Mak, saya dah besarlah!?

Bismillahirrahmanirrahim

Masa saya kecik dulu, zaman-zaman sekolah rendah dululah; saya selalu tak puas hati sebab mak saya tak pernah bagi saya masak. Tak pernah bagi saya gosok baju sekolah sendiri. Padahal kawan-kawan saya ada yang dah pandai goreng nasi, masak ikan. Tapi saya, goreng telur pon tak pernah. Takat tolong kacau kuah yang mak tengah masak je.

Pertama kali saya rasa saya memasak ialah bila kami beli ketuhar gelombang mikro masa saya darjah lima. Jadilah. ‘Masak’ sosej dan buat piza daripada roti. Baju sekolah pulak, mak saya yang gosokkan. Setiap hari. Sampailah masuk tingkatan satu. Lepastu, barulah merasa melecur, panas, berpeluh ketiak menggosok baju-baju sekolah dan uniform taekwondo.

Memang tak puas hati. Rasa macam loser. Tapi, emak saya, kalau saya tanya kenapa dia tak pernah bagi, mesti dia ada sebabnya.

Entahkan takut dapur tu meletup sebab saya main api ke (dan memang bila saya di rumah nenek saya dan ‘tolong’ dia masak, saya akan habiskan masa main api dekat dapur arang kayu dia :p) Masa saya sekolah rendah dulu, seterika kami terletak dalam bilik kecil tingkat atas. Pantang ada dalam bilik tu sorang-sorang, mulalah, buat eksperimen dengan seterika. Tuang air atas papan seterika, lepastu lekap dengan seterika panas. Ataupon cairkan lilin guna seterika. Macam-macamlah.

Jadi, tepatlah keputusan emak saya untuk tak bagi saya buat semua tu. Dia lebih kenal dengan perangai anak dia ni. Tau kemampuan anak dia. Maka, dia tak bagi, walaupon saya tak puas hati. Sebab pengalaman dan pengetahuan dia membolehkan dia menilai saya, dan decide untuk tak bagi, walaupon saya rasa, saya mampu.

“Dah besarlah mami, orang lain dah masak seniri dah! Alaahh, iron baju je. Takkan takleh buat seniri?” Tapi dalam hati jelah. ehee.

Nak berdikari lah konon. Rasa dah besar. Padahal benda-benda paling basic pon tak tahu. Paling epik, saya tak tahu pon, yang saya tak tahu! Lagi mau eksyen, tak puas hati. Haish.

Begitu juga, di jalan tarbiyyah dan dakwah ini. Dahulu semasa awal-awal berkenalan dengan tarbiyyah; anda tak tahu apa-apa. Setiap pengisian; membuka mata dan memberi anda pengetahuan dan kefahaman baru. Kemudian, sampai satu tahap; daripada hanya menerima, anda jadi tak selesa jika tak memberi juga. Daripada hanya mendengar, anda sudah punya kemahuan untuk juga menjadi penyampai; berdiri sebaris dengan murabbi-murabbi yang selama ni bersusah payah, berhabis masa dan keringat mentarbiyyah anda.

Sampai satu tahap lagi, para murabbi anda yang sudah tafahum benar dengan anda, tahu ke mana nak mentaujihkan segala logam dan potensi anda tu, tsiqah dengan anda lalu memberi anda taklifan-taklifan da’awi. Mulalah anda jadi tukang masaknya, tukang fotostetnya, si penyampainya ke, atau penyibuk pemeriah majlis ke. Daripada dulu single and available, anda sudah diberi anak-anak usrah. Anda pula bergelar murabbi. Emak usrah. Anda pula merancang program untuk anak-anak usrah anda.

Perkara ini pon berlarutan seberapa lama. Kini, anda duduk sama berbincang dengan murabbi-murabbi anda tentang program. Ke mana hadafnya. Apa projection audiencenya. Bahan prerequisite yang audience pernah lalui. Korek modul, bedah buku, selak tafsir itu ini. Mula-mula dulu, anda ikut menyibuk je dalam syura. Dengar dulu, nak ambil pengalaman; kata murabbi. Sekarang, mungkin andalah mc nya, entah-entah andalah amirah program itu.

Itu antara corak tumbesaran yang normal di jalan ini. Jika anda terselamat dari serangan-serangan syaitan yang membisikkan yang bukan-bukan ke telinga anda, terselamat dari dzan-dzan buruk dan ujian yang bertimpa-timpa, satu hari nanti, anda akan dapati anda sudah pon tua, bertongkat tapi masih lagi menjelajah ke seluruh dunia memberi taujihat kepada kader-kader baru di jalan ini.

