Headshot: autumn break

Disclaimer : Khas buat para daie yang sedang bercuti. Yang tak bercuti pon takpelah boleh baca juge. 

headshot

 

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Farxxxx, boleh tak bagi kata semangat sikit? Tepulahh tak masuk dah ni. Takde semangat dah nak belajarr T_T

Memang. Kalau bab bagi kata-kata pembako, somehow, Allah selalu je bagi ilham bes-bes. Sampaikan, sometimes I feel that dishing out psychotic reminders and troll tarbawi could be my logam. Harapnya la. Kalaulah betul, besla jugak kan. Wahaha. Anyways, lepas berfikir sejenak, dengan memilih kata-kata yang sesuai lebih-lebih lagi dilimitkan kepada 140 aksara je (kantoi tempat kejadian di twitter :p) kata-kata yang terhasil dalam dua tweet:

Bangun, Axx, bangun! Mujahidin tempat lain dituntut darahnya, ade jugak yg gugur, kita cuma dituntut perah otak n sengkang mata

Takkan kita nak tertinggal..kata nak masuk syurga tertinggi sebaris dengan diorang kan? Berjihadlah dengan ihsan! La tai asu! :’)

Amboi. Tu musim exam akhir tahun lepas. Dan sekarang, saya sendiri diuji dengan perasaan yang sama dengan orang tu. Tak berapa nak semangat. Lebih-lebih lagi bila dah sorang-sorang dua tiga hari ni.

Bila seseorang tu berseorangan, dengan banyaknya masa di tangan, dengan hanya pengawasan Allah semata-mata; yang akan menyelamatkan dia daripada futur (iman melemah dan amal melemau) tak lain tak bukan cuma iman dan takwanya.

Iman dan takwanya. Sejauh mana seseorang tu kekal percaya dan yakin yang Allah bersamanya, mengawasinya, menyaksikannya; walaupon takde orang nak ingatkan dia pada semua itu. Sejauh mana seseorang itu masih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk tingkah lakunya; takut-takut ini akan membawa kemurkaan Allah, takut-takut ini dah terbazir kan masa ummah, takut-takut dah tersia-siakan tenaga; walaupon takde orang untuk membimbingnya.

Tentu sekali, bagi para daie, futur tu petaka paaaling besar. Paling besar. Normal dan diterima, kadangkala mereka yang bersungguh-sungguh berlari pon ade masanya tersadung dan jatuh tergolek. Tapi petaka paling besar, jika mereka itu merelakan dirinya futur lebih-lebih lagi kerana mereka sudah pon tahu di mana letaknya batu-batu yang menyadung kaki orang, apa rupa lupang-lubang yang mampu buat orang terjatuh-dan tahu pula bagaimana mengelak dan tahu pula perlunya untuk tidak jatuh.

Mana taknya, dalam bulatan gumbira dengan anak-anak, pumpampumpam cakap

“Kita mesti ihsan! Buat ibadah cam nampak Allah! Belajar kerana Allah. Manfaatkan masa, umat tengah tenat, kita pulak bazir masa buat donno. Ape kes? Nanti depan Allah nak jawab apa?”

Kemudian, bila dibiarkan kosong tanpa apa-apa peranan dalam program, tanpa pengawasan murabbi (yang sedang separuh mati bekerja di tempat lain) dengan anak-anak usrah yang dah berterbangan berjalan ke tempat lain, maka apakah itu alasan buatmu, para daie, untuk futur?

Dulu semasa tak cuti, kamu claim kerjamu terlalu banyak berbanding masamu yang terlalu sedikit. Sekarang, nah, cuti. Mananya kerjamu yang konon terlalu amat banyak tadi? Pelajaranmu, sudah diulangkaji? Pengisian yang bakal kamu beri kepada anak usrahmu, ilmu agama yang kau masih belum mahir, belum fasih, belum faham, nak tunggu apa baru kamu buat, baru kamu belajar, baru kamu cari?

Dan, selama mana, atau sejauh mana, kamu wahai daie; sanggup mengabaikan amanah-amanahmu sedangkan kamu tahu, Allah; yang kepadaNya kamu menyeru manusia, sedang melihatmu?

