Pasar malam juga ada kesah tahu?

Bismillahirrahmanirrahim

jugglingknives

[Kredit]

Pada suatu petang, anda sedang seronok melihat-lihat juadah beraneka rupa di sebuah pasar malam sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa yang berbau seperti ayam golek dan sate bila tiba-tiba, anda terdengar;

“Marii marii adek kakak abang pacik macik kachak bergaya chantek rupawan sekalian. Mari dekat, mari dekatt haa. Maaari dekat”

Eh. Macam menarik. Mamat ni nak buat ape?

Di tengah-tengah pasar malam itu, sudah mula ada bulatan manusia mengelilingi seorang pemuda dalam usia pertengahan 20-an. Peniaga-peniaga pasar malam di sekeliling kawasan itu yang teringin nak tahu ape benda tu tapi tak boleh sebab kena jaga kedai, terjingkit-jingkit dari kedai masing-masing.

Pemuda itu bersuara lagi,

“Haa..semua marii dekat, nanti tak nampak. Kat tangan saya ada pisau cap Kelapa Laut yang terbukti cukup tajam untuk belah sebijik durian dengan sekali hayun. Haa tengok ni”

Wahhhh. Semua penonton kagum tatkala pemuda itu membelah durian dengan pisau sebesar tapak tangan tu. Sekali hayun je. Tanpa perlu angkat tangan tinggi pon.

“Haa hebat an? Tapi tujuan saya, bukan nak promote pisau ni. Saya nak promote diri. Eh. Sekarang saya nak demo sikit. Nampak gadis tu? Dia adik saya by the way. Atas kepala dia ada tembikai. Sekarang tengok saya baling pisau ni, tepat tak kena tembikai tu..”

Sik logik! getus anda dalam slang sarawak, terpengaruh dengan roomate anda di kolej, barangkali. Ye ye je mamat ni. Tak logik ah.

“Hiyah!”

Wah.  Anda hampir tak percaya mata kepala anda sendiri bila pisau itu dengan tepatnya tercacak  di tengah-tengah tembikai itu. Gadis itu tertawa melihat mulut-mulut hadirin yang terlopong, termasukla mulut anda.

“Cool an? an? Haa sekarang tengok ni pulak. Adik, epal pulak bak mai.”

Kini sebijik epal merah pula berdiri atas kepala gadis itu.

“And one, and two, hiyah!”

Sekali lagi, mulut anda terlopong saat pisau itu tercacak di tengah-tengah epal itu.

Fuh. Betul la. Boleh tahan hebat mamat ni. Adik dia sikit pon tak kena. Anda mengangguk-angguk sorang-sorang, kemudian berhenti kerana tersedar yang macik sebelah anda sedang melihat anda.

“Okayy. We saved the best for last. Adik, bak mai buah angguq!”

Oi. Siyes li? Anda pulak yang berdebar. Sebijik angguq bukan besaq. eh terikut pulak slang mamat ni. Sebijik anggur bukan besar. Sekali miss, uii. Anda yang belum seratus peratus yakin dengan kehebatan pemuda itu menelan air liur. Peluh menitis di dahi.

“One, two..”

Anda rasa nak tutup mata je. Tapi nak tengok.

“Hiyah!”

Zup! 

Tepat di tengah tengah bijik anggur tu.

Macik di sebelah tiba-tiba je mencuit bahu anda. “Dik, tutup mulut. Besar sangat tu terbukak.”

Wah, masya Allah hebatnya, betul la mamat ni hebat. Fuh. Hadirin lain mula bertepuk tangan. Anda pon turut sama bertepuk tangan, kagum. Yang menghulur duit seringgit dua ringgit pon ada, tapi anda tak join la. Kini anda benar-benar sudah percaya dengan kehebatan mamat ni. Kalau ada TV3 datang interview, anda rela bagi testimoni betapa hebatnya pemuda itu membaling pisau.eheh. nak femes aje.

Fulamak. Cool cool.

“Okei. Sekarang, ada seprais. Ada tak antara adek akak abang pacik macik  yang volunteer nak jadi target seterusnya cam cik adik manis saya tu?”

***

Haa.

Bagaimana?

