Abadan abada: antara baris-baris

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Berjaya habiskan sebuah cerpen lepas dulu pernah sekali cubaan menulis cerpen terbengkalai. Tu pon yang ni kena sambung sampai sambungan ke-lima sebab tiga tulisan pertama tak berapa jelas.kekeke. Jadi, seperti dijanjikan, post ini bertujuan membantu anda memahami apa yang saya cuba sampaikan. Untuk membantu anda memahami antara baris-baris (baca: read between the lines) cerpen ini. Insyallah ­čśë

Abadan abada. Selama-lamanya. Sebuah cerpen yang ditulis dengan harapan saya sendiri. Iaitu mahu berada di jalan tarbiyyah dan dakwah selama-lamanya. Selama-lamanya. Hingga hari bertemu Allah di syurga nanti, saya mahu berada dalam jalan ini. Dan satu-satunya kunci kepada itu? Bila menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan bagi setiap perbuatan, perkataan, perasaan, harta, jiwa dan raga; yang kita kongsikan, kerahkan, curahkan; dalam menapaki jalan ini. Allah satu-satunya tujuan. Allahu ghoyatuna, Allah tujuan kami.

Maka dengan tema itu, cerpen ini ditulis. Abadan abada I hingga III, berdasarkan kisah-kisah benar. Dari kisah dapat parcel sabun cuci baju, hinggalah ke scene bekas murabbi masa belajar dulu pura-pura takde kat rumah bila mutarabbi melawat. Bayangkanlah betapa sedihnya jika orang yang mula-mula memperkenalkan kita kepada tarbiyyah, bila kia jumpa dia lima, enam tahun kemudian, dia dah tak sama. Dah seratus lapan puluh darjah bezanya. Itulah yang dialami sesetengah orang. Itu bukan rekaan. Tak  mustahil, hari ini kitalah paling lantang, paling terkedepan dalam dakwah tarbiyyah, esok lusa, setahun kemudian, lima tahun kemudian, kita sudah berpaling dan seakan-akan tak kenal lagi dengan dakwah tarbiyah. Usrah? Penanda wacana baru ke? Tarbiyyah? Nama bayi popular baru ke? Nauzubillahi min zalik..

Bila Allah menjadi tujuan setiap perkara yang kita buat, datanglah ujian hujan badai macam mana sekalipon, kalau kita terus bersabar dan sentiasa ingat: di akhir nanti, aku nak redhaMu, ya Allah, aku buat ni untuk Kau, ya Allah; insyaallah kita akan berjaya mengharunginya. Yang pahit terasa manis, yang sakit tak terasa peritnya. Orang katalah apapon, buatlah apapon kat kita, selagi Allah menjadi tujuan, selagi yakin Allah bersama kita, kita akan tetap teguh, insyaallah.

Abadan abada IV dan V pula, rekaan sepenuhnya. Tujuannnya untuk menguatkan lagi, dan menegaskan lagi, mesej yang tak berapa nak sampai dalam tiga penulisan awal tadi. Dan sengaja diakhiri dengan pengakhiran yang gembira, untuk memberi harapan. Tak semestinya dulu kita lah paling kotor, paling jahat, paling tak berguna, esok pon, kita masih paling loser. Tak semestinya. Rahmat Allah itu luas. KeampunanNya juga luas. Seluas langit dan bumi.

Dan, jika kita pernah berpaling, selagi nyawa masih ada, selagi tu peluang masih terbuka untuk kita kembali.┬áYang paling penting, langkah pemula tu kena ada. Kena ada, mesti ada. Mesti ada usaha dari bahagian kita, pertolongan Allah akan datang. Orang lapar, kalau ada makanan dalam dulang sebesar meja pon, kalau dia tak mahu suap, kunyah telan, takkan kenyang punya. ┬áMemang, Allah yang akan kenyangkan kita, tapi kamonlah, kalau duduk tercegat depan pinggan tak gerak-gerak, walaupon kita doa sungguh-sungguh “Ya Allah, kenyangkan aku, kenyangkanlah”-tengok kenyang tak?

