Abadan abada: antara baris-baris

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Berjaya habiskan sebuah cerpen lepas dulu pernah sekali cubaan menulis cerpen terbengkalai. Tu pon yang ni kena sambung sampai sambungan ke-lima sebab tiga tulisan pertama tak berapa jelas.kekeke. Jadi, seperti dijanjikan, post ini bertujuan membantu anda memahami apa yang saya cuba sampaikan. Untuk membantu anda memahami antara baris-baris (baca: read between the lines) cerpen ini. Insyallah ūüėČ

Abadan abada. Selama-lamanya. Sebuah cerpen yang ditulis dengan harapan saya sendiri. Iaitu mahu berada di jalan tarbiyyah dan dakwah selama-lamanya. Selama-lamanya. Hingga hari bertemu Allah di syurga nanti, saya mahu berada dalam jalan ini. Dan satu-satunya kunci kepada itu? Bila menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan bagi setiap perbuatan, perkataan, perasaan, harta, jiwa dan raga; yang kita kongsikan, kerahkan, curahkan; dalam menapaki jalan ini. Allah satu-satunya tujuan. Allahu ghoyatuna, Allah tujuan kami.

Maka dengan tema itu, cerpen ini ditulis. Abadan abada I hingga III, berdasarkan kisah-kisah benar. Dari kisah dapat parcel sabun cuci baju, hinggalah ke scene bekas murabbi masa belajar dulu pura-pura takde kat rumah bila mutarabbi melawat. Bayangkanlah betapa sedihnya jika orang yang mula-mula memperkenalkan kita kepada tarbiyyah, bila kia jumpa dia lima, enam tahun kemudian, dia dah tak sama. Dah seratus lapan puluh darjah bezanya. Itulah yang dialami sesetengah orang. Itu bukan rekaan. Tak  mustahil, hari ini kitalah paling lantang, paling terkedepan dalam dakwah tarbiyyah, esok lusa, setahun kemudian, lima tahun kemudian, kita sudah berpaling dan seakan-akan tak kenal lagi dengan dakwah tarbiyah. Usrah? Penanda wacana baru ke? Tarbiyyah? Nama bayi popular baru ke? Nauzubillahi min zalik..

Bila Allah menjadi tujuan setiap perkara yang kita buat, datanglah ujian hujan badai macam mana sekalipon, kalau kita terus bersabar dan sentiasa ingat: di akhir nanti, aku nak redhaMu, ya Allah, aku buat ni untuk Kau, ya Allah; insyaallah kita akan berjaya mengharunginya. Yang pahit terasa manis, yang sakit tak terasa peritnya. Orang katalah apapon, buatlah apapon kat kita, selagi Allah menjadi tujuan, selagi yakin Allah bersama kita, kita akan tetap teguh, insyaallah.

Abadan abada IV dan V pula, rekaan sepenuhnya. Tujuannnya untuk menguatkan lagi, dan menegaskan lagi, mesej yang tak berapa nak sampai dalam tiga penulisan awal tadi. Dan sengaja diakhiri dengan pengakhiran yang gembira, untuk memberi harapan. Tak semestinya dulu kita lah paling kotor, paling jahat, paling tak berguna, esok pon, kita masih paling loser. Tak semestinya. Rahmat Allah itu luas. KeampunanNya juga luas. Seluas langit dan bumi.

Dan, jika kita pernah berpaling, selagi nyawa masih ada, selagi tu peluang masih terbuka untuk kita kembali.¬†Yang paling penting, langkah pemula tu kena ada. Kena ada, mesti ada. Mesti ada usaha dari bahagian kita, pertolongan Allah akan datang. Orang lapar, kalau ada makanan dalam dulang sebesar meja pon, kalau dia tak mahu suap, kunyah telan, takkan kenyang punya. ¬†Memang, Allah yang akan kenyangkan kita, tapi kamonlah, kalau duduk tercegat depan pinggan tak gerak-gerak, walaupon kita doa sungguh-sungguh “Ya Allah, kenyangkan aku, kenyangkanlah”-tengok kenyang tak?