Kalau ini benar-benar berlaku pada anda, beranikah anda hendak tampil dan jadi sasaran pemuda itu? Sanggupkah anda mempertaruhkan kepala anda? Anda baru melihat cuma tiga cubaan yang berjaya. Bagaimana? Ada berani?

Kalau tadi, anda sudah kagum dengan kehebatannya, dan anda sudah mengaku dia hebat. Itu bermakna anda sudah percaya dengan kebolehannya. Tapi, kalau anda belum berani lagi nak ke depan dan jadi sasaran, itu tanda nya, anda belum yakin.

Anda hanya percaya. Tapi anda tidak yakin.

Begitu juga dengan iman kita. Kita kata kita beriman. Beriman dengan Allah, beriman dengan rasulnya, kitabnya, malaikat, qada dan qadar, hari kiamat. Macam macam tanda kekuasaan dan kebenaranNya telah Allah tunjukkan. Dalam quran, dalam hadis, hatta dalam penciptaan diri kita sendiri pon, ada tanda keagunganNya.

Tapi..

Adakah kita sekadar percaya? Atau adakah kita juga yakin?

Benarkah kita yakin?

Kalau ya, apa buktinya?

Apa bukti keimanan kita?

Iman itu bukan sekadar percaya di hati. Tidak juga terhenti takat di mulut. Tapi juga dibuktikan dengan amal.

Iman itu yakin yang membuahkan amal.

Jadi..bagaimana iman kita?

Return to down under

Bismillahirrahmanirrahim..

Akan pulang ke hobart dalam beberapa jam lagi..

ya Allah, kalau ade benda yang aku buat time cuti ni yang Kau suka dan redha dengannye, kuatkanla aku untuk terus istiqamah dengannye. Kalau ade benda yang aku buat yang Kau tak suka, ku mohon bagila aku peluang dan kekuatan untuk memperbaikinye. Demi redhaMu yang ku saaaaangat inginkan.

*New adventures await. Dengan nama Allah, maju ke depan dengan penuh bergaya..! Hoyeahhh

Poem for the beloved prophet :)

Bismillahirrahmanirrahim

This one is for those of you who love the beloved prophet pbuh (peace be upon him) and are waiting for the day when we will meet him in jannah.

Enjoy

May Allah make us love the prophet pbuh (peace be upon him) like he loves us.

Nak tengok kat youtube tekan sini

*I love this poem 🙂 one of the few videos where I ended up crying unexpectedly.

Kerana shinawanmentawi itu sinaran mentari

Bismillahirrahmanirrahim

Baiklah. Dulu sebenarnya saya pernah ada niat nak tukar nama belog ni. Sebab dia pelik, panjang, susah nak taip dan orang yang dengar akan

(^_^) “Ape name belog kau?”

(^o^) “Shinawanmentawi”

(o_o)”Ape?”

(*_^)”Shinawanmentawi.”

(+_+)”Cendawan menari?”

(=..=) “Shi..na..wan.. men..ta..wi!

(TT__TT)”Ape tu…..????”

Hehe..betul tak, betul tak?

Tapi entahla..sampai sekarang tak terfikir lagi nak bagi nama ape..Lagipon err..sekarang kan dah ada beberapa orang yang bace belog i *wootwoo*

jadi..err..nanti korang tercari-cari pula mana belog i *ohoi perasan nyew!*

Jadi bersabarla ye dengan name belog ni yang pelik..dan bebelan saya yang memanjang ni.

Kenapa saya pilih sinaran mentari?

Sebab saya rasa seronok kalau melalui belog ni kite semua dapat some sort of enlightenment. Hehee memang pengalaman hidup saya tak berape menarik pon nak dibanding dengan certain orang lain.. tapi maaana la tau ada something yang Allah nak bagi through my stories. So macam sinaran mentari la..menyinari kegelapan, menghangatkan kesejukan* haha poyo* kbai

R..ramadann kkareemm

Dah seminggu kita puasa kan 🙂

Dah seminggu jugak saya di Hobart, Tasmania..