Melihat apa yang kamu lalaikan

Melihat apa yang kamu malaskan

Apa yang kamu tangguhkan

Apa yang kamu cincai boncaikan

Apa yang kamu buat-buat lupa-kan

Melihat

Dan mengira

Setiap satunya.

Allahuuu..

Apakah alasan berseorangan di medan satu alasan yang cukup kuat untuk kamu pecahkan amanah yang diberi kepadamu?

Mereka percaya kamu mampu belajar tanpa disuruh, menyeru dan menyantuni manusia tanpa perlu dileteri, dan kamu sendiri tahu itu amanahmu. Allah tahu kamu mampu, sebab tu kamu yang perlu melalui semua ini. Ya, susah mungkin. Tapi susah perlu dikerjakan juga, baru terasa senang pada akhirnya. Bukan ditinggalkan terus.

Dan sejak bila pula perlu ada orang baru kamu hendak beramal? Beramal kerana orangkah? T_T

Sekarang, easter break, atau autumn break, whichever you prefer to call it- dah tinggal separuh.

Sudah terpenuhikah hak-hak anak-anak usrahmu? Orang-orang awam disekelilingmu? Pelajaran yang tak sempat kamu kejar dek terlalu ‘busy’ semasa semester berlangsung?

Ya, kita tak terpilih untuk menjadi mujahidin yang berjuang dengan darah. Lalu tercampak untuk berjuang dengan otak dan tenaga. Perlu belajar dan pada masa sama menyeru manusia. Membina mereka menjadi batu-bata dalam bangunan islam. Bersyukurlah Allah memilih kita sebagai sebahagian pekerja agamaNya. Dan moga kita kekal juga sebagai pekerja agamaNya itu hingga hari bertemu dengan Dia.

Sedar-tak sedar, panggilan untuk membuat kerja-kerja itu, untuk memenuhi amanah-amanah itu; tak pernah sepi. Selagi islam tak tertegak, panggilan jihad itu tak pernah sepi, baik jihad dengan darah, dengan harta, dengan apa saja. Panggilan itu takkan pernah sepi.

Ada orang yang tercampak ke tempat di mana dia dikelilingi teman seperjuangan. Maka dia menyahut panggilan itu bersama mereka. Ada orang, tercampak ke tempat di mana dia sendiri perlu menyeru dan membina manusia sehingga mereka menjadi teman seperjuangannya. Andai dia sendiri tak mahu menyahut panggilan itu, maka panggilan itu berhenti pada dia saja. Tak dapat orang lain merasa nikmatnya menyahut panggilan itu.

Wahai para daie. Para mujahidin. Janganlah islam itu jatuh, dari pintu yang kau jaga. Kekal kuat. Kekal tsabat (teguh/tetap). Berjihadlah untuk menyambut seruan jihad itu, percayalah satu hari nanti kau akan berbahagia.

Labbaik! Labbaik! Labbaika ya Allah!

_ _ _ _ _ _ _

Anti-disclaimer: Daie ada cuti eh? zrasss

*Post ni sebenarnya headshot untuk diri sendiri. Kerana tak dapat tidak, yang menulis lebih dekat dengan apa yang ditulis daripada pembaca. Allah, perkuatkanlah kami

Abadan abada III

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum mula membaca, anda mungkin mahu baca ini dulu 😉

Abadan abada

Abadan abada II

webjazba.com-3923112013

[Kredit]

*******

“Ya, ini siapa, mahu cari siapa?”

Ayyid dan Dani berpandangan. Suara perempuan.

Sayup-sayup terdengar suara lelaki dari interkom itu. Mungkin berkata-kata sesuatu kepada perempuan itu. Tak cukup jelas untuk mereka menangkap butiran kata-katanya. Tapi mereka berdua kenal benar suara itu. Bang Berahim!

” Emm, saya Ayyid. Muayyid bin Mursyid. Saya kawan Ibrahim. Dah dua kali saya datang sebelum ni. Ibrahim ada?”

Buat seketika, tiada suara keluar dari interkom itu. Kemudian

” Maaf ya. Encik Ibrahim tidak ada hari ini. Lain kali mungkin, ya?”