Kalau perasan, watak-watak Abadan abada banyak dan tak semua sempat dikembangkan. Ada yang dimatikan pon.kekeke. Begitulah kita dalam kehidupan ini.  Di jalan tarbiyyah ini, memang kita akan jumpa ramai orang yang bersama-sama mengerjakannya. Raaaamaaaai. Ada yang kita sempat kenal. Ada yang jumpa sekali tu je, kemudian kali kedua jumpa ialah bila kita di padang mahsyar sana. Ada yang dulu kita kenal, keras kepala tak nak makan nasihat. Tiba-tiba satu hari dia pon sudah jadi orang yang memberi nasihat. Itulah kehidupan. Dengan ramainya manusia yang kita jumpa, timbul persoalan. Kesan apa yang telah kita bagi pada setiap mereka ini? Kesan buruk? Kesan baik? Atau tak dikesan langsung? (-.-)

Juga, antara yang saya cuba selitkan, ialah elemen ukhuwah. Itulah salah satu benda yang paling saya hargai nikmatnya bila masuk ke dalam tarbiyah. Entah siapa-siapa lah mereka, tiba-tiba, rasa macam dah lama kenal. Dulu tak pernah tau pon mereka wujud, tapi sekarang mereka dalam doa kita di sujud-sujud terakhir tahajud. Takde pertalian darahpon, tapi kalau kita dalam kesusahan, mereka orang pertama yang akan bersama kita. Tak akan dapat kat tempat lain. Hanya hubungan yang berlandaskan iman saja yang boleh melahirkan kenikmatan ini.

Akhir sekali, ialah gambaran usrah atas talian (baca: online). Scene skype, buat nota dalam google drive, merupakan scene tipikal dalam usrah saya sendiri. Dalam cerpen, watak utama, Ayyid bertukar dari berusrah darat ┬ákepada atas talian. Tak ramai yang merasai pengalaman seperti ini. Hingga nikmat dapat berukhuwah muka ke muka (baca: face to face) to diambil mudah je. Taken for granted. Bila dah online, sorang-sorang, adik beradik usrah dan murabbi kat tanah lain, haa kau! Baru terasa. Bestnya nikmat yang dulu kita ambil ringan<– tembak diri sendiri. Tentulah, tak sama sentuhannya. Banyak pula ujiannnya. Banyak lagi kekurangannya. Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan jadikan ketak-best-an dan keterbatasan untuk bersama tu satu halangan. Jika benar mahu baiki diri, mahu bina diri untuk membina orang lain, bersabarlah dan bersyukurlah dengan usrah yang kita ada tu. Insyaallah percaturan Allah itu sudah yang terbaik dah untuk kita. ehee.

Insyaallah. Banyak harapan yang dicurahkan semasa menulis cerpen ini. Banyak perasaan yang tersebati dalamnya, kerana ia sesuatu yang sangat dekat dengan diri saya sendiri. Saya juga anak usrah online, dan pernah merasa nikmat usrah face to face hanya di zaman awal tarbiyyah dulu di kolej. Dan puisi asal yang saya dah olah sikit dalam Abadan abada III tu, diberi oleh murabbi pertama saya dahulu sebelum kami mendapat murabbi baru. Kisah benar murabbi dah lain dari dulu tu pon, saya juga pernah merasainya, cuma tidak sampailah ke tahap itu.

Insyaallah. Moga Allah beri kekuatan untuk terus menulis, dan ilham untuk menulis dengan lebih baik. ­čÖé

abadan abada epilog

┬áMasih disimpan, sejak bertahun-tahun. Sebagai tazkirah di saat terlupa ­čśë

Cerpen Abadan abada:

Abadan abada

Abadan abada II

Abadan abada III

Abadan abada IV

Abadan abada V

Abadan abada V

Bismillahirrahmanirrahim

Meja tulis Ayyid Saghyir bergetar bersama getaran telefon pintarnya. Mesej baru di wasep. Ayyid Saghyir melihat skrin telefonnya. Kalau mesej bukan-bukan entah dari siapa, malas dia hendak membukanya. Orang tengah busy ni, dahlah addmaths macam hape..

Madzlan Mansur @The Ummah Avengers: Assalamualaikum semua..

Pantas jari Ayyid Saghyir menyentuh skrin telefon pintarnya dan memasukkan kod rahsianya, lalu terus membuka aplikasi wasep. Lan baru saja menghantar mesej ke wasep group usrah mereka. Ayyid Saghyir suka dengan mesej-mesej di Lan wasep group mereka ini, kerana Lan selalu tau banyak video best. Selalu saja Lan berkongsi pautan ke video-video best dari youtube. Namun, mesej Lan pada hari itu benar-benar meruntun jiwanya.