Namun, setiap perkara, pasti ada alternate endingnya. Kalau tidak buruk, baik. Kalau tidak baik, buruk. Di pertengahan jalan pon, yakni di mana anda berada sekarang ini pon… Boleh jadi, ada perkara yang tidak kena…

Di antara anda, ada yang merasakan sesuatu yang anda tidak puas hati. Anda baru jee pon terlibat dalam gerak kerja da’awi ni, hijau lagi, belum lagi menjadi ‘syuyukh bertongkat’ macam gambaran di atas. Tapi anda… Perasan sesuatu.

Pehal kakak-kakak ni macam tak cerita semua benda? Apasal ada syura aku tak diajak sekali?

Aku dah bawak usrah dah kot? In fact, aku antara orang yang awal masuk usrah ni. Aku yang ajak kawan-kawan aku. Aku yang tarbiyyah diorang. Aku bukan adik lagi.

Aku bukan adik lagi.

Astaghfirullah.

Bagaimana boleh jadi begini?

Ini ke yang dapat dalam usrah? Eh.

baby-facepalm

[Kredit]

Aduuhh kenapalah diorang layan aku cam budak kecik lagi ni? Aku nampak macam budak kecik ke haaa?

Jalan dakwah ini, panjang. Paaanjangg. Di atasnya, berbagai-bagai ujian. Jalan ini susah. Ia bukan untuk orang manja, semua mahu disuap. Bukan untuk orang yang bermalas-malasan dan selesa bergelumang dengan jahiliyahnya. Bukan untuk orang yang merasakan tak mengapa beringan-ringan dalam mujahadahnya.

Bukan. Tidak sekalipon begitu.

Yang malas akan ketinggalan. Para murabbi berkejaran memenuhi tuntutan mutarabbi-mutarabbi yang kuantitinya jauh melebihi kuantiti murabbi. Apa, anda ingat anda saja kelaparan?

Yang penuh dengan jahiliyyah, tahu salah tapi tidak berusaha meninggalkannya akan tertapis. Mana mungkin para pejuang agama Allah boleh dibiarkan berjalan dengan jahiliyyah seolah-olah tertampal pada dahinya. Pasti akan dibersihkan.

Yang beringan ringan dalam mujahadahnya, akhirnya akan kefuturan; kerana syaitan itu menunggu-nunggu saja saat insan itu kalah dengan dirinya sendiri. Akhirnya keciciran.

Anda pon tahu itu.

Dan hei, kata anda. Anda telah melaluinyalah!

Tabiat jalan yang susah ini, yang keras ini, kadangkala ada kesan sampingan pada para pejalannya. Sebahagian kecil para pejalannya itu, yang sudah teruk bertubi-tubi dilanda keperitan dan ujian; setelah berjaya mengharungi semua itu dan akhirnya terselamat; berasa bagus terhadap dirinya.

Rasa anda besar, otai dan sudah lama di jalan dakwah.

Rasa berjasa kerana diri anda antara ‘sabiqun al-awalun’ di waqi’ anda.

Rasa seperti jika tiada anda, mad’u anda mungkin tidak ada di mana mereka berada sekarang.

Rasa dah banyak berhabis, bermatian dan berpenatan; “nasib baik sekarang masih hidup dan aku masih tsabat.”

Rasa sudah jauh berlari, sehingga anda rasa; mereka yang dulu di belakang anda masih lagi ketinggalan di belakang anda dan anda pula masih yang paling terkedepan. Kalau dulu anda pernah jadi naqibah, atau mas’ulah, atau amirah, ape-apelah; bila sampai waqi’ baru anda masih rasa anda sudah cukup ‘kakak’, dan ‘adik-adik’ anda dulu masih ‘adik’ lagi forever.

Rasa sudah banyak bekerja, sudah banyak tahu, banyak faham, sehingga anda merasakan, murabbi-murabbi anda sepatutnya acknowledge kedudukan anda.

Saya bukan budak kecil lagi. Saya sudah patut tahu itu. Tahu ini. Akak patut sudah bagitahu saya ini.

Kenapa saya belum dapat pengisian buku itu? Benda yang kita cover dalam usrah ni basic lah mak naqibah terchenta! Saya laparr dan kerringg dengan kebasic-an nya!