Kalau perasan, watak-watak Abadan abada banyak dan tak semua sempat dikembangkan. Ada yang dimatikan pon.kekeke. Begitulah kita dalam kehidupan ini.  Di jalan tarbiyyah ini, memang kita akan jumpa ramai orang yang bersama-sama mengerjakannya. Raaaamaaaai. Ada yang kita sempat kenal. Ada yang jumpa sekali tu je, kemudian kali kedua jumpa ialah bila kita di padang mahsyar sana. Ada yang dulu kita kenal, keras kepala tak nak makan nasihat. Tiba-tiba satu hari dia pon sudah jadi orang yang memberi nasihat. Itulah kehidupan. Dengan ramainya manusia yang kita jumpa, timbul persoalan. Kesan apa yang telah kita bagi pada setiap mereka ini? Kesan buruk? Kesan baik? Atau tak dikesan langsung? (-.-)

Juga, antara yang saya cuba selitkan, ialah elemen ukhuwah. Itulah salah satu benda yang paling saya hargai nikmatnya bila masuk ke dalam tarbiyah. Entah siapa-siapa lah mereka, tiba-tiba, rasa macam dah lama kenal. Dulu tak pernah tau pon mereka wujud, tapi sekarang mereka dalam doa kita di sujud-sujud terakhir tahajud. Takde pertalian darahpon, tapi kalau kita dalam kesusahan, mereka orang pertama yang akan bersama kita. Tak akan dapat kat tempat lain. Hanya hubungan yang berlandaskan iman saja yang boleh melahirkan kenikmatan ini.

Akhir sekali, ialah gambaran usrah atas talian (baca: online). Scene skype, buat nota dalam google drive, merupakan scene tipikal dalam usrah saya sendiri. Dalam cerpen, watak utama, Ayyid bertukar dari berusrah darat  kepada atas talian. Tak ramai yang merasai pengalaman seperti ini. Hingga nikmat dapat berukhuwah muka ke muka (baca: face to face) to diambil mudah je. Taken for granted. Bila dah online, sorang-sorang, adik beradik usrah dan murabbi kat tanah lain, haa kau! Baru terasa. Bestnya nikmat yang dulu kita ambil ringan<Рtembak diri sendiri. Tentulah, tak sama sentuhannya. Banyak pula ujiannnya. Banyak lagi kekurangannya. Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan jadikan ketak-best-an dan keterbatasan untuk bersama tu satu halangan. Jika benar mahu baiki diri, mahu bina diri untuk membina orang lain, bersabarlah dan bersyukurlah dengan usrah yang kita ada tu. Insyaallah percaturan Allah itu sudah yang terbaik dah untuk kita. ehee.

Insyaallah. Banyak harapan yang dicurahkan semasa menulis cerpen ini. Banyak perasaan yang tersebati dalamnya, kerana ia sesuatu yang sangat dekat dengan diri saya sendiri. Saya juga anak usrah online, dan pernah merasa nikmat usrah face to face hanya di zaman awal tarbiyyah dulu di kolej. Dan puisi asal yang saya dah olah sikit dalam Abadan abada III tu, diberi oleh murabbi pertama saya dahulu sebelum kami mendapat murabbi baru. Kisah benar murabbi dah lain dari dulu tu pon, saya juga pernah merasainya, cuma tidak sampailah ke tahap itu.

Insyaallah. Moga Allah beri kekuatan untuk terus menulis, dan ilham untuk menulis dengan lebih baik. ūüôā

abadan abada epilog

¬†Masih disimpan, sejak bertahun-tahun. Sebagai tazkirah di saat terlupa ūüėČ

Cerpen Abadan abada:

Abadan abada

Abadan abada II

Abadan abada III

Abadan abada IV

Abadan abada V

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s