Assalamualaikum semua (emotikon nangis) Saya ada berita buruk ni. Ayah baru je meninggal pagi tadi. Accident nak ke tempat kerja (3 emotikon nangis)

Sesiapa yang boleh, datangla rumah saya. Doakan ayah saya plis. Mama dah tak keruan. uhuu.

Yang pertama sekali membalas mesej itu, Ayyid. Mengucapkan takziah dan meminta Lan untuk banyak bersabar. Kemudian berjanji akan ke rumahnya masa rehat makan tengah hari nanti. Ayyid Saghyir juga menghantar mesej lebih kurang dengan mesej Ayyid. Kemudian, dia segera menghantar mesej kepada Che’, mengajaknya pegi bersama. Hari itu, sekolah┬ámereka berdua cuti kerana semalam hari sukan. Abdullah pula sudahpon berkata dengan gaya machonya seperti biasa, “Otw bro. We’re there for you. Don’t worry okeh.”

Sedang Ayyid Saghyir bersiap-siap, pintu biliknya diketuk orang, kemudian dibuka dari luar. Ibrahim menjengukkan mukanya di pintu bilik anaknya.

“Eh, awal papa balik?”

“Ha’ah, ni balik kejap. Ayyid ada dengar pasal Dato’ Mansur tak?”

“Ada, pa. Ayyid baru je nak pegi dengan Che’.”

“Jom. Kita pegi sekalilah.”

Ketika Che, Ayyid Saghyir dan Ibrahim┬átiba di rumah Lan, rumah itu sudah mula dipenuhi orang. Wanita, kanak-kanak, orang tua. Yang paling ramai, lelaki-lelaki dewasa berkot dan berkemeja siap┬ábertali leher. Rakan sekerja arwah agaknya. Mungkin kawan-kawan papa jugak, fikir Ayyid Saghyir. Benar fikiran Ayyid Saghyir. Ibrahim menyuruh dia dan Che’ masuk dulu sementara dia pula ke arah beberapa lelaki yang berdiri seperti dalam sebuah bulatan pula di laman rumah yang besar itu. Sebaik tiba di ruang tamu rumah Lan,┬átangan Ayyid┬áSaghyir dan Che’ ditarik orang. Lan.

“Korang. Tolong bacakan yassin untuk ayah please. Tolong doakan. Apa saja. Aku dah tak tau apa nak buat. Dari tadi ramai orang, tapi aku, tok imam and┬ásorang pacik ni je yang duduk baca yassin and doakan ayah. Please.”

Mata Lan bergenang dengan air mata. Tiba-tiba saja, Lan memeluk mereka dan akhirnya menangis perlahan-lahan di bahu Ayyid Saghyir. Ayyid┬áSaghyir menggosok-gosok belakang Lan. Dia juga tidak mampu berkata apa-apa.┬áDi tengah-tengah ruang tamu Lan yang dihias cantik dengan gaya Bali, kelihatan┬ásekujur tubuh bertutup kain batik. Arwah Dato’ Mansur. Sudah siap dimandikan dan dikafankan. Di penjuru kanan dalam rumah itu, orang-orang perempuan sedang duduk dan berbisik-bisik atau berborak┬ádengan suara rendah. Sesekali terdengar suara┬ábayi menangis. Dua orang budak perempuan kecil berlari-lari sekeliling ruang tamu, dan kemudian dimarahi ibu mereka.

Di penjuru kiri pula, orang lelaki. Tapi yang duduk di dalam, rata-rata agak berumur. Adalah seorang dua membaca yasin. Yang lebih muda, ramainya di luar. Yang berkemeja dan berkot tadi, kebanyakannya merokok dan berbual. Ada juga yang sudah masuk ke dalam melawat jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Lan.

Sesudah menyapa rakan-rakan sekerjanya, juga sesudah menyapa bos dia dan arwah Dato’ Mansur yang turut hadir pada hari itu, Ibrahim masuk ke rumah untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakannya itu. Tidaklah rapat sangat, cuma pernah beberapa kali bekerjasama dalam beberapa projek yang sama. Sebaik masuk ke dalam rumah itu,┬átelinganya menangkap suara anak-anak remaja membaca yassin.┬áMatanya mencari-cari┬ásumber suara-suara itu. Bila matanya terjumpa sumbernya, Ibrahim┬ámelihat sebuah pemandangan yang mengharukannya.