“Oh ye ke? Tapi saya rasa saya dengar suara dia tadi. Cik pasti ke dia takde ni?” Dani pula mencuba nasib.

Diam lagi. Dani baru sahaja hendak membuka mulut semula bila Ayyid bersuara:

“Bang Berahim! Saya tahu abang kat dalam tu. Ni kali ketiga saya datang. Saya takkan balik kali ni selagi saya tak dapat jumpa abang. Selagi saya tak puas hati kenapa abang buat kami macam ni saya takkan balik!”

Suara Ayyid sedikit bergetar di hujungnya. Ya Allah, tolonglah jangan jadi macam yang aku fikir ya Allah. Ya Allah tolong..

Dani memegang bahu kanan Ayyid. Dia faham benar perasaan Ayyid. Dia juga takut akan perkara yang sama.

Selama hampir lima minit, mereka berdua tercegat sahaja di situ. Tanpa sebarang respons dari Ibrahim mahupon perempuan tadi. Tiba-tiba, gril besi rumah besar itu terbuka. Mendengarkan bunyi itu, Ayyid dan Dani sekali lagi berpandangan. Dari celahan pagar mewah rumah itu, mereka ternampak pintu hadapan rumah itu dibuka.

“Tante, nape kite keluar ni? Nak jumpa siapa?”

“Sebentar ya, kita jumpa tamu encik.”

Suara itu sama dengan suara yang mereka dengar tadi. Kelihatan seorang wanita pertengahan umur lengkap bertudung sarung keluar menemui mereka berdua di pagar. Dari pakaiannya yang mereka dapat lihat di balik celahan pagar itu, Ayyid dapat mengagak yang wanita ini mungkin pembantu rumah di rumah itu. Lebih-lebih lagi bahasa yang digunakannya masih ada sedikit ‘lagu’ indonesia walaupon sudah menggunakan perkataan bahasa melayu. Namun Ayyid lebih tertarik lagi dengan si kecil yang menemani wanita itu. Masih sangat kecil, empat atau lima tahun mungkin. Rambutnya sedikit keperangan, seperti juga rambut Ibrahim. Kulitnya putih kemerahan. Comel. Tangan kiri wanita itu dipegang erat.

Dani memulakan bicaranya.

“Assalamualaikum cik. Apa khabar?

“Waalaikumussalam encik. Khabar baik saja. Ada apa Encik ke mari?”

“Kami datang ni nak jumpa Ibrahim. Dia ada?”

“Oh…maaf encik, Encik Ibrahim tidak ada hari ini. Lain kali saja ya Encik datang?”

Si kecil itu tiba-tiba saja mencelah “Eh, tante, papa adelah! Papa ade tadi!”

Wanita itu sedikit kaget. haila macamana nak cover ni?

“Eh, tak ngapa, udah, Yid; mari masuk ya?”

“Tak nak! Uncle tu nak jumpa papa kite, biarlah dia jumpa! Tante nii!” Melompat-lompat si kecil itu, sambil tangannya masih memegang tangan wanita itu. Wanita itu meletakkan satu jari ke mulutnya, isyarat diam mungkin. Setelah anak itu tenang, dia kembali bersuara kepada Ayyid dan Dani:

“Maaf ya Encik. Encik Ibrahim tidak dapat berjumpa dengan encik hari ini.”

Kemudian, dia menambah dengan suara yang perlahan,

“Encik, ini ada satu benda saya mahu bagitahu sama encik. Encik Ibrahim tak mahu lagi jumpa encik. Minta tolong ya, tak perlu lagi datang kembali, kerana Encik Ibrahim takkan mahu jumpa sama encik biar berapa kali pon encik datang. Encik Ibrahim tak suka dengan jenis-jenis macam encik ni. Berjanggut, lagi-lagi kalau encik pakai kopiah atau serban. Pernah sekali dia marah sama seorang encik yang mahu mengajak ke masjid ke apaan katanya. Saya kasihan sama encik, udah tiga kali datang tapi pulang hampa.”

Ayyid berasa sedikit sebak. Tidak. Tidak mungkin ini berlaku. Allahuu..

