Tentang Shinawanmentawi

Bermula pada bulan Jun 2012, blog ini pada awalnya ialah tugasan terakhir daripada murabbi kami apabila kami menamatkan pengajian di sebuah kolej persediaan untuk ke luar negara. Katanya, melalui blog ini, bolehlah dia mengikuti perkembangan kami yang akan bertebaran di muka bumi selepas itu. Dan, disebabkan pada ketika itu saya juga sudah lama ingin mempunyai blog sendiri setelah terinspirasi oleh blog-blog seperti Muharikah dan Angel Pakai Gucci, lahirlah blog ini. Maafkanlah namanya yang pelik dan susah nak sebut ini kerana ia sepenuhnya random dan tiada sebarang makna tersirat. Keh.

Post-post yang awal bersifat lebih umum, rata-rata merupakan tadabbur, perkongsian pengalaman dan ibrah. Dengan mode yang santai dan simple, sesuai untuk pembacaan sesiapa sahaja. Semakin usia saya meningkat, saya inginkan blog ini menjadi lebih dari sekadar ‘perkongsian islamik’ yang santai. Lebih-lebih lagi kerana saya yakin, banyak je blog lain dan portal ‘penulisan islamik’ lain yang lebih menarik jika yang dicari ialah ‘perkongsian islamik’ yang santai dan berilmiah. Maka kini, kandungan blog ini sudah dan akan terus diupgrade selari dengan tujuan saya menulis sekarang. Bak kata Muharikah dalam sebuah pengisiannya:

“Kita sebenarnya ramai ikhwah dan akhawat yang menulis. Tapi berapa ramai yang menulis tentang fiqh dakwah?”

Anda akan dapati kebanyakan kandungan blog ini selepas ini merupakan adaptasi atau interpretasi kepada bahan-bahan bacaan atau pengisian atau pemerhatian saya setelah sedikit sebanyak berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah. Antara tujuan saya masih menulis di blog ini kini ialah sebagai latihan untuk menulis dan membahaskan bahan fikrah dengan harapan akan mampu menulis bahan fikrah saya sendiri berbanding hanya menterjemahkan apa yang sudah ditulis dan dibukukan.

(Secara tidak langsungnya, harapan ini bermaksud saya ingin mempunyai profil seseorang yang mampu menghasilkan bahan fikrah dan fiqh dakwah. Muwasofatnya, pengalamannya, kefahamannya dan sebagainya. Bukan kerana ingin mengeluarkan buku yang tertulis nama sendiri sebagai penulis 😉 )

Sedikit nota tambahan. Mungkin blog ini bukan lagi untuk semua seperti awal-awal dahulu. Jika anda rasakan sesuai untuk anda, teruskan membaca, moga kita berdua beroleh manfaat bersama. Jika tidak, saya hormati pilihan anda, moga sedikit sebanyak yang anda dapati dari blog ini ada juga manfaatnya untuk kita berdua.

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s