Kurus kering

Bismillahirrahmanirrahim

Jannah menolak perlahan pintu biliknya. Teman sebiliknya sudah lama terlena, sudah hampir pukul 12 malam pun. Tapi dia baru saja pulang lepas menghantar anak-anak usrahnya ke rumah masing-masing. Baru hendak mula menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja setelah seharian ke kelas dari pagi hingga pukul 5 dan kemudian pukul 8 berusrah dengan anak-anak usrah terchenta.

Perlahan-lahan, dengan seminima mungkin bunyi, Jannah membuka suis lampu mejanya dan menukar pakaian. Memakai dua tiga lapis baju tebal, membalut kakinya dengan selimut dan duduk di hadapan meja belajarnya. Sejuk. Dan sejuk itu mengundang rasa mengantuk. Dia juga sudah penat. Kelas baru naik dari cuti musim sejuk dua minggu lalu, tapi Jannah berasa seakan-akan dia tak pernah bercuti pun.

Sejak hari pertama cuti, hingga hari terakhir, dia sibuk menguruskan program untuk adik-adik. Ke sana ke sini membeli barang. Meninjau tempat. Memikirkan aktiviti. Menyediakan kelengkapan. Meeting. Sudahlah dia juga salah seorang penyampai. Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Di hari-hari program lagilah. Tercungap-cungap juga dia hendak menjaga mutabaah amal hariannya. Hingga terlentok-lentok membaca quran dan tertidur dalam sujud masa qiam.

Sebaik habis program, kelas pun bermula. Buku-buku dan nota-nota semester lepas tak sempat lagi dikemasnya, sudah perlu ditukar baru untuk semester baru. Siang ke kelas dari pagi hingga petang, malam dia ke rumah adik-adiknya. Atau menghadiri usrahnya sendiri. Kemudian menelaah pelajaran atau menyiapkan kerja. Hujung minggu dia sibuk lagi. Mengajar budak-budak mengaji, menziarahi rakan-rakan atau kakak postgrad, mengemas rumah. Penuh. Jadual waktunya padat.

Tidak dinafikan, Jannah berasa penat sekali. Memberi, memberi dan memberi. Mujur dia masih mengekalkan tilawah dan tadabburnya. Mujur usrahnya masih berjalan. “Kalau tidak,” fikirnya; “mesti aku mati kering. Sibuk duk program adik-adik, program untuk aku takde. Sebbaik ade usrah.” Ewahkau.

Jannah menghidupkan komputer ribanya dan terus ke portal universitinya. Ada kerja yang perlu disiapkan. Esei 1500 patah perkataan perlu dihantar dua minggu lagi. Minggu depan ada ujian dalam tutorial, merangkumi tajuk yang telah dipelajari selama dua minggu itu. Dan untuk esok? Dia perlu menyalin kembali nota petang tadi kerana kantuknya mengakibatkan bukunya dicemari cakar ayam yang mungkin ayam pun tak faham nak baca. Eh.

Sekali dua, Jannah menguap. “A’uzubillahi minasy syaitonirrajimm mengantuknya ya Allahh…”

Jannah merenung komputer ribanya buat seketika. Di latar belakangnya terdengar nafas panjang dan aman teman sebiliknya yang nyenyak tidur. Matanya terpandang jam di penjuru bawah kanan desktopnya. Dengan tak semena-mena, sebak dan air mata itu datang. Entah dari mana. Jannah gagal mengawal perasaannya lantas menutup mukanya dengan tangan lalu menangis. Menangis.

Sungguh, dia amat penat. Badannya letih. Dan jiwanya pula terasa kering. Kering yang amat.

* * * * * * *

Saya pasti, ada di antara kita pernah merasakan perkara yang sama. Rasa ‘kering’ kerana kita asyik memberi, asyik mendakwah orang, tapi tarbiyyah sendiri entah ke mana. Hilanglah tilawahnya, hilang tadaburnya, terhenti hafazannya, tak bersambung bacaan bukunya, terabai mutabaah amalnya; dek terlalu sibuk dengan ‘kerja dakwah’. (sibuk la sangat kan. dush)

Bak kata sebuah video yang pernah popular di Youtube satu masa lalu, “dakwah-dakwah, mana lu punya tarbiyyah?!”

Maka, di situ, terdapat sebuah persoalan. Bila pertama kali saya mendengarnya, seperti terbuka horizon baru di pemikiran saya. Seperti disimbah air sejuk saat mata baru terbuka untuk bangun bersahur. Seperti..alah fahamla kan. ehee.

Soalannya:

Kenapa daie itu, tidak melihat kerja dakwahnya sebagai tarbiyyah Allah untuk dirinya?

Bahkan. Apa yang membuatkan daie itu tidak merasakan kerjanya menyeru manusia kepada Allah itu suatu bentuk didikan penuh kasih sayang dari Allah?