Dia merapatkan mukanya ke celahan pagar. Anak kecil itu sedang memandang ke arahnya dengan satu jari di mulutnya. Wajahnya, sangat mirip wajah Ibrahim. Ayyid teringat dulu pernah sekali Ibrahim membuat ‘muka comel’ masa berbaring di atas pahanya selepas mereka qiyamullail sama-sama. Geli geleman juga Ayyid masa itu. Meremang bulu tengkuk. Tapi kini, dia nampak wajah itu, pada wajah kecil di hadapannya.

Wajah orang yang mula-mula menarik mereka ke dalam tarbiyah. Orang yang mula-mula memperkenalkannya semula kepada tuhannya setelah lama dia hidup dalam kelalaian. Orang yang pertama menyedarkannya hidupnya lebih dari sekadar makan minum dan main dota. Yang menyedarkannya islam itu bukan hanya solat dan puasa, tapi juga mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan kini, orang itu sudah tidak lagi bersama mereka dalam tarbiyyah. Tidak mahu lagi untuk berjumpa mereka pon.

Dan anak itu… mungkin tidak dapat merasai tarbiyyah yang mereka rasakan melalui ayahnya sendiri. Mungkin akan membesar seperti Ayyid yang dahulu, yang baran, liar, dan mahu berseronok saja. Ayyid dahulu, daripada keluarga biasa-biasa saja. Tidak pernah menekankan nilai-nilai agama. Dia tidak pernah merasa belajar islam daripada ibu bapanya sendiri. Setelah dia besar dan belajar di luar negara, barulah dia kenal islam yang sebenar. Melalui ayah si kecil ini.

Ironi.

“Maaf ya encik. Pergi dulu.” Wanita itu merangkul budak comel itu dan berjalan perlahan-lahan meninggalkan mereka.

“Ayyid, dahlah jom. Kita balik, okei?”

“Wahh nama kite pon Ayyid! Yeay yeay sama! Sama!”

Mata Ayyid terasa panas. Sebak mengenangkan murabbinya dahulu sudah tidak lagi bersama mereka di jalan tarbiyyah, padahal dialah yang mula-mula menariknya masuk ke jalan itu. Dan si kecil itu, Ayyid juga namanya, mungkin sama dengan nama Ayyid, siapa yang akan mertabiyyahnya? Siapa yang akan mengajarinya tujuan hidup? Setitis air mata mengalir membasahi pipi kanan Ayyid.

“Nama kite Muayyid! Uncle sama jugak ke?”

*******

Hati-hati dengan niatmu! Sent by Umar Ahmad Shamsuri.

Assalamualaikum.

Ikhwah yang disayangi, atas dasar apa kau memilih jalan ini?

Awal-awal dahulu, mungkin kau tertarik dengan manisnya ukhuwah. Seronoknya makan sedulang, berjalan sama, berbuka sama, malah tido dan qiam pon bersama.

Maka inginku bertanya, andai satu hari nanti, kau dapati saudara-saudaramu seakan terlalu sibuk untuk melayanmu, seakan hendak tak hendak membalas tanya kabarmu, apa kau akan berhenti daripada berjalan di jalan ini? Andai ukhuwah yang kau temui kering, bosan, dan robot, apa kau akan berputus asa dengan tarbiyyah?

Atau mungkin, dulu- kau tertarik dengan pengisian dan perkongsian yang basah. Yang menaikkan semangatmu. Yang memarakkan api cita-citamu. Yang terasa dekat di hatimu.

Maka inginku bertanya, andai kini, pengisian yang kau terima terasa berat, keras, atau memaksa, maka apakah engkau tidak lagi mencintai tarbiyyah ini? Malahan kini mungkin akan banyaknya pengisian yang perlu kau beri sendiri berbanding apa yang kau terima, maka apa engkau akan berpaling, lari dari sini?

Mungkin juga, kau suka dengan murabbimu yang dulu. Yang dulu memanjakanmu, setiap hari mengikuti perkembanganmu, baik mesej, baik emel, baik ziarahnya. Yang mendengar cerita drama hidupmu, melayan keluh kesahmu, menatangmu bagai minyak penuh!