Anda di kedudukan anda sekarang, dengan mutabaah amal anda sekarang; pastinya tahu kisah Musa dan seorang hamba Allah yang soleh yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi ayat 60 hingga ayat 82. Jika tidak kerana membacanya setiap Jumaat pon, pasti paling lama pon dua hari daripada sebulan yang anda ambil masa untuk khatam quran itu; anda pernah membacanya. Kalau tidak, mungkin anda belum patut membaca post ini. Heh.

Surah Kahfi terbahagi kepada empat kisah, dan salah satunya memaparkan kisah Nabi Musa ini. Ada kisah Nabi Musa yang diceritakan beberapa kali dalam bahagian-bahagian lain dalam al-Quran, seperti kisah Nabi Musa bertemu Firaun, pertemuannya dengan Allah, tetapi kisah Nabi Musa bertemu hamba Allah yang soleh ini, hanya diceritakan dalam surah al-Kahfi.

Dalam kisah ini, Nabi Musa ingin berguru dengannya; kerana dia telah diajarkan Allah ilmu yang tidak diajarkan kepada Nabi Musa.

Awal-awal, dia sudah menolak. Katanya; Kau takkan mampu sabar; sebab kau belum tahu. Namun, setelah didesak Nabi Musa, dia bersetuju, tapi dengan syarat Nabi Musa takkan bertanya sebelum masanya tiba untuk hamba Allah yang soleh ini sendiri yang menceritakan.

Anda pon tahu bukan, bagaimana pengakhirannya. Nabi Musa tidak mampu sabar.

Begitu juga, anda dan murabbi anda. Ada perkara yang mereka buat, yang anda tak faham pon kenapa perlu mereka buat macam tu.

Ada perkara yang mereka takkan beritahu anda, sekuat mana anda mendesak mereka sekalipon. Cukup ditepis dengan senyum atau emotikon sengih dengan mata bentuk hati saja pertanyaan-pertanyaan naif anda itu.

Jadilah baik macam mana sekalipon dengan mereka, masak lah apa pon yang murabbi anda suka, rasuahlah dengan apa sekalipon, ada benda yang memang murabbi akan simpan kemas-kemas dari pengetahuan anda.

Mengapa?

Kerana mereka tidak mahu menjadi al-mutahammisunal muta‘jiluw yang dikatakan oleh Hasssan al-Banna dalam risalahnya Muktamar Kelima. Beliau dengan tegas mengingatkan kita, bahawa beliau tidak akan bersama golongan ini, yang terlalu gopoh hendak memetik buah yang belum masak sebelum waktunya.

Hendak memberi komitmen pon anda struggle, takkan mereka sudah mahu memberi taklifan-taklifan da’awi yang besar kepada anda?

Fikrah asasi pon anda belum kuasai, takkan murabbi sudah mahu menyumbat anda dengan fikrah tambahan pula?

Baru bagi satu dua pengisian, kemudian sudah merungut penat atau bising hebohkan pada orang yang anda sudah buat kerja. Kan lebih masuk akal untuk murabbi meng-ilaj atau mentazkiyyah anda dulu, bukan memberi anda tugas baru?

Anda nak pergi program yang murabbi sediakan untuk anda pon liat, adakah tepat jika mereka mahu libatkan anda dalam syura perancangan program pula? Hatta audiencenya sekadar ‘adik-adik baru di bawah anda’ sekalipon.

Kerana anda belum layak. Bukan di tempat anda untuk berada di situ.

Ibarat muntalaq pon tak tahu apakah makhluk itu? Sudah mahu menuntut murabbi memberi pengisian dari kitab al-Masar kepada anda. Memang taklah.

Tarbiyyah itu salah satu daripada ciri-cirinya, mutadarrijah. Sudah lepas satu, baru datang satu. Berperingkat-peringkat. Bukan suka hati sayalah saya nak bagi apa, dia suka bahan camtu, saya bagilah. Tidak sama sekali.

Ada sebabnya murabbi anda belum memberitahu anda perkara tertentu, atau anda tidak diberi tugasan tertentu, atau anda tidak diajak ke program tertentu, atau tidak dilibatkan dalam syura tertentu. Ada sebabnya. Mereka lihat anda belum bersedia, jadi mereka perlu persiapkan anda dahulu.

Jika mereka gopoh, dan memberi anda apa yang anda mahu, padahal anda belum bersedia, akan jadilah malapetaka. Anda tidak akan mampu sabar. Datang ujian, anda mudah mengalah kerana tiada driving force yang lahir dari kefahaman yang mantap yang sepatutnya lahir sebelum anda diberi taklifan itu.