Di sebelah sekujur tubuh itu, ade tiga┬áorang anak muda. Lan, Abdullah dan Che’, rakan karib anaknya. Abdullah paling tua, lapan belas ke sembilan belas tahun, dia sendiri tidak ingat lagi penerangan anaknya. Kedua, Lan, tujuh belas tahun. Che’ pula setahun lebih muda, sebaya anaknya. Mereka sahaja yang sedang membaca yassin, termasuk seorang pacik tua yang dia tidak dia┬ákenali. Padahal tetamu yang datang boleh tahan ramai. Rakan sekerjanya yang lain, semua bersembang kosong saja di luar. Tadi, dia sendiri tak terkecuali. ┬áSayu dia melihat anak tunggal arwah Dato’ itu tersedu-sedu membaca yassin.

Oh tuhan. Aku tak pernah ajar Ayyid baca quran. Nanti siapa yang akan baca kalau esok aku mati?

Sekonyong-konyong Ayyid Saghyir muncul dari arah belakang rumah Lan. Dari tandas agaknya. Tumpah air mata Ibrahim bila melihat Ayyid Saghyir mengeluarkan sebuah quran kecil warna merah dari poketnya lalu duduk di sebelah Lan dan mula membacanya. Allah..

Semasa zuhur, Ayyid tiba di rumah Lan. Sampat Ayyid memberi salam kepada Ibrahim, namun, Ibrahim ketika itu sedang sesak melayan perasaaannya. Ibrahim seperti sedang termenung jauh. Selepas solat zuhur, imam masjid kawasan perumahan itu mengajak semua orang yang mahu untuk mengerjakan solat jenazah. Ibrahim berasa tak senang duduk pula. Dia sudah ingat-ingat lupa dah cara mengerjakannya. Diam-diam, dia cuba menyelit ke saf belakang sekali. Dan di saf paling depan? Beberapa orang pacik tua. Dan sebaris anak-anak muda. Lan di belah kiri imam. Ayyid pula di  sebelah kanan. Dan di kanan Ayyid,  anak lelakinya, kemudian Abdullah dan Che. Sekali lagi Ibrahim berasa sebak. Sepanjang solat empat takbir itu, (yang terasa amat panjang sekali dek ketidakpastiannya dalam mengerjakannya), Ibrahim menangis.

Selesai solat, Ibrahim terus bergegas mendapatkan anaknya. Di hadapan semua orang, dia memeluk erat tubuh kurus Ayyid Saghyir. Dia menangis sehingga air matanya membasahkan rambut Ayyid Saghyir. Dan air mata Ayyid Saghyir juga tumpah pada hari itu.

Lama Ibrahim memeluk Ayyid Saghyir begitu. Tanpa sebarang kata-kata. Hanya sedu tangisnya sahaja kedengaran.┬áLama sekali,┬áhingga orang yang dari tadi memandang tidak lagi peduli akan mereka. Masing-masing sudah mula mengerjakan urusan masing-masing. Jenazah arwah Dato’ Mansur juga sudah diangkat keluar.

Setelah selesai semuanya, Ibrahim mengajak Ayyid Saghyir dan Che’ pulang. Ayyid Saghyir mengangguk saja dengan mata yang masih merah. Di pintu keluar rumah Lan, mereka bertembung dengan Ayyid. Che’ dan Ayyid Saghyir bersalaman dengan Ayyid dan kemudian keluar, mendahului Ibrahim. Ibrahim pula cuma memandang Ayyid. Dan Ayyid membalas pandangan itu dengan mata yang┬ábergenang dengan harapan yang tak pernah pudar. Kalaulah, aku boleh menarikmu semula..

Tiba-tiba, Ibrahim tersenyum sambil matanya masih bertentang mata Ayyid. Manis senyumannya. Sudah lama benar Ayyid tidak melihat senyuman itu.

“Assalamualaikum, Ayyid,” katanya, dan terus berlalu pergi.

Hanya kata-kata itu. Sekuntum senyum itu. Namun pada sepasang mata bundar itu, seakan terbit nyalaan berbeza.

Dan tiba-tiba sahaja, Ayyid berasa tenang. Sebak di dadanya tadi, seperti sudah hilang. Senyuman seperti tadi, pandangan seperti tadi; dia arif  benar. Kedua-duanya sama seperti senyuman dan pandangan bertahun-tahun lalu. Ayyid turut sama tersenyum, walaupon Ibrahim tidak ada lagi di situ.