Biarku khabarkan kepadamu ikhwahku sayang, setiap murabbi pasti akan bertambah tenggungjawabnya setelah masa berlalu, pasti dipenuhi dengan tanggungjawab tarbiyyah, tanggungjawab dakwahnya, juga tanggungjawab terhadap kerja dan keluarganya juga. Belum dikira lagi ujian-ujian yang tidak dapat tidak pasti akan menimpanya.

Maka ingin aku bertanya, andai murabbimu tidak lagi melayanmu seperti anak kecil di awal dulu, andai keluh kesahmu tidak begitu diambil berat lagi, apa kau sudah tidak mahukan tarbiyyah lagi?

Ikhwahku sayang, sedarlah! Hati-hatilah memilih niatmu!

Atas dasar apa kau memilih tarbiyyah?

Sedarlah ikhwah, beradalah di sini hanya kerana Allah. Jadikan Allah sebagai motivasi mu di jalan ini.

Bukan pada ukhwah. Bukan pada murabbi. Bukan pada pengisian. Bukan pada apa saja! Tapi hanya pada Allah.

Tidak ku nafikan pasti akan lahir di hati kita sedikit kekecewaan. Pasti ada kesakitan dan kepedihan.

Tapi ubatilah kekecewaan itu dengan bertindak membetulkan keadaan. Bukannya merajuk atau keluar terus dari jalan ini.

Ibarat melompat keluar dari sebuah kapal yang bocor dengan terjun ke tengah-tengah lautan. Menanti dan terus menanti adanya kapal yang sempurna. Sedangkan ia tidak pernah wujud.

Andai kau berehat atau berhenti, adakah akan menambahbaik kapal kita ini?

Terbayang-bayang di fikiranku wajah mereka yang terabai disebabkan kita yang selalu melayani perasaan kecewa tanpa disusuli dengan tindakan untuk memperbaikinya.

Semoga Allah ampuni dosa kita akibat selalu bermain perasaan di jalan ini.

-Diadaptasi dari RumusanHidupku-

Ayyid, Amar, Idham dan Dani, abang harap, korang semua, sentiasa ingat balik kenapa korang mahukan tarbiyah. Kenapa korang nakkan usrah. Kenapa korang sanggup bersusah untuk islam. Sentiasalah jadikan Allah sebagai motivasimu 🙂 Satu hari nanti, abang mungkin dah tak ada nak psycho-psycho korang, korang pon mungkin terpisah, tercampak ke tempat yang mungkin, sorang-sorang, usrahmate tak masuk lah, ape-apelah. Tapi kalau Allah korang jadikan motivasi, insyaallah di mana jua korang berada, korang akan sentiasa teguh di jalan ini. Korang akan sentiasa cari jalan kepada Allah.

Walau apapon, jadikanlah Allah sebagai tujuanmu. Walau apa pon.

Abangmu yang menyayangimu kerana Allah;

Umar bin Ahmad Shamsuri

 

Ayyid tersenyum. Sudah lama benar emel itu. Lama benar. Masa itu, dia hilang semangat untuk meneruskan tarbiyyah kerana merasakan murabbi barunya tidak seronok. Tidak memberinya perhatian seperti murabbi lamanya. Emel itu datang tepat pada masanya. Tidak sepatutnya dia menjadikan murabbi tak best sebagai alasan untuk berhenti berlari ke arah Allah. Allah yang dia mahu tuju, bukan murabbinya, bukan usrahmatenya, bukan siapa-siapa! Tapi Allah. Sebab itulah, dia beremosi benar pertama kali dia membaca emel murabbinya ketika itu. Kesan puisi yang diadaptasi itu terus ‘menghantui’nya selepas itu. Ketika itu, hampir seminggu juga dia menangis sendiri dalam solatnya. Emel itu membuatnya sebak, bahkan hingga hari ini pon, dia masih akan membuka emel yang disimpan dalam folder itu sekali sekala. Meneguhkan niatnya, mengukuhkan langkahnya untuk terus mencari tarbiyyah. Dan kini, memberi tarbiyyah juga.