Ya, saat kita mendakwah kita memberi. Dan seorang daie sejati tidak akan mengharapkan pun untuk menerima apa-apa kembali bila dia memberi. Dia lah yang mencurahkan ilmunya, fikrahnya, kasih sayangnya; kepada yang objek dakwahnya. Jika mereka berkongsi ilmu mereka dengannya, itu bonus. Jika mereka membalas kasih sayangnya, itu bonus. Dia tidak mengharapkan apa-apa saat dia mentarbiyyah orang.

Jadi apakah sebab daie itu berasa kering dari tarbiyyah setelah dia mentarbiyyah?

Ikut logik akal, memang, sebuah bekas yang penuh berisi air, kalau dituang dan dituang keluar airnya, tanpa ditambah semula, lama-lama akan kering bukan?

Di sini letaknya beza itu. Siapa kata saat daie itu mendakwah dan mentarbiyyah, berlaku pencurahan keluar?

Bahkan, seandainya daie tu dianalogikan sebagai belon air yang gemuk, saat dia mendakwah dan mentarbiyyah, sebenarnya air makin banyak masuk ke dalam belon tu. Makin gemuk dan gedebab belon tu.

Tapi, hanya jika daie itu melihat kerja dakwah dan mentarbiyyahnya itu, satu bentuk tarbiyyah buat dirinya.

Kalau dia tidak melihatnya begitu, maka terjadilah. Seperti kes di atas. Kerja, kerja, kerja kemudian penat, lapar, dahaga, kurus kering. Kemudian bai-bai.

Kenapa saya kata macam tu? Tengok ni ea. Nak bergaul dengan orang, satu hal. Nak sampaikan mesej pada orang, satu hal lagi. Nak tau bila, macam mana nak sampaikan mesej pada orang, satu hal lagi. Nak buat apa lepas orang terima mesej, macam mana nak tau orang terima ke tidak, nak buat macam mana kalau mesej tak sampai, macam-macam lagi.

Nampak tak?

Banyak perkara yang kita boleh belajar. Bersabar dengan orang, berlembut, cakap ikut tahap pemikiran orang, berlapang dada, melebihkan orang, empati, maaaacamm macam. Pengalaman yang kita dapat, kemahiran yang terasah, baik manis atau pahit, mendewasakan atau tidak, hebat atau tidak, apa itu bukan tarbiyyah ke namanya?

Saat mendakwah dan mentarbiyyah orang, kita nampak betapa besarnya nikmat Allah kerana telah meletakkan kita pada posisi memberi. Agungnya ciptaan Allah yang bermacam ragam dan gaya. Baru kita hargai pengorbanan mereka yang bersusah payah mentarbiyyah kita dahulu. Baru kita tau, tak mudah rupanya nak sampaikan mesej islam itu pada manusia. Bayangkan, Rasululullah s.a.w dahulu macam mana? Sesaknya dada, tapi diletak ke tepi je sesak tu supaya kita umat dia ni yang tak pernah jumpa dia dapat rasa nikmat iman dan islam. Baru kita belajar. Baru kita faham.

Tarbiyyah Allah kepada kita, amat luas. Bermacam cara. Ya, saya yakin usrah itu jalan paling berfokus untuk mendapat tarbiyyah. Saya juga yakin, program yang disusun khusus untuk kita juga, akan memberi kita tarbiyyah yang cukup padu.

Yang saya ingin tekankan, ialah; janganlah membataskan kita menerima tarbiyyah hanya dari program dan usrah semata-mata. Usrah itu bagi saya, suatu keperluan yang tidak boleh tidak ada. Tapi, kalau kita membataskan dapat tarbiyyah hanya dari usrah, itu yang  bila usrah batal atau takde program terus rasa tak bersemangat, lemau lah nak futurlah.

Tengoklah Mus’ab bin Umair dan Jaafar bin Abi Talib. Seorang dihantar ke Madinah dan seorang pula jurucakap umat islam di Habsyah. Rasulullah s.a.w pula di Mekah. Zaman takde wasep, takde fon, macam mana nak hubungi murabbi? Mereka berdua ni pendakwah dan pentarbiyyah tegar. All out untuk dakwah. Semua pintu diketuknya Mus’ab tu. Habis sentap, terharu dibuatnya Raja Najasyi tu mendengar hujah Jaafar. Kalau ikutkan pemahaman macam cik Jannah tadi, mesti diorang dah lama rasa kering, rasa “alaaa aku nak balik Mekahla cenggini, asyik aku je bagi, tak dapat pon tarbiyyah.” Kan?