Anda tidak lagi faham sepenuhnya, tetapi disuruh buat, lalu anda buat dengan terpinga-pinga. Buat tanpa kefahaman. Padahal, manhaj kita bukan untuk melahirkan rijal yang beramal semberono, tapi rijal yang beramal dengan basirah! Jelas dengan apa yang dibuat, kenapa dan ke mana hala tujunya!

Anda ingat murabbi anda tidak mahu ke tengok anda laju?

Adalah menjadi cita-cita setiap murabbi untuk melihat mutarabbinya berada seangkatan dengannya malah berdiri lebih tinggi dari dirinya sendiri.

Anda ingat mereka tidak penat, banyak perkara kena perlahan-lahan, ikut step, bersabar?

Benda ini bukan perkara kecil. Membina manusia bukan seperti buat tom yam, campak saja, kemudian letak kiub dan daun limau sudah sedap. Mereka mahu membina anda supaya anda mampu membina manusia yang mampu membina manusia yang mampu membina manusia (yang mampu membina manusia. the list goes on till infinity.)

Jadi mereka tidak boleh gopoh. Bangunan yang hendak dibina bukan pondok jaga pakai plywood tepi jalan tu. Tapi mahu membina bangunan islam. Dan batu-batunya afradul muslim yang mantap muwasofatnya, yang ditarbiyyah dan didakwah dengan susah payah. Ini bukan perkara main-main!

Maka, anda yang sudah menyahut seruan mereka ini, yang berjanji mahu jadi para penegak agama Allah ini, yang bercita-cita mahu berada seangkatan dengan para pembina manusia ini, perlulah bersabar. Bersabarlah. Bukan sekadar bersabar dengan ujian, tapi juga bersabar dengan perancangan tarbiyyah yang dijalankan murabbi anda untuk anda.

Anda mungkin sudah bergelar murabbi. Tapi anda juga masih merupakan mutarabbi kepada murabbi anda. Mereka sedang cuba sedaya upaya membesarkan anda. Ada masanya, mereka berlapar (literally atau figuratively) supaya anda kenyang. Kadangkala, hak mereka sendiri terabai, semata-mata untuk memastikan hak anda terpenuhi. Bersabarlah.

Mungkin anda rasa anda sudah tahu banyak, faham banyak, dan murabbi anda terlalu perlahan dalam mendidik anda. Ingatlah, sepatutnya, makin banyak yang kita belajar, makin banyak kita sedar yang kita tak tahu sebenarnya. Bukanlah sifat seorang mukmin untuk berasa besar dengan apa yang dia ada. Malahan, para tabiin, para ilmuwan islam, yang ilmunya dan kefaqihannya jauh menggunung dari kita, begitu tawadhuk, walaupon bila berhadapan dengan orang awam yang tidak berilmu sepertinya.

Ke mana hilangnya sangka baik, cinta sesama mukmin, berlapang dada, yang anda terkesan benar masa di awal tarbiyyah dulu? Jangan kata ujian dan kesusahan telah menanggalkan itu semua dari anda. Para sahabat radhiallahu ‘anhum yang berganda ujiannya, begitu mantap dengan kesemua itu hingga ke akhir hayat mereka.

Bersabarlah. Antara kunci kepada tsabat ialah sabar dan taat. Bukan banyak mana yang kita tahu dan amal apa yang kita buat. Ya, mungkin anda lebih dahulu mengenal tarbiyyah dari orang lain. Anda dahulu yang bersusah, orang lain makan hasilnya senang-senang je. Janganlah biarkan syaitan mencampakkan rasa riak dan ujub itu ke dalam diri anda sehingga akhirnya amal-amal itu pon musnah.

Anda mungkin rasa anda sudah lama, tetapi hakikatnya, lama atau tidak kita di jalan ini, tidak menjamin pengakhiran kita masih di jalan ini. Dan lagipon.. Ehee. Kalau kita katakan kita sudah lama, saya pasti para syuyukh akan tergelak besar mendengarnya. “Apa? Lama di jalan ini? Ulang sekali lagi boleh?”

Bersabarlah. Jadilah seperti seorang anak kecil yang tidak sabar menunggu hari esok dan sentiasa bergembira dan menerima apa yang dia pelajari pada hari itu. Akan tiba satu hari nanti, anda sendiri akan menggelakkan diri anda yang terburu-buru hendak cepat besar ini.

Sebelum ia menjadi barah, ubatilah, rawatilah.