Subhanallah seronoknya perasaan ikatan kerana agama itu..walaupun kitorang tak kenal pon seniors kat sini, dan diorang tak kenal pon kitorang, tapi welcome yang kitorang dapat, allahuakbar, macam kitorang ni kawan diorang yang balik semula ke hobart lepas lama bercuti kat tempat lain. Sampai kat rumah yang kitorang tumpang tu, rupanya ramai lagi orang tunggu untuk berbuka sama-sama.. *awwww*.. Mungkin kerana sikitnya orang islam kat sini membuatkan bond tu jadi lebih rapat dan kuat, tapi kan.. mesti best kalau kat Malaysia pon semua orang islam layan sesama diorang camtu, kan, kan? In fact, mesti best kalau semua orang islam kat satu dunia ni layan sesama islam cam sedara diorang sendiri..

Dan yeah, kat sini, bila pakai tudung, orang senang nak tau kita islam. Bila jalan-jalan, kalau jumpa perempuan islam dari negara lain, diorang akan ” Assalamualaikum sister” dan kalau kita bukan nak cepat, mungkin akan salam dan peluk jugak..sweet kan? Kalau dengan bukan islam, biasa je la..cuma diorang tau la yang kita orang islam. Saya terfikir yang kat sini, tak kira la siapa kita, tak kira kita ni super pandai tentang islam atau serba tak tau, orang bukan islam tak kan kira semua tu. Diorang cuma kira yang kita islam, dan ape aje yang kita buat, melambangkan islam. Setiap orang islam yang ada kat negara majoriti bukan islam jadi cam duta kecil islam.

Memang, kat malaysia pon camtu jugak, setiap orang islam jadi duta kecil islam kepada orang kat sekeliling dia. Tapi sebab ramai orang islam, bila kita  tak cukup bagus kita rasa “takpe, orang tu ada..kalau aku cam k.o. pegilah tengok orang islam lain”. Bila dah jadi minoriti, barula tau camana rasa bila feeling “a reputation to uphold” tu terpikul kat bahu sendiri jugak. Bak kata sorang senior tu, “lain bila omputih masuk klas lewat dengan muslim masuk lewat”. Orang akan tengok. Dan orang suka bercakap.

*Dan telah pon menjalani amali dengan berlari-lari naik bukit (hobart memang sangat berbukit-bukau ye adik-adik :p) kerana takut terlewat masuk klas praktikal lepas solat asar. Asar masuk dalam pukul 2.50, klas pukul 3. Epic.

Satu lagi pengalaman yang best ialah mengajar anak-anak orang ostrolia (dan ada jugak anak orang malaysia) mengaji di satu-satunya masjid kat hobart. Tapi dalam english, dengan english bebudak tu yang jauh lebih manthopp dari english sendiri..wahaha.. Saya cuma jadi cam pembantu cikgu, dengan budak-budak level zero, yang tak kenal huruf arab pon lagi..semua budak-budak kecik dalam 5, 6 tahun. Seronok layan diorang..sebab diorang sangat comel dan bersemangat nak belajar pasal islam. Besides ngaji, ada sorang cam head teacher untuk bebudak kecik ni yang akan ajar diorang benda-benda cam rukun islam, sunah Rasulullah s.a.w. dan sebagainya.

Kat sini sejuk sepanjang hari dan sepanjang tahun..pagi-pagi mungkin dalam 3 atau 4 celcius, siang mungkin paling panas dalam seminggu ni dalam 13 celcius. Kalau potong sayur lama-lama boleh kebas tangan sebab sejuk..uuuu.. Kalau time saya kat malaysia mungkin akan cakap ni

“Panasla hari ni!”

-“mana taknya, hari ni 38 celcius!

Kalau kat sini

“Panas kan hari ni?”

-“a’ah..hari ni 13 celcius”

=,=

Manusia memang tak pernah akan berpuas hati ke? Panas bising, sejuk bising..bilalah diri ini akan belajar untuk bersyukur.. 😦

Datangnya Ramadhan tahun ni serentak dengan datangnya kami ke bumi hobart..moga kami terus tetap dalam mengingatiNya sentiasa.

Merindui para akhawat(sisters) yang di malaysia. i love u oll.

Petang pertama di hobart..Dah dekat nak berbuka dah 😀

Kelab Peronda: muhasarawak selepas 4 tahun

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada zaman dahulu, ada seorang budak form 4 yang mula terjebak dengan keindahan duniawi ponteng kelas..Kesukaan dia dan rakan-rakan sekelasnya terhadap ponteng sehingga mereka menubuhkan sebuah kelab underground yang amat rahsia :Kelab Peronda, yang dinamakan sedemikian kerana bila ponteng kelas, mereka akan lari dari kelas dan meronda keliling kawasan sekolah supaya tak ditangkap.

