Abadan abada IV (alternative ending)

Bismillahirrahmanirrahim

abadan abada iv-2

[Kredit]

“Ayyid, agak-agak an, kalaulah, satu hari nanti abang futur, dah tak join tarbiyah, tak buat dakwah… gugur. Kau sanggup tak tarik abang semula?”

Ayyid yang sedang tersengguk-sengguk membaca al-quran itu tiba-tiba terbuka kembali matanya. Dan matanya lebih bulat lagi apabila melihat ekspresi wajah Ibrahim yang berbaring di atas pahanya. Ibrahim mengelip-ngelipkan matanya sambil pipinya sedikit dikembungkan, mulut sedikit muncung. Comel lah konon. Ala-ala korea gitu. Dengan kopiah di kepala, gayanya macam K-pop taubat.

“Hish bang Berahim nih!” Dek terkejut agaknya, Ayyid menolak kepala Ibrahim dari pahanya. Terhentak kepala Ibrahim atas lantai, mujur berkarpet.

“Macam ni engkau layan murabbi engkau? Ish ish ishhh.” Ibrahim membuat muka kecewa sambil menggosok-gosok kepalanya.

“Abang tu! Siapa suruh buat camtu?” Ayyid mencapai bantal dari atas sofa kemudian membalingnya ke arah Ibrahim. “Nah ambek. Bantal!” Mereka tertawa.

“Tapi seriously Ayyid. Sanggup tak? Eh ke kau tak dengar ponn abang tanya tadi?”

“Dengarlaa.. walaupon saya mengantuk, telinga ni tajam tau!” Ayyid menjawab dengan sedikit berseloroh.

Ibrahim tertawa. Memang anak usrahnya yang seorang ni dikenali dengan selalu tertido dalam kelas. Dalam usrah dan daurah dia tak pernah tertido. Tapi dalam kelas hampir tak pernah tak tido. Pelik.

“Habis tu? Jawapannya?”

Suasana sepi ketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi jam di ruang tamu itu. Lagi dua puluh minit sebelum masuk waktu subuh. Selalunya memang mereka berdua sahaja yang sudah bangun seawal itu. Selalunya, sejam sebelum subuh, mereka berdua sudah bangun mengerjakan solat malam.

Ayyid memandang tepat ke arah wajah murabbinya. Kemudian segera mengalihkan matanya. Dia memang tidak boleh memandang mata murabbinya lama-lama. Ada satu macam aura yang akan memanggil air matanya untuk keluar jika dia merenung sepasang mata bundar itu. Betapa dia sangat, amat bersyukur kepada Allah kerana menghantar sosok bernama Ibrahim itu ke dalam hidupnya. Dengan didikannya, kini dia menghargai detik-detik sujud kepada Allah di akhir malam sebegitu. Kalau tidak, waktu-waktu ini dia masih ‘membuta’.

“Macam mana bang Berahim tarik saya, selamatkan saya dari hidup penuh jahiliyah tu, macam tu la saya sanggup tarik abang semula kalau abang jatuh. Saya sanggup buat apa saja, sebab kalau boleh, saya nak jumpa orang yang memperkenalkan saya semula dengan Allah kat syurga nanti. Apa saja..termasuklah kalau..”

“Kalau?”

“Kalau kena tolak kepala abang kat atas lantai pon saya sanggup tolak, kalau itu yang selamatkan abang. Hahaha!”

“Hei yang sorang ni! Kacau mood betullah! Pegilah kejut yang lain-lain tu. Dah nak subuh ni. Hish.”

“Baik pak!”

Sebelum menghilang, sempat Ayyid memberi kata-kata terakhir dari balik pintu ruang tamu mereka,

“Bang Berahim!”

“Ye?”

“Kalau tak pon, abang namakanla anak abang Ayyid jugak. Pastu abang tarbiyyah dia kaw-kaw. Nanti kalau abang futur, ‘Ayyid’ jugak yang selamatkan abang. Hahahaha!”

“Sudahlah! Pegi!”

Hilai tawa Ayyid kedengaran dari jauh. Ibrahim menggeleng kepalanya. Bilalaahhh budak ni nak serius sikit. Namun pada mulut Ibrahim, tersimpul satu senyuman. Senyuman penuh makna.

* * * * * * *

“Ayyid Saghyir? Nak kongsi tak?”