_ _ _ _ _ _

Moga Allah redha. Sengaja menggunakan kata ganti nama anda. Setiap perkataan yang ditujukan kepada sesiapa saja, tak kiralah anda, kamu, saya, kita atau mereka, telinga ini terlebih dahulu bergema dengannya.

*Sambungan Biar betul kau ni #1 dah ada. Saja tak nak publish. Sebab belum tulis. ahaha

Bebaskah?

Bismillahirrahmanirrahim

Pada suatu masa itu, lebih 1400 tahun lalu, seorang wanita, hamba. Diikat di hadapan anak terchenta. Tangan dan kaki ditarik-tarik dan diregangkan jauh-jauh. Disuruh meninggalkan agama barunya. Disuruh menghina tuhannya dengan mengakui,”Allah bukan tuhan! Tetapi Hubal adalah tuhan, atau Manat adalah Tuhan, atau ‘Uzza, atau  Latta adalah tuhan.” Tidak! Sekali-kali tidak! Tiada tuhan selain Allah. Hanya Allah! Maka syahidlah dia, disaksikan anaknya.

Pada suatu masa itu, lebih 1400 tahun lalu, seorang lelaki, hamba. Dikeringkan di tengah padang pasir, di bawah terik. Disebat. Berkali-kali. Dicerca. Berkali-kali. Disuruh meninggalkan agama barunya. Disuruh menghina tuhannya dengan mengakui ada tuhan selainNya. Namun, sekalipon batu panas lagi berat menghempap dada, lidah beliau tak pernah kelu, untuk berkata “Ahad! Ahad!” Tiada tuhan selain Allah. Allahu Ahad!

Pada suatu masa itu, lebih 1400 tahun kemudian. Seorang gadis di tanah yang merdeka, merenung-renung stok pakaiannya. Sudah lama terbeli t-shirt itu, sudah berbulan usia tudung ‘baru’ itu. Namun dirinya tidak sanggup memakainya, walau hatinya meronta-ronta mahu memberikan yang lebih baik untuk tuhannya. Ya, dia tahu pakaiannya tidak sempurna, sebab itu dia membeli t-shirt dan tudung itu, yang lebih labuh dari pakaian biasanya. Tetapi oh! Tak sanggup rasanya, apa yang mereka akan kata, samakah layanan mereka jika tiba-tiba dia berpakaian sebegitu? Ah. Nantilah.  Bam! Pintu almari ditutup. Alangkah! Jika ia mampu berkata-kata, mungkin pedas juga telinga si gadis itu mendengarnya! Alangkah!

_ _ _ _ _ _ _

Ya, mereka hamba! Hamba sahaya. Buat kerja sampai separuh nyawa, tapi tak diberi upah. Diberi makan pon mujur. Tido tidak di katil, tapi mungkin di bangsal, dengan kuda, dengan unta, kotor, panas. Bukan seperti kita, hendak makan buka peti sejuk da boleh kenyang. Hendak tido, katil sampai penuh dengan bantal, selimut, plush toys bagai. Heater blanket. Sleeping bag. Bukak heater lagi. Itu kalau winter. Kalau summer, jangan ceritala tentang kipas dan air-cond.

Mungkin, manusia lain memandang mereka sebagai hamba. Ya, badan mereka hamba! Disuruh bekerja, mereka bekerja. Biar penat, biar lelah, asal kerja siap. Kalau tak, teruk kena belasah. Badan mereka hamba. Tetapi jiwa mereka tidak! Bebas! Bebas bagai burung di langit biru sana!

Dan kita. Kita merdeka. Takde manusia boleh layan kita seperti mana mereka dilayan. Takde manusia boleh paksa kita kerja separuh mati tanpa sesuap makan pon. Takde! Kita rasa kita bebas. Tapi bebaskah kita? Kita tau Allah suruh buat mende tu, tapi, sebab takutkan orang kata apa, kita sanggup tak buat. Sanggup ingkar perintah tuhan kerana takut cercaan makhluk. Bebaskah kita?

Mereka akan bunuh kita ke kalau kita ikut perintah Allah? Mereka akan sebat kita? Akan hempap batu panas? Akan seksa kita? Apa alasan kita di hadapan Allah nanti?

Di Mesir sana. Di Syria sana. Di Palestin sana. Mereka tidak buta. Mereka tidak bebal. Mereka tahu, kena peluru boleh mati. Kena pukul boleh sakit. Tapi kenapa mereka berdegil jugak tunjukkan penentangan mereka? Diam-diam dalam rumah kan lagi selamat? Kenapa mereka sanggup sakit, sanggup mati?