Tapi mereka tidak begitu. Dakwah mereka kekal mantap dan hebat, walaupun tidak mendapat input. Semangat mereka kekal tinggi, gerak kerja terus melaju, tanpa menoleh ke belakang atau tercungap-cungap tak cukup nafas. Mereka kekal gemuk dan sihat, lantas menggemukkan orang lain.

Seharusnya, seorang daie itu, melihat setiap perkara yang berlaku ke atasnya di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sebagai satu bentuk tarbiyyah dari Allah. Dengan itu, dia tak akan pernah kering. Takkan pernah sekali-kali dia kering. Semakin banyak dia memberi, makin banyak pula dia menerima. Insyaallah

kurus kering

Daie gemuk sedang mengejar mad’u nya. wahaha

[Kredit]

Oh. Tapi itu bukanlah alasan untuk tidak menjaga mutabaah amal ye. Mutabaah amal harian sendiri tu indikator keseriusan kita menjaga hubungan dengan Allah.

“Ala kena ke habiskan tilawah harini? Kan kita tengah buat program untuk adik-adik ni? Besar tarbiyyahnya kat situuu.”

Saya gigit nanti baru tahu.

_ _ _ _ _ _

Manfaatkan baki ramadhan jom! Tembakkan doa sebanyak-banyaknya buat saudara-saudara kita terutama di Gaza sana 🙂

Ihsan: lesson learnt the hard way

Bismillahirrahmanirrahim

“Dan orang-orang kafir itu merancang, Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang.”

Surah ali-Imran ayat 54 [3:54]

Di satu pihak, musuh islam buat macam-macam untuk menjatuhkan islam. Dengan fitnahnya, penindasannya, dengan hasutan-hasutan yang ditanam dalam orang islam sendiri, dengan beraneka penyelewengannya. Dari segi pemikiran, gaya hidup, trend, budaya, pembelajaran, silibus, teori-teori, semua mereka gunakan. Macam-macam. Dari yang terkenal, yang tak terkenal, dari zaman dulu, sampai la zaman sekarang. Dari zaman para nabi, sampai la ke kita, umat akhir zaman.

Di satu pihak yang lain, mereka-mereka yang mahukan islam sebenar kembali tegak kat muka bumi ni, juga berbuat macam-macam. Tak kira siapa mereka, student, cikgu, ostad ustajah, engineer, doktor, cleaner, presiden, siapa-siapalah. Mereka semua guna kedudukan masing-masing untuk ajak orang kenal islam, ajak orang buat baik dan jangan buat benda jahat. Mereka terangkan islam bukan takat solat, puasa dan pakai tudung dan baju-long-sleeve-tutup-punggung. Yang presidennya guna kuasa dan kedudukan tingginya, cikgunya guna pengaruh yang dia ada dengan anak murid dan mak ayah diorang. Yang student? Belajar sungguh-sungguh supaya satu hari nanti, mereka juga punya kedudukan dan kepakaran untuk juga menarik orang kepada islam. Yang lain-lain anda isi sendiri. hehe.

Dan si satu pihak yang lain juga, Allah juga merancang. Tentunya, Dia sudah menyediakan balasan yang setimpal buat kedua-dua pihak ini di akhirat kelak. Di dunia pula, Dia jugalah yang memastikan barisan para pejuang yang memperjuangkan agama yang diredhaiNya ini merupakan barisan yang terbaik. Cream of the cream. Yang paling ikhlas. Paling suci niatnya. Paling ihsan amalnya. Kerana musuh-musuh agama tadi, tidak berjuang dengan tangan kosong. Mereka punya tekonologi terbaik. Kepakaran terbaik. Kesungguhan yang mengangakan mulut. Sejak dahulu lagi mereka sudah berusaha. Dan mereka tidak pernah putus asa.

Masakan Allah mahu berpuas hati dengan pejuang yang ala kadar, lepak lu sap kok lu?

Yang bermalas-malas, bertangguh-tangguh, berangan-angan? Yang kejap-kejap nak putus asa, nak terjun lombong sebab frust sangat? tsk tsk.

Memang Allah sudah berkali-kali berjanji, Dia akan memenangkan agamaNya ini atas semua agama. Dan sunnatullah lah, atau memang ketentuan lah; yang akan menang, ialah yang terbaik. Lumba lari-yang akan menang ialah yang paling laju. Masterchef-yang akan menang ialah masakan yang paling sedap dan paling cantik lagi menarik. Apa lagi? Biggest loser? Akademi al-Quran? Anda sebutlah pertandingan apapon, yang akan menang, tentunya ialah mereka yang berjaya kalahkan semua yang lain, yang melebihi semua yang lain. Yang mampu buat lebih baik dari yang lain.

Maka, anda beritahu saya, adakah agama ini akan menang kalau mereka yang memperjuangkannya pon, saya, anda, dan siapa saja; tak bersungguh?