Potret Kelab Peronda..wahahaha [Kredit]

Tapi budak ni bukan lah ahli rasmi kelab ini kerana dia taklah geng sangat dengan mereka.. namun, kekerapan dia ponteng kelas mengalahkan kekerapan walaupun pengerusi Kelab Peronda ini..Ikuti temubual bersama beliau yang kini sudah insaf dan telah memulakan hidup baru:

Q: soalan

A: jawapan

Q: Macam mana pengalaman pertama Cik F (bukan nama sebenar) masa ponteng kelas? Ce citer, ce citer

A: Haha..First time ponteng, takut gila, kot! Kitorang duduk kat satu wakaf yang dekat gak la ngan klas tu..tapi feeling masa tu, whoa! Rasa cam semua orang tengah tengok kita..Bila ada cikgu lalu je, rasa cuak sangat, sebab rasa cam diorang tau je kita ponteng..tapi op kos la diorang semua tak tau pon..kitorang je yang terlebih perah santan… Astaghfirullahal ‘azhim.. Kalau buat salah depan Allah, saya tidak setakut tu..padahal Allah Maha Melihat kita kan..tapi masih mampu untuk rasa cool dan bertangguh nak bertaubat(sebak) ..masih berdegil nak buat jugak dosa walaupun dalam hati tau Allah tengah melihat.. Mungkin sebab tu kot, kan..Allah janjikan ganjaran besar kat orang-orang yang takut pada Tuhan diorang walaupun diorang tak nampak pon Tuhan diorang tu.

 

Q: Betul tu, Cik F..Allah janjikan kepada orang macam tu, untuk masuk ke syurga dengan aman dan damai bila dia datang kepada Allah dengan hati yang bertaubat (Surah Qaf, ayat 33-34 [50:33-34]) dan ayat-ayat lain yang tak sempat saya nak quote..

Jadi, macam mana Cik F boleh terjebak dengan ponteng ni?

A: Masa awal-awal tu, kerana kawan yang mengajak, yang juga boleh diajak..kiranya, macam kitorang sama-sama suke ponteng.. asal tak suka subjek tu, ponteng. Bosan ngan cikgu tu, mintak nak gi tandas, pastu tak balik-balik dah.. Kawan saya time tu, bukanla dari kawan-kawan rapat saya sebelum tu, sebab diorang masuk klas lain.. Diorang selalu salahkan kawan baru saya tu, sebab diorang kata dia yang bagi pengaruh buruk kat saya..tapi, saya tau kitorang ponteng suka sama suka.. Bila fikir sekarang, saya bersyukur sangat Allah tak amek nyawa kitorang berdua time form 4 tu..kalau tak, haih! Mungkin kitorang akan salah menyalahkan pulak sebab dah tinggalkan macam-macam amanah..amanah belajar, amanah parents, cecikgu..Alhamdulillah Allah bagi kitorang peluang lagi untuk mintak maaf kat cecikgu dan parents and also peluang bertaubat (senyum)

.

Q: Oh? Kenapa Cik F kata nanti korang salah menyalahkan? Tak paham part ni, boleh terangkan sikit tak?

A : Boleh (senyum). Saya penah terbaca dalam Al-Quran,  dalam ayat ke 67 surah az-Zukhruf (43:67), time hari kiamat datang nanti, teman-teman karib akan saling bermusuhan, kecuali mereka yang bertakwa. Yang pastinya, persahabatan kitorang time tu bukan terbina atas ketakwaan.  Saya bayangkan, kekawan karib berselisih sebab cam, ‘dulu kita bff, tapi tak penah kau tegur salah aku’, atau pun dalam kes saya, nanti sorang cakap “Dulu time kita ponteng, kau la yang ajak aku, dah aku tak jalankan amanah! Ni semua salah kau!” pastu nanti lagi sorang kata “Abes tu? Sape suruh kau ikut cakap aku? Kalau aku suruh kau makan taik idung, kau makan taik idung? Kau pon nak ponteng kan? Ni salah kau gak la!” Macam tu lah..ada paham ker? Masing-masing takut sebab akan terima pembalasan atas ape yang diorang dah buat, jadi diorang nak heret sekali semua orang lain yang berkaitan.