Ayyid Saghyir-kecil. Murabbinya bernama Ayyid juga, namun beza umur mereka agak jauh juga. Abang Ayyid muda sedikit saja dari ayahnya. Lalu di kalangan ikhwah-brothers, dia dikenali sebagai Ayyid Saghyir. Dan murabbinya pula, kadangkala dipanggil Ayyid Kabir-besar, bila dia juga ada di situ. Takut confuse, kata mereka.  Mulanya dia rimas juga dengan gelaran itu. Eii ngarut jelah nickname arab-arab ni! Entah hape-hape! Setelah beberapa bulan berusrah dengan Abang Ayyid, dia dapat menerimanya.

Malahan, dia sangat seronok dengan rakan-rakan seusrahnya, semua lebih kurang seusia dengannya. Dan lebih kurang juga minat dan perwatakan sepertinya. Che’-teman karib dan pesaing hebatnya dalam breakdance. Kaki rokok, suka merempit. Namun terdetik untuk berubah setelah pulang dari umrah bersama keluarganya. Bila Ayyid Saghyir mengajaknya ke usrah, bagai orang mengantuk disorongkan bantal!

Abdullah(dulu mesra dipanggil Dol) masa sekolah dulu suka ponteng sekolah, suka kacau perempuan, terlibat dalam kegiatan curi dan jual henfon. Kini bekerja di kedai makan selepas SPM, dan setelah ditangkap Ayyid ketika dia cuba mengambil henfonnya di surau, kemudian dibelanja makan Nando’s pulak yang diikuti dengan one to one talk dengan Ayyid, Dol bertukar menjadi Abdullah dan bertekad mahu membanggakan ibunya dengan menjadi insan yang lebih baik. hoyeah!

Dan akhir sekali, Lan, bakal menduduki SPM tahun ini. Anak tunggal orang berada yang kesunyian di rumah. Sudah puas dia mencuba segala macam benda di internet untuk mengisi kekosongan jiwanya. Sehinggalah dia terbaca tweet Ayyid Saghyir yang teruja selepas sesi usrah pertama dengan Ayyid. Tambah mengujakan bila dia dapat tahu rumah Ayyid Saghyir dekat saja dengan kawasan perumahannya. Tiba-tiba sahaja dia dan Ayyid Saghyir berkawan walaupon mereka tak pernah kenal pon. Kemudian, tiba-tiba sahaja Lan juga menyertai usrah mereka. Takdir Allah yang menemukan mereka dengan cara yang tak tersangka-sangka. Subhanallah.

Selalunya, sebelum mengakhiri usrah mereka, Ayyid akan mengajak mereka bercurhat-curah hati. Menceritakan apa saja yang mereka risaukan, gembira, sedih, atau pertanyaan-pertanyaan yang terbuku di hati mereka. Masa awal-awal dulu, masa mula-mula kenal, Ayyid Saghyir jarang berkongsi masa curhat. Segan. Lama-lama, setelah dia makin selesa, dan ukhuwah antara mereka mula terbina, dia suka pula dengan sesi ini. Terasa seperti sebuah keluarga yang sebenar. Di rumah, dia tak pernah dapat bertanya soalan-soalan atau meluahkan perasaan yang berkaitan dengan islam.

Ayyid menunggu anak usrahnya itu bersuara. Harapannya tinggi untuk mereka semua, terutamanya dia ini. Harapan yang tersimpan sejak bertahun lalu, yang hidup kembali setelah pertemuan pertama mereka beberapa bulan lepas.

“Emm… sebenarnya..saya ada soalan. Em.. eii camana nak cakap ni?”

Empat pasang mata memandangnya penuh minat. Ayyid bersuara:

“Apa dia?”

Ayyid Saghyir memandang muka Ayyid. Kemudian menjatuhkan matanya dan menyambung,

“Macam mana nak buat, supaya papa suka usrah?”

Mereka semua terdiam memikirkan soalan Ayyid Saghyir. Lebih kurang sebulan lalu, Ayyid Saghyir menceritakan bagaimana papanya seakan-akan mengamuk bila dapat tahu yang dia dah mengikuti usrah selama beberapa bulan. Mulanya, papa tak tahu pon. Cuma pelik dengan perubahan anak lelaki sulungnya itu. Bermula dari perubahannya  yang tidak lagi melepak depan tivi sepanjang siang dan malam tapi akan berhenti kejap-kejap untuk solat. Kemudian sekonyong-konyong satu hari itu dia membeli sebuah quran terjemahan. Kemudian, tiba-tiba sudah mula menghadiri solat jumaat. Dan yang paling hairan bin ajaib, dia mengajar pula adik-adiknya yang kini di sekolah rendah, Aqil dan Aqilah, untuk solat. Sesuatu yang dia sendiri tak pernah ambil berat sangat tentang mereka.