Jawapannya: agama ini tetap akan menang. Kerana janji Allah itu pasti.

Yang akan berubah, ialah mereka yang memperjuangkannya. Mereka yang malas, mereka yang cuma tahu berangan tapi tak mahu buat, yang tidak ihsan, akan dikeluarkan. Tersingkir. Disqualified. Diganti dengan mereka-mereka yang lebih baik.

Macam orang bercucuk tanamla. Rumput-rumput menumpang, parasit-parasit semua, akan dicabut. Yang akan dibiar hidup ialah tanaman yang ditanam untuk mendapatkan hasil. Jangan bimbang tentang saf para pejuang agama ini, kerana Allah sendiri akan membersihkannya dari mereka yang tidak bersungguh. Yang tidak lurus niatnya.

“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih

dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Surah at-taubah ayat 39 [9:39]

Telan air liur. Fuh. Menakutkan. Tapi itulah hakikatnya.

Rising_Early_II_by_billyunderscorebwa

[Kredit]
Aku ke yang bakal di cabut? huwaa T_T
.
.

Seringkali, bila saya tidak ihsan dalam kerja-kerja saya, homework cincai boncai, tak hantar assessment ke, belajar tak serius ke, tunggulah. Tak lama lepas tu, mesti akan timbul apa yang saya dah cincaikan tu. Soroklah kat mana pon, tanamlah lubang dalam mana pon, semua tu seolah-olah akan keluar entah dari ceruk mana, supaya saya baiki. Tiba-tiba kena mengaku sendiri tak buat, tak payah orang tanya. Dari cikgu tak kenal jadi kenal. Kena buat semula. Repeat ke. Apa-apalah.

Tapi etlis la niat dah ada. Kalau tak buat tetap dapat satu pahala sebab niat baik. Jegilkan mata.

Kata nak belajar kerana Allah kan. Kata nak belajar sebab tu salah satu cara untuk buat tanggungjawab sebagai khalifah. Maka ihsanlah dengan cara kita bahagikan masa kita, tenaga kita dan duit kita (erm, mungkin juga duit mak ayah kita dan para penaja? kekeke). Ihsan itu, berbuat amal seolah-olah kita dapat melihat Allah, dan kalaupon kita tak mampu nak rasa camtu, sesungguhnya, Allah tu maha melihat kita. Maha mengetahui apa yang kita buat. Dia lebih tahu, sejauh mana kita ihsan dalam amal-amal yang kita claim kita buat untuk Dia.

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,

dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,

lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah at-Taubah ayat 105 [9:105]

Maka, siapa pon kita, di mana jua berada, ihsanlah dalam apa jua yang kita kerjakan, walau apapon. Selagi mahu dikira sebagai jalan kita untuk mendekat kepadaNya, sebagai sumbangan kita untuk agamaNya ini, berlaku ihsanlah dalam amal kita. Kerana Dia takkan rugi kalau kita tidak mahu. Agama ini juga, tidak kehilangan apa-apa, jika kita tidak bersungguh membelanya, tidak berusaha mengamalkan dan menyebarkannya. Di luar sana masih ada jiwa-jiwa lain yang berkobar-kobar mahu memperjuangkannya.

Suatu hari nanti, para pejuang itu akan bertakbir keriangan, dan sujud tanda kemenangan.

Si musuh akan kalah jua, menyesal tak berkesudahan, merintih berpanjangan.

Dan kita, di mana, kalau kita tidak mahu ihsan?

Yang rugi, hanyalah diri kita. Kita yang pilih, amal macam mana yang kita ingin persembahkan.

_ _ _ _ _ _ _

Post pasca terima result exam. Komen saya: Ihsan. I learned it the hard way. Uhuu.

*teringat time tak hantar CAS log dulu. Time tu tak terfikir lagi pasal ni.ehee. Kids.

Misadventure: Reflection

Bismillahirrahmanirrahim

Belajar di sebuah pulau jauh di ceruk selatan ostrolia menjanjikan maacam-macam pengalaman yang orang kat tanah utama (baca: mainland) tak ramai yang dapat rasa. Salah satunya, tertinggal flight. Nak tak nak, dari tasmania kalau nak pegi ke mainland, kena naik kapal terbang. Paling dekat ke melben dalam satu jam lima belas minit(unless you want to spend hours and hours on board a ship to mainland). Dan, satu hari di satu masa dulu tu, saya penah tertinggal flight. Esok kelas da start. Malam ni tertinggal flight. Hari dah malam. Jeng jeng jengg

Sampai da awal da. Tapi barisan panjang. Beratur punya beratur, sampai kaunter

“I’m sorry, we’d just closed the check in counter to hobart six minutes ago”

Baru je tadi dalam line gelak-gelak. And now whaaamm take that! Tertinggal flight? Omagod nak buat ape ni?