Telefon pintar Ayyid bergetar, menandakan sudah masuk waktu Asar. Ayyid mengalihkan al-Qurannya dari atas ribanya ke rak surau itu. Melihat jam. Kejap lagi, mungkin dia akan datang. Dah tiga kali dia datang masa-masa macam ni jugak.

Ini kali keempat Ayyid menunaikan solat Asar di kompleks beli belah itu pada hujung minggu. Sengaja, padahal dia tidak mencari apa-apa atau mahu membeli apa-apa pon di situ. Dia tertarik dengan remaja yang dijumpainya hampir sebulan lalu. Pakaiannya rugged, dengan rantai di seluar, dengan rambut terpacak, gelang-gelang di tangan. Jaket besar, kasut hip-hop warna merah terang. Perjumpaan pertama mereka, dia memuji bacaan al-quran Ayyid.

“Sedap, saya rasa best. Tenang semacam.”

Diajak solat, dia menolak.

“Selalunya saya lepak sini time penat, jarang ada orang solat. Tapi takpelah, solatlah. Saya nak tido je. hahaha”

Terpaksalah Ayyid solat seorang kerana hanya mereka berdua sahaja di situ. Ayyid yang nampak potensi pada remaja itu, sengaja datang lagi pada minggu berikutnya. Kali kedua, pon begitu juga. Kali ketiga, remaja itu datang lambat sedikit. Ayyid sudah di rakaat ketiga.

Alangkah gembiranya Ayyid bila menyedari remaja itu solat bersamanya. Bila Ayyid memberi salam, dia tidak bangun melengkapkan solatnya, tapi memberi salam juga. Selepas itu, entah kenapa, remaja itu cepat-cepat memakai kasut dan keluar dari surau itu. Namun itu sudah cukup memberi harapan kepada Ayyid. Dia tahu, remaja itu mungkin mencari-cari sesuatu. Dia faham benar, kerana dulu, dia juga begitu. Ayyid bertekad mahu memperkenalkan remaja itu dengan tarbiyyah. Aku takkan biar kau jadi macam aku yang dulu!

Ayyid menunaikan solat sunat. Dalam rakaat terakhirnya, dia mendengar pintu surau itu dibuka. Ayyid memberi salam kedua, kemudian memandang ke belakang surau. Remaja itu  sedang memerhatikannya. Ayyid tersenyum ke arahnya.

Remaja itu kelihatan sedikit resah. Sambil menundukkan mukanya, dia menguis-nguis karpet surau itu dengan jari. Tiba-tiba saja, mukanya bertukar merah padam. Dia mengangkat mukanya yang merah itu dan berkata dengan teragak-agak, “Emm..bang. Nak mintak tolong sikit, abang boleh tolong tak?”

“Apa benda? Kalau boleh tolong, abang tolongla. Tapi jangan la mintak tolong terjun bangunan ke apa pulak, dosa! hahaha” Ayyid bergurau, mahu menenangkan sedikit remaja itu.

Dia tersengih. “Emm.. ajar saya solat, agak-agak boleh tak?”

“Agak-agak boleh tak? Mestilah boleh! Nanti boleh kita solat sama.” jawab Ayyid sambil tersengih.

Riak wajah remaja itu bertukar ceria benar. Ayyid menepuk-nepuk belakangnya. “Nama apa?”

Remaja itu mengulurkan tangan kanannya. “Haa sekarang, baru saya rasa nak bagi abang kenal siapa saya. ahaha. Selama ni saya tido je kan,” katanya sambil tergelak kecil.

“Nama saya, Muayyid. Muayyid bin Ibrahim.”

Ayyid hampir tidak percaya. Nama itu, bukan nama common. Jarang, atau sebenarnya dia tidak pernah berjumpa orang lain selain dirinya yang bernama Muayyid.

Allahu. Mungkinkah?

 

***Tamat***

_ _ _ _ _ _ _

Diadaptasi, diolah dan sedikit ditokok tambah dari campuran pengalaman sebenar orang lain dan diri sendiri. Puisi asal tu pernah diberi oleh murabbi saya satu masa dulu :3 Dan memang masih banyak saya kena baiki dan belajar sebelum saya boleh menulis cerpen dengan baik. Jauh lagi perjalanan. uhuu.

Moga bermanfaat. Moga Allah redha.