Amboi budak ni! Kenapa sekarang lain sangat? Betul ke ni anak aku? Dulu asal balik membuta dalam bilik, atau tengok tivi macam hantu, dahlah tu, kalau keluar pulak mesti mintak duit.

Bila papa dapat tahu, terjawab semua persoalan. Ini rupanya yang kau buat sampai kau lain sangat!

“Papa ade cakap ke dia tak suka?”

“Haah..Dia.. dia cakap…”

Ayyid Saghyir terhenti. Mukanya yang putih kemerahan bertukar merah padam. Usrahmatenya yang lain diam saja. Tak berani bersuara.

“Papa cakap, siapa yang pandai sangat ajar Ayyid semua ni? Kalau nak belajar agama, papa boleh upah ostad ostajah datang rumah, ajar. Tak payah ikut usrah-usrah semua tu! Baru belajar sikit nak tunjuk dah pandai tu lah pandai ni lah! Dulu masa tak ikut usrah okei je nak kawan dengan papa lepak kat Starbucks semua. Ni dah ikut usrah semua nak baca itulah, inilah; tak nak makan Mekdilah, nak pegi sana nak pegi sini!”

Ayyid Saghyir tidak dapat menahan sebak. Air matanya mengalir dari hujung mata kanan. Dia menyekanya dengan satu jari, kemudian mengelap hidungnya dengan belakang tangan.

“Hish, terkeluar pulak!” katanya.

Mereka tertawa sedikit. Suasana berat tadi kini ceria sedikit. Lan menumbuk perlahan bahu kanan Ayyid Saghyir.

“Lek, bro!”

Ayyid tersenyum melihat keakraban mereka. Mereka semua masih sangat baru mengikuti tarbiyyah. Masih jauh perjalanan. Insyaallah dah on the right track. Allah, kurniakanlah kami kekuatan!

“Ohh yeke.. awat hang tak habaq Ayyid Saghyir oii..eheh. Awak ok tak ni? Tadi keluar papa tak kata apa-apa?”

“Hehe..okeilah insyallah. Tengok orang la! hahah.”

“Eleh tengok orang pon, gugur  jugak air mata jantan. Ahaha!” Abdullah mengusik.

“Hiyahh!”

Ayyid Saghyir membuat gaya mahu menerkam Abdullah yang duduk di hadapannya dalam bulatan itu, dan Abdullah pula membuat gaya hendak lari, sambil membaling topi yang dipakainya kepada Ayyid Saghyir.

“Hei sudah, sudah! Korang ni..!”

Mereka tertawa. Ayyid Saghyir berasa lega, walaupon masalahnya belum pon lagi di selesaikan. Sejak awal dia masuk usrah pon, papa dah bertanya macam macam. Mujur dia memang tak banyak bercerita dengan papanya. Jadi, takdelah teruk sangat dia disoal siasat. Namun, sejak ayahnya tahu dia menyertai usrah, hubungan antara mereka berdua sedikit renggang. Entah kenapa, Ayyid Saghyir pon tak tahu. Seolah-olah ayahnya tidak senang dia bergaul dengan ‘budak-budak usrah’. Dulu, geng b-boynya, takde pulak papa marah. Sekarang, kalau dia pulang dari mana-mana, ada saja sindiran ayahnya:

“Keluar dengan budak-budak usrah tu lagilah tu!”

“Okey, abang rasa-”

Tiba-tiba, henfon Ayyid Saghyir berbunyi. Musik techno kegemarannya. Avi-apa entah namanya. Sudah popular lama dulu masa Ayyid masih belajar di bumi Ostrolia, kini tak popular sangat dah. Boleh dikira old-school dah lagu tu. Tapi setiap kali henfon Ayyid Saghyir berbunyi lagu tu, Ayyid pasti akan terkejut. Bingit betul.

“Sori bang. Jap ea.” Sambil bangun, Ayyid Saghyir melihat skrin henfonnya. Papa?

“Okey, kitorang tunggu.”

Ayyid Saghyir turun dari wakaf taman itu untuk menjawab panggilan itu jauh sedikit dari mereka.

Dari jauh, Che’ mengusiknya, “Takpe, Yid, we have alllll day!”

Ayyid Saghyir menunjukkan isyarat penumbuk. Mereka yang di wakaf tertawa.

“Hello? Pa?”