Lesson 1: Da tau da kaunter tu akan tutup stricly forty five minutes before departure. Tapi, tak betul-betul bersedia untuk depart. Ya, da sampai awal. Rasa da secure da dapat naik plane dan balik. Tapi tak alert masa beratur. Main-main dalam line. Gurau-gurau, tak denga announcement. Rupanya ada dibukak satu line ekspress untuk flight yang saya tertinggal tu.

Macam tula hari kiamat. Orang yang selama hidupnya lalai, bergembira dengan nikmat yang tuhan bagi, bila tiba-tiba kiamat datang, mata mereka terbeliak. Tak sangka, kiamat yang dirasakan jauh tu kini da depan mata.

“Omagod, da kiamat? Ingat lambat lagi. Nak buat ape ni weh? Aku tak ready sehabuk pon lagi! Boleh tak pusing masa ke belakang, nanti aku janji aku  buat amal elok-elok”

Jangan harap. Peluang diberi hanya satu kali saja. Satu kali. Bukan sikit masa yang diberikan. Bukan tiada peringatan diberikan. Sepanjang hayat kita, kita ada peluang untuk kembali pada Allah. Untuk baiki amalan. Untuk betul-betul buat apa yang Allah suruh kita buat kat dunia ni. Selagi nyawa belum sampai kat kerongkong, kita masih ada peluang. Kalaula peluang yang satu tu dibazirkan semata-mata untuk menyuap nafsu dan keinginan, uishh.. Jangan rasa kita terselamat dari azab seksa akhirat, semata-mata kerana kita lahir-lahir da islam.

Lepas tu, tak dapat nak fikir sangat ape nak dibuat seterusnya. Nak tak nak, beli tiket flight baru. Alhamdulillah dapat tiket baru. Esok petang. Lagi 24 jam tu! Nak buat ape sementara tu? Nak tido mana malam ni? Jadi, konon-kononla..malam tu nak tido kat resting room airport. Buat ala-ala penjara. Malam ni banyakkan baca quran, bedah buku, berzikir. Tak mau tido. Memang tak selesa, ada kerusi dan tempat salin lampin bayi je. Nak amek wuduk pon ade sinki kecik satu. Kononnya nak buat macam Syed Qutb la. Masuk penjara sempat tulis buku. Sempat buat tafsir quran.

Alih-alih, ade kawan call. Suruh tido kat rumah dia malam tu. So, tak jadi masuk ‘penjara’. Pegi restoran halal pastu makan gemuk-gemuk. Sejam lepastu baru bertolak pegi rumah dia.

Lesson 2: Kita hanya merancang, tapi Allah la sebaik-baik perancang. Cliche bukan? Tapi saya rasa tu la lesson terbesar untuk seluruh misadventure ni. Saya da siap plan da, nanti malam ni balik hobart nak buat tutorial, nak baca buku itu, nak buat ini. Sekali, flight esok petang; jadi memang terlepas kelas for the whole day besok.

Lepastu, konon nak stay kat airport 24 jam. Dan penuhi dengan macam-macam amal. Tapi Allah mengkehendaki yang lain untuk saya. Kadang-kadang, kita rasa, tu la yang terbaik untuk kita. Dan kadang-kadang, kita tak suka kat something, sebab kita rasa, benda tu takkan bawak ape-ape kebaikan untuk kita. Tapi, Allah dah kata da dalam quran,

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah al-Baqarah ayat 216 [2:216]

Aww so sweet.

Lepastu, amek bas pegi southern cross station. Dari situ, naik trem pegi rumah kawan saya tu. Perjalanan bas tu ok, naik je la, destinasi dia memang da tetap ke southern cross pon. Part naik trem tu yang haru biru sikit. Kawan saya da cakap da, nanti, amek trem yang pegi ke situ-situ, turun kat situ-situ. Tapi, sebab tak familiar dengan nama-nama tempat tu, dan tak sure kat mana nak turun pulak, akhirnya berhenti kat satu stop tu sebab rasa macam dah salah route. Turun, bukak google map, jalan kaki. Setengah jam berjalan, sampai kat rumah dia. Rupanya, da betul dah trem tu. Cuma belum sampai tempat tu je.

Lesson 3: Time naik trem tu, ragu-ragu akan sampai sebab lain daripada bas tu, yang memang da tunjuk da southern cross tu kat mana, ape rupa dia, berapa minit sampai. Stop trem tu pulak, cuma dibagitau oleh kawan saya tu je. Tak tau ape rupa tempat tu, cuma dapat agak-agak je sebab dia bagi nama tempat tu. Tapi, kawan saya tu memang da biasa naik trem. Memang da tinggal kat situ. Kenapa takleh nak yakin?

