kita mampu. Kita boleh buat. Maka beramallah, berkerjalah; dan mohonlah bantuan daripadaNya sentiasa.

Mari, penuhi seruan Allah dan rasul kita. Seruan yang menghidupkan itu, penuhilah. Sentuhi hati-hati itu. Sirami tanah-tanah gersang itu. Selamatkan jiwa-jiwa itu.

[Kredit]

_ _ _ _ _ _ _

Dah lama. Dan ini post pertama yang berjaya dipublish sejak balik mesia lebih sebulan lepas. Sekarang terasa macam nak post tajuk-tajuk yang lebih serius pulak. Mungkin sudah tiba masanya  kandungan belog ni diupgrade, macam jugak appearance yang da diupgrade. ehee.

Advertisements