Kerana, mereka tahu, siapa tuhan. Dan mereka tahu, siapa mereka. Mereka hamba Allah. Bukan hamba as-Sisi, bukan hamba Assad, bukan hamba Zionis, bukan juga hamba Hubal, Manat, ‘Uzza, Latta, Che Kiah potpet atau Pak Cik Meon sebelah rumah yang suka mengata.eh.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?

Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Surah al-Jathiyah ayat 23 [45:23]

Apa yang kita rugi, kalau manusia di seluruh bumi ini menghina kita, tapi Allah memuji-muji kita di hadapan seluruh malaikatNya?

Apa yang kita dapat, kalau manusia di seluruh bumi ini memuji kita, tapi Allah menghina kita, malahan melaknat kita di hadapan seluruh malaikatNya?

Siapa yang hendak kita puaskan?

Hawa nafsu kita?

Orang sekeliling kita?

Atau Allah semata-mata?

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?

Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”

Surah at-Tin ayat 4-8 [95:4-8]

Bebasnya manusia itu, bukanlah bila ia tak berada dalam cengkaman penjajah. Bukanla merdeka itu bila tertulis dalam ic mereka warganegara bebas. Bebasnya manusia itu, bila ia tidak hidup untuk makhluk lain, bila tidak bertuhankan selain Allah. Bila manusia itu bebas dari perhambaan sesama makhluk, saat itulah ia merdeka.

Maka, sudah bebaskah kita?

_ _ _ _ _ _ _

da lama tak menulis. rasa beremosi pule. ehe.

aman tanpa perang

Question mark #3

Lebih baik baca post-post ni dulu insyaallah supaya tak tertanya-tanya hei ape ni wat isyitoking abaut 😛

Question mark
Question mark #2

Bismillahirrahmanirrahim

Saya yakin, sejak lahir, dah banyak benda yang kita dah buat. Dah banyak, atau ade certain keinginan-keinginan kita; dah kita capai. Macam-macam dah kita buat. Kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira. Ade masa kita berjaya, dan ade masanye, kita gagal. Dari seorang anak kecil yang polos, sekarang kita dah pon cukup besar untuk memikirkan hala tuju hidup kita. Ape yang kita nak dari hidup kita atas muka bumi Allah ni, ape yang kita nak capai sebelum mati, dan sebagainya

Maka, pernah tak, kita tanya diri kita; soalan ni: Apa tujuan hidup saya?

“Saya tak nak ape-ape, cukupla dengan sorang isteri yang taat dan solehah, mercedes dua bijik dan banglo 3 tingkat cukupla.”

“No komenla bro.”

“Tujuan hidup? Mestilah untuk berseronok! Woohooo!”

“Saya nak jadi saintis yang berjaya dan berbakti kepada agama dan negara.”

Yang last tu. Pernah jadi tujuan hidup saya. Semua yang saya buat sejak kecik, saya tujukan ke arah tu. To be the best scientist I can be, and very rich at that. Of course, some of the money will be used for the benefit of Islam. I am, after all, a muslim, kan? Macam tula yang saya fikir dulu.  Saya pon belajarla rajin-rajin, baca buku, angan-angan, semua saya niatkan ke arah nak jadi saintis berjaya tu.*kedengaran nerd jugakla saya dulu.ahah* Bayangkan, kalau…saya mati sebelum saya dapat capai tujuan hidup nak jadi saintis tu. Maksudnya, saya mati tanpa memenuhi tujuan hidup saya la kan? Sedangkan, seluruh hidup saya dah dihabeskan untuk tu. Masa saya, tenaga saya, harta saya, semuanya sekali habes macam tu je. Maka saya mati dalam keadaan, tak berjaya capai tujuan hidup saya. Nak buat balik semula, hidup di dunia hanya sekali. Macam rugi sangat kan?