Begitulah janji tuhan kita tentang syurga. Macam-macam gambaran Dia bagi kat kita kat dalam quran tentang syurga. Ade sungai madu, sungai susu..pakai sutera, pakai gelang, macam-macam. Dan ape yang kita mampu bayang tu, tak mampu nak menyaingi pon ape yang sebenarnya Dia da sediakan untuk kita kat syurga nanti.

Manusia pulak, memang jenis ‘believe what they see’. Kita tak nampak syurga. Yang benar jelas depan mata kita, jalan ke syurga tu susah. Orang akan ejek. Orang akan buat itu ini kat kita. Kita kena lawan diri. Lawan nafsu. Buat baik kat orang yang kita tak kenal. Kena buat macam-macam, habes macam-macam, semata-mata sebab nak ke syurga yang kita tak pernah nampak pon tu.

Kalau denga pon, macam orang gila! Benda tu takde depan mata pon, kenapa nak susah-susah? Baik seronok-seronok je kat dunia ni, kan nampak jelas ape yang kita dapat kalau enjoy je kat dunia. Buat ikut suka, kan jelas seronoknya?

Sebab itulah, Allah menjanjikan ganjaran yang besar, untuk orang-orang yang yakin, percaya, beriman denganNya, walaupon, mereka tidak pernah melihatNya. Yang yakin, susah payah mereka, penat jerih mereka di dunia, akan dibalas syurga; walaupon, mereka tak penah melihat syurga. Mereka tak dapat membayangkan pon syurga. Mereka mendapat ganjaran yang besar, kerana iman mereka yang ‘ajaib’. Percayakan benda yang takde solid kat depan mata. Cuma percaya dan yakin- beriman dengan janji Allah semata-mata. Dan sungguh, siapa lagi, yang lebih menepati janji, selain daripada Allah?

Favourite part: Jalan kaki sambil pikul beg 7 kilo on a cold autumn night di jalan-jalan yang lebih kurang camni la.

[Kredit]

Ade la beberapa lagi lesson yang saya dapat daripada misadventure ni. Loved the experience and loved what I learned from it. Dan Allah la yang telah  melindungi dan memudahkan segalanya pada masa tu.

———

*alhamdulillah da seminggu abes exam. semoga terisi dengan amal yang mendekatkan kami kepadaMu ya rabb.

Babai kawan :’)

Bismillahirrahmanirrahim.

Awak, selalunye, benda-benda macam ni, saya tak cuai. Jarang saya buat silap camni. Tapi, nampaknye, dah sampai masa untuk saya kehilangan awak. Awak ajar saya tajwid, sebab huruf warna warni tu sangat membantu saya. Pastu, saya cakap kat sorang tu, “kalau quran biasa, mungkin saya tak boleh sangat baca tajwid dengan betul” pastu poof! Allah tarik awak. Saya lupa letakkan Allah dulu. Seolah-olah saya boleh baca dengan adenya awak bukan atas izin dan nikmat Allah. Astaghfirullahal ‘azhim..

Babai awak.. awak da saksikan saya membesar. Awak jadi kawan baik saya dah dekat tiga tahun dah. Saya tak pernah menyesal bersahabat dengan awak dan tak penah malu bawak awak ke sana sini. Terima kasih Allah sebab hantar awak dalam hidup sayaaa 🙂 Saya akan ingat awak sampai bila-bila. Daripada awak bersih dan kosong, saya lekat-lekat sticker kat awak sampai nampak macam pelangi mini*haha* Ade sticker tu dah tak boleh tanggal dah sebab kena air time khemah kita bocor time mukhayyam(camping) dulu. Pastu suke hati je saya keringkan bunga yang saya kutip time last bulatan kat kolej dulu dalam page terakhir awak. Sori awak.

Saya harap ape yang saya dapat dari awak akan melekat kat hati saya. Mungkin saya tak boleh bawak awak dalam beg atau celah butang coat atau dalam hoodie coat saya dah. Tapi saya haaaarap sangat, kata-kata dari Allah yang saya dapat daripada awak, akan sentiasa menerangi dan menghidupkan hati saya yang ada masanya kelam dan hampir mati ni. Saya harap, ape yang saya sempat korek daripada awak, saya dapat amalkan dan kongsi dengan orang lain.

Saya yakin Allah tahu yang terbaik. Saya harap sesapa je yang dapat awak, dapat bersahabat dengan awak dan sayang kat awak macam saya sayang awak,  malah lebih lagi. Kat akhirat nanti kalau Allah tanya awak, “kat dunia dulu, budak ni sahabat yang baik ke kat awak?” Saya doakan, jawapan yang awak akan keluarkan, baik-baik belaka.