  .

Q: Ok paham (senyum)..Jadi, ape yang buat Cik F akhirnya berhenti ponteng?

A: Allah..memang sangat sayang kitorang berdua.. Sebenarnya, banyak benda yang Allah campakkan dalam hidup kitorang untuk buat kitorang berhenti ponteng.. Contohnya, result exam cam biskut beraneka dalam tin, daripada 9 subjek kitorang amek, daripada A sampai G (fail) semua kitorang ada. Tapi kitorang keras kepala kot.ehehe..malahan sebab kitorang duduk dalam klas honeymoon, result cam tu dipandang gempak gak, sebab tak nampak cam nerd..adoyai.. Pastu cikgu klas kitorang ada jugak tegur, tapi sebab dia berlembut, kitorang buang ke tepi je teguran berhemah dia tu. Jadi, sebab kitorang tak makan saman sangat, Allah hantar ketukan kat kepala, dalam bentuk kitorang menerima amaran keras dari cikgu yang kitorang selalu jugak ponteng klas dia. Alhamdulillah Allah lembutkan hati saya.. Melihat cikgu hampir menangis kerana apa yang saya buat, bukanla apa yang saya suke.. Saya mula berfikir sampai bila saya nak teruskan menipu parents, sebab, walaupun tak tipu secara direct, ia tetap cam menipu sebab diorang ingat saya pergi belajar, rupa-rupanya saya main.. Sejak tu, saya try tinggalkan ponteng dan belajar dengan lebih rajin.

 .

Q: Subhanallah sweetnya Allah! Memang kalau kita makin menjauh dariNya, Dia tak henti-henti panggil kita untuk balik padaNya, dengan macam-macam nikmat dan ujian..Cuma kita je yang tak perasan yang nikmat dan ujian yang Dia berikan tu untuk kita kembali dan bertaubat dan bersyukur padaNya.  

Saya rasa tu je, soalan dari saya. Cik F, any last words?

A: Ada, ada. Pesan saya, kalau kita buat salah, atau dosa, cepat-cepatla mintak maaf dan bertaubat. Dosa ni, macam paku.. Bayangkan hari-hari, kita ketuk sebatang paku pada satu dinding yang putih..Lama-lama, walaupun paku tu kecik je, dinding tu akan penuh jugak, dan nampak sungguh tak bergaya. Bila nak buat dia nampak bergaya, dengan mencabut paku tu, sudahlah susah, pastu walaupun dicabut semua paku tu, akan tertinggal kesan kat dinding tu. Macam tu la kesan dosa kat hati kita..Sebelum melarat dan rasa dosa tu indah, sebelum banyaknya dosa membuat hati kita mati, kembalilah padaNya dalam sujud seorang hamba yang bertaubat..

  .

Q: Well said, my friend! Baiklah, cik F, rasanye tu je.. jazakillah khair

A: Oh, apa itu?

Q: Hehe..maksudnye, “semoga Allah membalas kebaikanmu”.. kalau lelaki, kata jazakallah khair.

A: Owh…kena jawab ape-ape ke?

Q: Bila orang kata macam tu, elok kalau kita jawab, wa iyyaki, maksudnye, “dan bagimu jugak” 

A: Ok then..wa iyyaki(senyum)

Laaliii laaliii!

Hari ni dah 19 haribulan Sya’ban…

Ade berape hari je lagi nak masuk bulan penuh barakah a.k.a Ramadhan al-Mubarak. Kalau dalam lumba lari 400m, dah boleh nampak garis penamat dah, beserta kekawan dan cecikgu yang bersorak-sorak laalii laalii (<– pelat dan sengau untuk “lari lari”) tunggu kita kat situ.