Sebab tula, Allah yang maha pengasih, dah pon bagitau kita, ape sebenarnya tujuan hidup kita. Dia takde la cipta kita, campak kat bumi pastu biar camtu je tanpa panduan.. Dia takkan biarkan kita merugikan diri sendiri. Ade something yang kena kita buat kat bumi ni, sebelum kita kembali bertemu denganNya di akhirat nanti.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

“And I did not create jinn and mankind except to worship me”

Surah adz-Dzariyat ayat 56 [51:56]

Worship:menyembah. kalau tengok malay translation lain, ade yang tulis ‘beribadah’ tu as ‘mengabdikan diri’, macam menyembah jugakla; sebab kita memperhambakan diri kepada Allah. Menyembah Allah tu, tak terbatas untuk solat, baca quran, puasa, pegi haji je. Bukan jugak sekadar bagi sedekah dan sumbangan kat orang miskin. Tapi menyembah Allah tu, ialah meletakkan Allah sebagai puncak kecintaan kita. Setiap yang kita buat, kita buat kerana Allah suruh, sebab Allah suka. Bukan sebab nak orang puji, atau nak balasan something dari orang. Tapi mengharapkan balasan pahala dan redha Allah saje, semata-mata. Time sedap tido, tiba-tiba, azan bunyi. Mana kita pilih, solat ke, sambung tido? Time dapat makanan favourite kita yang dah tiga tahun tak jumpa, tiba-tiba datang kawan kita yang tiga hari tak makan. Sanggup tak kita bagi dan banyak mana sanggup kita bagi sebab nak Allah sayang kita sebab buat baik kat makhluk dia yang lain?

Indeed, ape-ape yang kita niatkan kerana Allah, kita dapat pahala ibadah kerana Allah biidznillah(dengan izin Allah). Tapi, niat tu, bukanla setakat baca dalam hati :sahaja aku buat itu ini kerana Allah. Lebih lagi. Sampai niat kerana Allah tu jadi driving force kepada action kita. Contohnya, mak kita mintak tolong beli sabun Tia Amelia kat kedai Che Peah. Dan kita pon tengah santai dan sangat free, takde kerja langsung. Kita pon niatla sahaja kita tolong mak beli sabun Tia Amelia kerana Allah dan  kita pon pegi kedai. Tetiba kedai Che Peah tutup pulak, sedangkan kalau nak cari sabun Tia Amelia tu kena pulak pegi kedai lain sejam perjalanan dari situ. Haaa, sejauh mana kita sanggup bersusah, kalau benar niat kita nak tolong mak kerana Allah? Nak terus balik lepas kedai Che Peah didapati aiseyman tutup pulak? Atau usaha cari lagi kedai lain? Kalau benar niat kita kerana Allah, kita sanggup bersusah sampaila tercapai ape yang kita niatkan kerana Allah tu.

Kita ni..hamba je. Tapi..selama yang kita dah hidup ni..Action kita, kata-kata kita, perasaan kita, fikiran kita..betul-betul menunjukkan tak yang kita ni selaku hamba kepada Allah. Taat ke atau derhaka ke kita ni dengan suruhan Allah.. patuh ke, sombong ke kita selama ni dengan ayat-ayat Allah..

Setiap yang bernyawa akan kembali menemui Khaliqnya (penciptanya). Dan Pencipta itu telah pon bagitau kita, untuk ape Dia cipta kita. Rugilah, kalau kita bertemu kembali denganNya dalam keadaan tak memenuhi tujuan penciptaan kita. Ibarat mentol yang tak lulus sirim, nak guna tak boleh, baiki tak boleh, maka dibuang saja. Sampah. Nauzubillahi min zalik (kami berlindung dengan Allah dari yang sedemikian)

*tamat* alhamdulillah

Question mark #2

image

Bismillahirrahmanirrahim

Goddd, adekah…saya seorang robot?

jeng jeng jengggggg

Hari-hari buat benda sama. Rutin. Bila bosan buat rutin pegi berseronok kejap- shopping, lepak kat mall sana sini, ape-apelah! Tapi bila balik daripada berseronok kebosanan tu datang lagi.

Sekeliling saya, ramai orang rajin berusaha. Rajin bekerja, gigih belajar. Masing-masing dengan rutin hariannya tersendiri. Keluar awal pagi, balik lewat petang. Hujung minggu berehat bersama keluarga. Ade yang belajar untuk exam sampai sanggup tak keluar bilik, sampai tak makan seharian pon takpe. Sekali sekala untuk release tension, keluar pegi taman main buai; tak pon layan movie.Tapi, semua ni untuk ape? Why do you bother to work so hard anyway?

“Cari rezeki halal la, bagi makan anak isteri ..”
“Untuk mencapai cita-cita saya, saya akan berusaha gigih dan sanggup bersusah payah, hingga saya sampai ke puncak cita cita saya!” *mata bersinar-sinar, asap keluar dari idung*

Sampai bila? Katakanla berjaya hidup kaya raya bersama isteri dan anak terchenta, atau, dah capai cita-cita, then what? Hidup kita terhenti? Ade director cakap “Cut!! Good job u olls!” ?