Insyaallah saya akan cari pengganti awak, sebab saya rasa tak lengkap tanpa awak. Tapi, awak akan sentiasa jadi quran kesayangan pertama saya :’)

Sori ter hilangkan awakkk.. *kecikkan badan, mata pandang lantai*

*ade sesiapa nak pahala amal jariah tak? Saya suka quran berzip, tajwid colour coded. Terima kasih, moga Allah membalas kebaikan anda.eh* 😛

Outing

Bismillahirrahmanirrahim

Dua orang insan berjalan beriringan menuju ke surau di tempat parking kereta di sebuah shopping complex untuk menunaikan solat zuhur. Kedua-duanye bermuka eksaited sebab baru berkongsi membeli sebuah al-Quran beserta terjemahan yang berbentuk diari berwarna biru cair untuk dihadiahkan kat sorang kawan mereka.

A: Eeee bestnye! Bestkan dapat hadiahkan kat dia nanti. Awak, ce awak bayangkan, nanti dia baca satu huruf pon, kita dapat pahala jugak!

B: Pastu kalau dia tengok makna, karang hati dia tersentuh pastu jadi hamba yang solehah, wahhhh kita KAYAA! Mwahaaaa

mata bersinar-sinar, sorang terbayang akaun akhirat diorang menggunung dengan pahala,

sorang lagi dah terbayang diorang tengah guling-guling kat syurga sama-sama

*kuk! kuk!* <— kena sekeh sorang satu ngan mak cik hidayah (satu-satunya watak bukan orang dalam kesah ni.eh faham ke? :p)

A: Amboi. Kalau kesah pahala macam confirm-confirm je kita dah dapat. Yakin bukan main je dapat pahala..ikhlas belum tentu.

B: Kalau pasal dosa buat-buat lupa..huwaa

#true story

Buat ape-ape, kenalah husnu dzon (baik sangka) dengan Allah. Kerana Allah da kata dalam quran, Dia takkan sia-siakan pahala orang yang buat baik. Maka yakinlah, setiap amal kebaikan akan Dia balas dengan kebaikan. Tapi janganla over confident sampai lupa yang kita ni hanye mampu usahakan, yang decide nak bagi ganjaran ke tak, tu tetap atas pilihan Allah swt.

Dah buat ape-ape, serahkanla pada Allah dengan takut dan mengharapnye seorang hamba yang ikhlas beramal keranaNya. Moga, dengan kasih dan rahmatNya, Allah akan pandang. Dan suka 🙂

*adeh.benjol dah haaa*

-tamat-

Nenek exam hall dan atuk statistik

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. dah habes end of sem exams sabtu lepas..haha rasa macam amek ib lagi skali (=..=”)

Anyways, satu benda yang saya rasa menawik dari pengalaman first exam kat sini ialah..jeng3..

Exam hall tu dijaga sekumpulan nenek-nenek (dan sorang dua atuk)

Yup. Nenek dan atuk. Cam lebih kurang gamba kat atasla. Kagum saya. Kalau kat mesia biasanya yang umur cam diorang dah duduk-duduk rumah, rilek-rilek dengan anak cucu tapi kat sini, waw! Dan selalu jugak nampak atuk nenek jalan-jalan pagi-pagi. Dalam kelas statistik, ade sorang atuk tu slalu duduk depan kitorang, kitorang panggil dia atuk statistik. Markah statistik dia, slalu lebih tinggi dari markah kitorang (atau at least, markah saya). Betapa mereka masih bersemangat untuk bekerja dan belajar. Walaupun usia dah lanjut.

Lagi satu. Kat sini, ada satu jenis iklan yang bila saya first time tengok, ade satu perasaan yang..bercampur. Macam kelakar. Tapi mengharukan. Iklan tu, mempromote pengurusan funeral. Betapa murahlah, senanglah; kalau amek pakej itu ini. “nanti family tak risau lagi” kata atuk nenek dalam iklan tu. Jadi..saya terfikir, agaknya, diorang masih kuat dan rajin kerja sebab tu la kot. 

“Nanti aku mati nanti mahal..baik aku kerja kuat-kuat. Anak-anak aku tak yah risau dah.”

“Aku mati, tinggal harta sket, settle la. Anak-anak happy kat dunia, aku pon da kat heaven.” 

Mereka sangka, mereka sudah cukup kuat bersedia hadapi mati mereka. Mereka sangka, mati itu pengakhiran bagi segala-galanya. Leganya mereka bila banyak dapat mengumpul harta, dapat hidup senang di dunia dan funeral diuruskan dengan bergaya sedangkan, di akhirat nanti.. bukan harta menjadi peneman. Bukan pengurusan jenazah yang menjadi ukuran kebahagiaan di akhirat mereka. Tetapi amal.

Tapi bagaimana dengan amal mereka? Cukuplah dengan mereka, bagaimana amal kita pula?

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan“.