Allahu rabbi, Kau tak pernah mengecewakanku.

* * * * * * *

“Bang Berahim benci betul ek, kat saya time tu? Mesti abang benci jugak kan,┬ásurat-surat saya hantar tu?”

“Aish, kalau tak sentuh isu sensitif, gamaknya bukan kau, Ayyid!”

Ayyid tertawa. Semua ini bagaikan mimpi. Hampir dua belas tahun dia berusaha. Selama dua belas tahun, dia tak pernah berhenti mendoakan. Ada saja yang dilakukannya untuk menarik Ibrahim untuk kembali ke jalan tarbiyyah dan dakwah. Kini, dia sudah boleh berborak-borak tarbawi semula dengan insan ini. Setelah bertahun-tahun. Subhanallah.

“Jujurnya, masa kau datang, abang rasa malu. Malu dan jeles. Mungkin sebab ego jugak, abang jadi marah dan benci. Masa tu, entahlah, memang abang bencilah dengan kau. Bukan kau je. Semua yang ikut tarbiyyah, yang bangga duk canang-canang ‘kami ikut usrah!’, abang benci. Entah. Tapi memang bencilah!”

Telan air liur juga Ayyid mendengar pengakuan jujur Ibrahim itu.

“Tapi kenapa bang? Bukan dulu abang buat benda yang sama ke?”

Ibrahim menarik nafas panjang kemudian menghembusnya perlahan-lahan.

“Entahlah Yid. Dulu, kamu tengok abang la yang banyak buat semua tu kan?”

“Uish, mestilah! Abang yang┬átarik saya, geng saya masuk usrah. Dani, Idham, Ammar; semua abang la yang tarik. Ingat tak?┬áKalau tak entah kat mana-mana saya hari ni.”

Ibrahim tersenyum tawar. Matanya memandang Ayyid, tapi Ayyid tahu Ibrahim tidak melihatnya.

“Haha… Kat Tassie dulu, boleh kata, abangla yang paling aktif buat semua tu. Usrah sana, usrah sini. Pegi sana, pegi sini. Then, bila abang grad, dah back for good from Tassie, ┬ádah tercampak kat mesia ni; ya Allah, barulah abang sedar. Yang dulu, abang buat semua tu, sebab memang tu lah yang orang sekeliling duk buat. Tak percaya, kau tengoklah! Bila tercampak sorang,┬ábila dah takde orang nak ajak pegi usrah pegi daurah, kau tengoklah, abang camana. Lesap!”

“Tapi takkan sampai camtu sekali kot, bang?”

“Betul, Ayyid. Kau bayangkanlah, dulu time belajar overseas, bolehla murabbi menghantui, kejap wasep, kejap sms, suruh pegi usrahlah, programlah. Bila balik, sorang-sorang, dengan usrahmate jauh-jauh; murabbi bertukar, online lah apelah, lagi senang untuk kau hanyut daripada kau berenang menongkah arus. Eh paham ke?”

“Haha..saya faham bang. Saya pon, lalu benda yang sama time mula-mula grad dulu. Culture shock la kejap. Hahaha!”

Mereka tertawa. Kemesraan yang sudah lama terbina kini kembali erat.

“Kat situlah, abang beza dari kau, Ayyid. ┬áKau, teruskan berenang. Abang, memilih untuk hanyut.”

Ibrahim tertunduk sebak. Bertahun-tahun dia lari dari tarbiyyah dan dakwah yang pernah menjadi sebahagian besar hidupnya. Tahun-tahun yang kini dirasakannya terbazir begitu sahaja.

“Takpelah bang,” Ayyid memujuk. “yang lepas tu, lepaslah. Saya bersyukur sangat, abang sekarang memilih untuk sambung berenang.”

Ayyid menghadiahkan senyuman kepada Ibrahim. Ibrahim cuma mampu membalas senyuman itu dengan mata yang berkaca-kaca.

“Terima kasih Ayyid. Terima kasih sangat. Terima kasih sebab tak pernah bosan tarik abang.”

“Ehhee. Sama-sama bang. Dulu, abang yang tarik saya.”