No, life goes on..selagi belum sampai ajal, kehidupan akan terus berjalan. Dan berjalan..dan berjalan. Dah berjaya capai cita-cita, gaji dah sampai maksimum, anak isteri pon da cukup makan pakai bagai, sekarang nak buat ape? Haa..ce pikir jap.

Jap eh…

.
.
.
.
.

Entah?
.
.
.
.
.

Sebenarnya, saya hidup untuk ape ek? Tak kan untuk tu je saya hidup?
Lahir, besar sikit belajar, pastu habes belajar start kerja, sampai masa kawen; pastu dapat anak. Sampai ajal meninggal..innalillahi wa innailahi rajiun (daripada Allah kami datang, kepadaNya kami kembali)….

Untuk tu je?

.
Untuk tu je ke?
.

(0_o) ?????!!

*bersambung*

 

Sambungannye di sini –> Question mark #3

Question mark

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnye…
Kenapa saya kat muka bumi ni?

Kalau cam pepokok tu, ade kat bumi untuk bagi oxygen. Pastu jadi makanan haiwan herbivor dan manusia. Kalau haiwan, untuk jadi makanan manusia, dan haiwan lain. Pastu walaupon dia makan pepokok, nanti bila haiwan tu mati, dia jadi baja. Boleh pokok tu membesar dengan nutrients dari haiwan tu.

Tapi, kalau manusia cam saya ni..nak bagi oxygen, memang tak mungkinnnn. Nak jadi makanan haiwan, mana ade manusia waras pegi volunteer offer jadi makanan haiwan…tukang makan haiwan dan tumbuhan adelah, sampai jadi obesiti pon ade. Macam manusia je yang paling tak berguna antara tiga tu. Hmm…langsung takde paedah kat makhluk lain ke saya ni? Saya ade kat bumi ni untuk ape sebenarnya?

Lebih daripada separuh hidup saya, dah habes untuk belajar. Dari umur 5-6 tahun sampaila sekarang da masuk dua puluh, tak pernah berhenti nak kena belajar. Pegi tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, uni..usaha kuat-kuat, belajar rajin-rajin nak jadi pandai. Kalau pandai nanti dapat kerje bagus. Hidup kaya raya. Bahagia di dunia. *Wootwoo*

Dan saya usaha jugak untuk bahagia akhirat tau (berbunyi sedikit riak di situ) Tapi…rutin tetap rutin..lama-lama, saya bosan. BOSAN. Hari-hari buat benda sama.

bangun tido
solat subuh
makan
pegi kelas
solat zuhur
makan
rehat
solat asar
buat homework
makan
solat maghrib
tengok tv
solat isyak
tido

Esok ulang. Lusa ulang lagi. Pastu ulang lagi. Ulang lagi. Lagi ulang. BO-SANN… Jujur saya cakap. Bosan tau ulang benda sama hari-hari. Sebenarnya, saya wujud kat bumi ni untuk buat benda sama je ke hari-hari? Ape tujuan saya solat semua tu? Kenape nye saya nak kena solat, nak kena puasa, nak baca quran semua tu? Sejak kecik saya belajar, solat dan puasa tu wajib untuk semua orang islam yang baligh, berakal dan merdeka. Tapi, saya rasa, bila buat benda sama hari hari, macam sebijik robot.

Katela ade sebijik robot. Dia diprogram untuk pusing keliling bilik. Kalau ada habuk sedut. Kalau takde sambung pusing. Pastu bateri dia tahan dari pagi sampai petang je, jadi dia kena charge dari malam ke pagi. Hari-hari, pagi-pagi dia start round bilik. Pusing-pusing keliling bilik tu sampai petang. Bila petang, bateri dah nak habis, dia pon pegi recharge. Pagi esok bateri penuh, dia pon pusing lagi..petang dia recharge. Esok pusing lagi, macam takde arah tuju. Seolah-olah dalam kitaran yang bod[censored]

Saya rasa sebijik cam sebijik robot tu. Cuma tukar nama robot dengan word “saya”.
Pastu fill in kerja robot dengan “rutin saya”. Perfect match?

Godddd, adekah…saya seorang robot?

jeng jeng jeng

*bersambung*

**hehe bagi yang rasa post ni macam familiar, yup, this is a remake of the ‘is that oll’ series yang saya pernah tulis dulu. Tengs semua atas sokongan anda (^-^)\/

Sambungannye di sini –> Question mark #2