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

Surah al-Kahf ayat 103-105 [18:103-105]

Allahu Allah…

Pernah tak berasa lega yang hari tu kita dah ‘banyak beramal’?

Awal mana kita tunaikan solat

Berapa page quran yang kita baca

Macam mana kita dah buat baik dengan orang tu dan orang ni

Berapa rakaat solat sunat seharian

dan lain-lain.

Kita lapang dada bila teringat yang haritu kita ada amal untuk malaikat tulis. Rasa macam hmm..tulah bekalan aku time akhirat nanti. Tapi, betul ke amalan-amalan tu Allah tengok? Are they even worth that much? Entah-entah, kita je yang perasan amalan-amalan tu akan selamatkan kita time akhirat. Entah-entah..buku amalan kita tu kosong je. Sebab ikhlas dan niat kepada Allah tu takde. Kosong. Nauzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan.

Reflect.

Refresh.

Baiki.

Astaghfirullahalazhim

Kesah di hari-hari terakhir Sya’ban

Bismillahirrahmanirrahim =)

Finally got the time to write up a post..Sejak minggu lepas, saya dibusykan dengan macam-macam borang yg mara nak, sampai ulang alik ke kl beberapa kali..Alhamdulillah semalam dah settle semua..

Sepanjang minggu tu, saya asyik, asyik, asyik rasa yang tahun ni, saya tak merasa nikmat menunggu Ramadhan tiba..kerana kononnya disibukkan oleh hal-hal dunia..sampaikan initially dalam kepala saya post ni akan bertajuk ” Hey dunia! pergi main jauh-jauh!”..tapi..alasan busy kerana dunia sampai tak prepare untuk akaun akhirat macam..sangatlah tak konkrit. Mampu ke saya nak cakap “Ya Allah, aku tak berapa prepare sangat sebab aku busyla” kat akhirat nanti?

Kalau tahun lepas, time ni, saya ingat lagi, saaaangat indah tempoh-tempoh ni. Kitorang semua sangat-sangat menantikan Ramadhan, nak-nak dua tiga hari terakhir Syaaban.. takut sangat tak sempat jejak Ramadhan..sangat-sangat mendoakan agar doa ” Ya Allah, sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan ” tu dimakbulkanNya.

Malam pertama Ramadhan tu, lepas maghrib di hari terakhir Sya’ban, ada orang cakap “Ramadhan Kareem..!” Ada sorang kawan saya menitis air mata sebab kita semua da sampai ke Ramadhan. Dan saya rasa sebak sangat sebab merasakan ada je kemungkinan saya tak sempat puasa subuh esok..ada je kemungkinan tu malam terakhir saya di dunia. Allahuakbar…

Alhamdulillah diberikan peluang sekali lagi untuk menunggu Ramadhan..dan akhirnya, Allah bagi ilham pada saya..Allah mungkin dah tarik nikmat tunggu Ramadhan tu dari saya.. tapi Dia jugak bukak mata saya untuk sedar yang baaanyak lagi nikmat selain tu yang tak sempat lagi saya syukuri..

Saya ada kawan-kawan dan keluarga yang risau untuk saya..yang bersusah untuk tolong saya..

Saya ada peluang untuk belajar, sedangkan ada orang mampu menengok je orang lain berlajar.

“Kesusahan” menguruskan benda ni, yang saya rasakan tersangat la susah, tak sesusah budak-budak palestin yang mungkin terbunuh kalau diorang keluar pergi belajar.

Saya ada banyak kemudahan dan keperluan yang tersedia dan disediakan orang-orang sekeliling saya, yang saya ambik mudah, dan tu jugak adalah nikmat..

Masalah visa  dan conformation letter saya, yang mungkin menyebabkan saya tak dapat fly dengan yang lain, mengajar saya untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, melatih saya untuk bersabar dan bersyukur dengan ape aje yang Dia berikan..Tipu kalau kata saya tak nangis sepanjang buat benda ni. Saya cuma boleh buat apa yang termampu dan mendoakan yang terbaik. Menyedari hakikat yang hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya, membuatkan saya rasa begitu kerdil di sisiNya. Allahuakbar! :’)

Alhamdulillah walaupun lambat sikit selesai, tapi, selesai jugak akhirnye.. Terima kasih Allah = )

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Surah Ghafir (al Mukmin) ayat 60 [40:60]

.

“Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa, kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu, dan (akan dikabulkan) pada waktu yg ditentukan-Nya bukan pada waktu yg ditentukan oleh kamu.”

Syeikh Ibn Athaillah

*Ramadhan Kareem tu maksudnye ‘Ramadhan mulia’. Orang-orang Arab akan sebut benda ni bila time Ramadhan. Jawab kepada Ramadhan Kareem ni ialah “Allahu akram”. Maksudnye Allah lebih mulia..[Sumber]