“Haha..dah lama betul tu kan. Sebelum ni, abang betul-betul tak faham, kenapa kau beria sangat nak ajak abang join tarbiyyah dakwah ni semula. Macam, kalau duit, abang tau buat semua ni, bukan ada gaji pon. Nak kata orang suruh, siapa pulak nak suruh engkau menyibuk dalam hidup abang. Ahaha.”

“Betul tu bang. Ade je masa, saya tertanya-tanya seniri. Saya tertanya-tanya jugak, untuk apa saya buat semua ni? Bersusah pegi sana pegi sini, dengan minyak mahal, kerja lagi. Tapi bila saya tengok, budak-budak yang macam saya dulu-dulu, lama-lama berubah jadi manusia, saya yakin; mende ni lah yang saya nak buat. Seseorang telah memperkenalkan saya kepada Allah, dan nikmatnya tu, saya rasa macam nak bagi satu dunia rasa.”

“Sebab kau buat semua kerana Allah lah, abang rasa kau mampu bertahan, Yid. Bertahun-tahun, kau tetap lagi kat jalan ni. Tak macam abang. Mungkin dulu time belajar, abang buat tak sepenuhnya kerana Allah. Itu yang… akhirnya… hanyut. Then, lesap. Lepastu benci pulak kat orang yang buat tarbiyyah dakwah. eheh.”

Ayyid tertawa. Ibrahim ikut ketawa. Baru Ibrahim sedar. Betapa dirinya juga rindu hendak berborak seperti ini. Ayyid memandang mata Ibrahim, tapi, kini tak mampu lagi memandang mata itu lama-lama. Seperti dulu. Aura yang dulu sudah hilang dari mata Ibrahim, kini sudah muncul kembali. Dan kini lebih kuat lagi. Di hadapannya seorang hamba yang tersedar dia sudah tersilap. Dan hamba itu sedang berusaha kuat untuk kembali ke jalan tuhannya.

“Abang tau tak, first time saya jumpa Ayyid, saya terkejut betul. Hehe. Tak sangka langsung.”

“Hahah. Takdir Allah Yid. Tau kenapa abang namakan dia camtu? Sebab by the time dia lahir, abang da mula hanyut dah. Tapi teringin nak balik semula. Tapi takde kekuatan untuk cari seniri. Takde kekuatan nak lawan nikmat dunia ni. Abang teringat yang kau cakap dulu-dulu tu. Tapi tulah. Kalau sendiri tak usaha, takkan dapat jugak, en. Korang ade je wasep, mesej semua time tu kan, tapi tengoklah. Takde abang balas pon. Adeh.”

“Hmm cantiknya susunan takdir Allah tu bang. Takdir Allah jugak yang jumpakan saya dengan abang. Yang campak saya masuk tarbiyyah. Dan yang dah tanam satu benda ni dalam kepala otak saya. Dengan benda tu, alhamdulillah, saya masih ade kat jalan ni. Dengan mende tu, alhamdulillah, abang pon dah ada semula.”

“O ye? Ape bendanya?”

“Time abang mula-mula grad, kan kitorang dapat Abang Umar tu jadi naqib? Pastu, aish. Memang saya takde mood dah nak usrah. Sebab lainlah. Dia garang. Dengan onlinenya, tak nampak muka, jumpa sebulan sekali, wasep salah faham, emel jawab lambat. Orang busy katakan.Kalau dulu time abang, nak tau apa, nak curhat ke; pegi je bilik, borak. So..dia basuh kitorang dengan satu fikrah ni. Saya pegang fikrah tu sampai sekarang. Sampaikan, tak kesahlah apa yang saya lalui tu best ke tak best, susah ke senang, fikrah tu la yang tetapkan hati saya untuk terus je buat.”

“Adoi..Abang Umar tu..memanglah. Sebijik cam Umar. Habestu? Fikrah apa yang dia heartwash kat korang?”

“Allahu ghoyatuna. Allah tujuan kami.”

* * * Tamat * * *

allah all u need

 [Kredit]

Siri abadan abada:

Abadan abada

Abadan abada II

Abadan abada III

Abadan abada IV

_ _ _ _ _ _ _

Alhamdulillah. Tamat dah (kot? :p) Insyaallah akan extract ibrah dari siri cerpen ni sebab rasanya berterabur sikit penceritaan. First timer katakan. Terasa beza menulis fiksyen rekaan dengan fiksyen berdasarkan pengalaman sebenar. Harapnya mesej tetap sampai. Apa-apapon, moga Allah redha.