“Ayyid. I’m watching you ni dari kereta. From the car park. Turn right. Some more. Nampak?”

Di hujung tempat letak kereta itu, kelihatan sebuah kereta mewah berwarna hitam. Kereta papa!

Ayyid Saghyir berasa tak sedap hati.  Kenapa papa ada kat sini?

“Okay, papa nak Ayyid panggil kawan-kawan usrah Ayyid tu. I’m dying to meet them!”

Ayyid Saghyir semakin berdebar. Apa yang papa nak buat ni? Dia memanggil usrahmate dan murabbinya lalu menceritakan kata-kata papa.

Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang lelaki bercermin mata hitam dan berkemeja merah berjalan ke arah wakaf tempat mereka duduk. Ibrahim bin Abdul Rahman. Ayyid teringat semula pertemuan terakhir mereka lebih daripada sedekad lalu. Tiba-tiba saja dia berdebar (dan terasa sangat tua pula!) Ayyid Saghyir pula terasa semacam deja vu tiba-tiba. Tak tahu kenapa.

Sebaik Ibrahim mendekati mereka, Ayyid mengangkat tangan dan memberi salam.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikum  salam.” Ibrahim menanggalkan cermin  mata hitamnya. Seorang demi seorang, dia memandang wajah anak-anak usrah Ayyid.

“Ohhh, ni rupanya kawan-kawan Ayyid! Lah, anak Dato’ Mansur pon ada sekali!” katanya sebaik melihat Lan. Lan tersengih saja.

“Haah, ni lah kawan-kawan Ayyid bang. Baik budak-budaknya,” Ayyid bersuara.

Ibrahim terdiam melihat Ayyid. Lama dia merenungnya. Riak wajahnya yang tadi serius tiba-tiba bertukar semakin garang. Menyinga.

“Kau? Kau, Ayyid? Tak cukup lagi kau hantui aku selama ni, sekarang kau rosakkan anak aku pulak?”

Ayyid Saghyir tercengang.

“Papa kenal Abang Ayyid?”

“Apa tak kenal, dulu time belajar dulu lagi dah papa kenal. Bila papa dah grad, few years after papa balik, Ayyid kecik lagi time tu, empat ke lima tahun tah, dia datang. Cari papa. Papa tak nak jumpa dia. Lepastu tau apa dia buat?”

Ayyid Saghyir memandang Ayyid. Dia berasa terkilan pula dengan Ayyid. Selama ini, dia menelan kepahitan sorang-sorang bila berhadapan papanya. Tak disangka murabbinya sendiri kenal dengan ayahnya.

“Sampai hati Abang Ayyid? Susah tau kat rumah Ayyid sorang je cakap pasal usrah, pasal tarbiyyah; Ayyid je yang kena marah, kena sindir. Rupanya Abang Ayyid kenal je dengan papa! Kenapa tak pernah ajak papa, Abang Ayyid?”

“Ayyid, abang-”

Ibrahim terus menghamburkan kata-kata, tanpa menghiraukan drama yang sedang terbina antara Ayyid kecil dan besar itu,

“Dia datang lagi. Lagi dan Lagi. Bila papa kata nak panggil polis, dia berhenti datang. Tapii dia start hantar surat pulak dah! Berlambak-lambak! Sampai sekarang. Hei, susahkan orang tau tak?”

“Bang, bang Berahim baca tak surat tu bang?” lembut suara Ayyid. Memujuk. Juga, demi menjaga qudwahnya di depan mutarabbinya.

“Baca! Dan jawapannya masih sama, walaupon aku tak pernah balas. Aku tak mahu! Faham?”

Ibrahim berhenti seketika. Nafasnya bising, turun dan naik dadanya menahan marah. Setelah terdiam sejenak membiarkan kemarahan Ibrahim reda, Ayyid kembali bersuara,

“Mintak maaf, bang, kalau bang Berahim tak suka. Mintak maaf sangat. Tapi, saya tetap nak usrahkan Ayyid dan kawan-kawannya ni. Dan Ayyid..”

Ayyid memandang mutarabbinya itu. Matanya terasa panas. Allahu..seandainya kau tahu..harapanku buatmu dan ayahmu…

“Maafkan abang sebab tak bagitau Ayyid. Abang tak mau Ayyid terasa kalau dapat tau, tapi harini, dah terbongkar pon. Ya, memang abang kenal papa Ayyid. Sebenarnya, papa Ayyid, orang yang mula-mula kenalkan abang kat usrah. Dia murabbi abang yang pertama.”