Siapa yang selalu masuk lumba lari masa sekolah dulu taula, masa ni, emosi dah membuak-buak tak sabar nak cecah finishing line lagi-lagi bagi orang yang tak berape nak cukup stamina macam saya*koff koff* …tinggal kena lari sikiiiit je lagi. Pastu sampai. *hoyeahhh!*

Bezanya, melepasi bulan Sya’ban, kita sampai pulak pada bulan Ramadhan. Kiranya macam kalau lumba lari 400m tadi, dah sampai garisan penamat terus sambung pulak perlumbaan 400m yang baru, tapi hadiah dia berkali-kali ganda lebih best.

Selalunye orang kata, bulan Ramadhan nilah time kita nak kejar rahmat Allah, keampunanNya dan time nilah orang berusaha mencari perlepasan daripada neraka..Sepanjang Ramadhan, kita selalu dinasihatkan untuk gandakan amal ibadah, dengan harapan akan terus  istiqamah (consistent) lepas Ramadhan dah berlalu.

” Tapi kan, kalau orang yang berlatih lari gitu-gitu je, dan stamina dia pun tak cukup mana, boleh ke dia bertahan untuk 400m seterusnya tu? Tak ke ade kemungkinan 123% dia akan tercungap-cungap dengan teruk atau lebih dahsyat lagi pengsan di tengah-tengah jalan?”

[Kredit]

Bagi saya, tak mustahil. Mungkin di awal Ramadhan kita boleh dengan gagahnya bangun solat tahajud dan berqiamul lail, atau dalam satu hari boleh habiskan baca 2-3 juzuk Al-Quran, tapi kalau tak terbiasa, dan mengejut bak serang hendap harimau bintang di savanna Afrika, lama-lama ibadah-ibadah yang sepatutnya terasa nikmat akan terasa berat dan menyusahkan.

Macam jugak orang-orang yang tak pernah berlapar dan dahaga, kalau tiba-tiba je tak boleh makan minum dari terbit matahari sampai terbenam, kemungkinan besar perut dia akan mengalami culture shock yang amat hebat kalau terpaksa berpuasa sebulan. Dan kalau dia tak hayati pon ibadah puasa, apa yang dia dapat, cumalah lapar, penat dan dahaga.

Takpe, insya Allah masih ada masa untuk kita start warm up untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Boleh cuba-cuba puasa sunat dalam sehari dua dari seminggu kira ok jugak..mengikut keselesaan dan kemampuan sendiri. Atau pon boleh jugak mulakan bangun untuk qiamullail, dan perelokkan bacaan al-Quran dan cuba hayati maksudnya sekali kalau boleh. Dan, baiki solat kita kat mana-mana yang lompong-lompong tu..bagus kalau kita boleh faham maksud bacaan solat, tak nak la jadi cam burung kakak tua yang asyik tau ulang-ulang sebut, tapi tak tau sehabuk pun apa makna ayat-ayat yang dia asyik sebut tu.

Bukanla nak baiki diri semata-mata untuk Ramadhan, kerana kita hidup bukan untuk beribadah pada bulan Ramadhan je, tapi ibadah kita untuk bila-bila pon sampai la Izrail datang menjemput. Cuma datangnye Ramadhan tu cam dorongan lebih sikit atau dalam bahasa kasarnye satu jentikan di dahi untuk “Bila lagi nak baiki diri? Ape kata start sekarang?”

Dalam saki-baki Sya’ban yang tinggal ni, kita cuba bersihkan diri daripada dosa-dosa yang kita dah buat dengan banyakkan solat sunat taubat..Supaya, nanti bila Ramadhan dah datang, kita boleh usaha nak isikan hati yang dah bersih tu dengan cahaya hidayah, bukannya masa tu jugak baru nak bersihkan hati, sebabnye, cahaya susah nak masuk dalam hati yang gelap dan kotor. Takut nanti tak sempat nak isi hidayah, Ramadhan pun dah habes…

Dan yang paling penting, tanamkan niat dalam hati dari sekarang untuk cari keredhaan Allah. Doa banyak-banyak kat Allah supaya dibukakan jalan dan diberi keinginan dan kekuatan untuk mendekatiNya dengan istiqamah..

Jom jadi para pencari Tuhan..

Jom jadi orang yang Dia kasihi kerana hari-hari melawan diri sendiri semata-mata untuk redhaNya.

Jom!! 😉

* suka lagu Para PencariMu daripada Ungu. Cam kena pulak kalau jadi lagu tema bulan Sya’ban dan Ramadhan ni