Ayyid Saghyir ternganga. Begitu juga Lan, Che’ dan Abdullah yang asyik menonton drama di antara dua orang dewasa di hadapan mereka itu.

Papa pernah join usrah? Even penah jadi murabbi Abang Ayyid? Habistu kenapa..papa benci sangat sekarang? Logik apakah ini?

* * * bersambung * * *

Siri abadan abada :3

Abadan abada

Abadan abada II

Abadan abada III

_ _ _ _ _ _ _ _

Sebenarnya siri cerpen ni dah saya tamatkan dalam Abadan abada III. Tapi, seseorang yang saya sayangi telah menasihati saya untuk menyambung cerita itu atau et lis jelaskan sedikit endingnya dan/atau ibrah dari cerita itu. Nyatalah yang point yang saya cuba sampaikan, tak sampai rupanya. Maka, terimalah-sambungannya. Moga Allah beri kekuatan untuk tidak mensia-siakan peluang kedua ini 😉

 

Advertisements

Sekencang angin. Semarak api

Bismillahirrahmanirrahim

Nasyid ni saya tak pasti siapa penasyidnya. Asal usulnya pon saya tak tahu jugak. Boleh je google kan tapi takpe. Yang penting, saya suka maksud liriknya. Sebab saya rasa dia sangat menyuntik semangat.

Mereka yang memperjuangkan agama ini, semangatnya perlu membara. Kencang bagai angin kuat. Menumbangkan semua halangan di hadapannya. Laju, tak terkejar dek lawan.

Terang bagai api marak. Menerangi gelap tatkala semua malap. Pada saat paling suram, dia lah paling ceria. Paling bersemangat. Melompat-lompat.

Mereka yang memperjuangkan agama ini, tidak boleh berpuas hati dengan selain yang terbaik. Kerana mereka, mengimani bahawa ibadah mereka, sepatutnya sebaik seolah-olah mereka melihat Allah di hadapan  mereka. Dan jika mereka tidak melihatnya pon, mereka mengimani yang Dia melihat mereka. Ihsan.

Tidak ada ruang buat mereka bermalasan. Untuk berehat kesenangan. Bagaimana mungkin, sedang jahiliyah tak pernah tido, bagaimana mungkin mereka ini mahu berhenti melangkah?

Ya, ada masanya mereka juga jatuh. Kerana mereka juga manusia. Tapi mereka tidak kekal jatuh! Tidak tertonggeng menanges leleh leleh hingus lama-lama!

Adakalanya, hero juga perlu menanges guling-guling pegang bantal. Tapi hero yang sebenar, akan segera ingat Allah, ingat perjuangannya yang masih belum selesai, ingat rakan-rakan seperjuangan yang terlebih awal mendahuluinya syahid-dan lap air mata, dan dengan penuh macho dan bergayanya meredah halangan, merobohkan kubu musuh dan menyerang lawan!

Usah berendam air mata hai pendukung islam sekalian! Simpan air matamu, curahkan dalam sujud tahajudmu bersama dia. Biarkannya menjadi saksi sakit jerit perih perjuanganmu hai mujahidin!

Kita pendukung islam tidak boleh mudah mengalah! Tidak boleh mudah putus semangat! Tidak patut mudah takut!

Tujuan kita Allah. RedhaNya. SyurgaNya. AmpunanNya. PertolonganNya. NikmatNya yang tak terhitung.

Mereka musuh Allah,apa saja yang mereka ada? Kita ada Allah. Bila Allah bersama kita, tiada apa patut membuat kita gentar.

Apa saja bidang kamu ceburi, kuasai dengan ihsan. Kita perlukan setiap seorang dari kita untuk maju! Tumbangkan jahiliyah dalam dirimu, dan tegakkan islam. Tegakkan islam dalam dirimu, hai pendukung agama Allah sekalian! Nescaya Islam akan tegak di muka bumi.

Bergeraklah sederap bersama, kerana Allah mencintai mereka yang berjuang di jalannya dalam satu barisan rapi bagai bangunan tersusun kukuh! Usah kau berseorangan, kukuhkan barisan yang ada. Luruskan. Rapatkan.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Surah as-Saff ayat 4 [61:4]

Nyalakan obor perjuanganmu! Marakkan semangatmu! Kencangkan larianmu! Kafilahmu telah mula berlari. Kini sampai giliranmu. Ayuh!

 Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri.

Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang).

Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).

Surah an-Nisa’ ayat 84 [4:84]