[Dari arkib] Bebaskah?

[Post 3 September 2013]

Diterbitkan semula bersempena hari kemerdekaan ke-59

————–

Bismillahirrahmanirrahim

Pada suatu masa itu, lebih 1400 tahun lalu, seorang wanita, hamba. Diikat di hadapan anak terchenta. Tangan dan kaki ditarik-tarik dan diregangkan jauh-jauh. Disuruh meninggalkan agama barunya. Disuruh menghina tuhannya dengan mengakui,”Allah bukan tuhan! Tetapi Hubal adalah tuhan, atau Manat adalah Tuhan, atau ‘Uzza, atau  Latta adalah tuhan.” Tidak! Sekali-kali tidak! Tiada tuhan selain Allah. Hanya Allah! Maka syahidlah dia, disaksikan anaknya.

Pada suatu masa itu, lebih 1400 tahun lalu, seorang lelaki, hamba. Dikeringkan di tengah padang pasir, di bawah terik. Disebat. Berkali-kali. Dicerca. Berkali-kali. Disuruh meninggalkan agama barunya. Disuruh menghina tuhannya dengan mengakui ada tuhan selainNya. Namun, sekalipon batu panas lagi berat menghempap dada, lidah beliau tak pernah kelu, untuk berkata “Ahad! Ahad!” Tiada tuhan selain Allah. Allahu Ahad!

Pada suatu masa itu, lebih 1400 tahun kemudian. Seorang gadis di tanah yang merdeka, merenung-renung stok pakaiannya. Sudah lama terbeli t-shirt itu, sudah berbulan usia tudung ‘baru’ itu. Namun dirinya tidak sanggup memakainya, walau hatinya meronta-ronta mahu memberikan yang lebih baik untuk tuhannya. Ya, dia tahu pakaiannya tidak sempurna, sebab itu dia membeli t-shirt dan tudung itu, yang lebih labuh dari pakaian biasanya. Tetapi oh! Tak sanggup rasanya, apa yang mereka akan kata, samakah layanan mereka jika tiba-tiba dia berpakaian sebegitu? Ah. Nantilah.  Bam! Pintu almari ditutup. Alangkah! Jika ia mampu berkata-kata, mungkin pedas juga telinga si gadis itu mendengarnya! Alangkah!

_ _ _ _ _ _ _

Ya, mereka hamba! Hamba sahaya. Buat kerja sampai separuh nyawa, tapi tak diberi upah. Diberi makan pon mujur. Tido tidak di katil, tapi mungkin di bangsal, dengan kuda, dengan unta, kotor, panas. Bukan seperti kita, hendak makan buka peti sejuk da boleh kenyang. Hendak tido, katil sampai penuh dengan bantal, selimut, plush toys bagai. Heater blanket. Sleeping bag. Bukak heater lagi. Itu kalau winter. Kalau summer, jangan ceritala tentang kipas dan air-cond.

Mungkin, manusia lain memandang mereka sebagai hamba. Ya, badan mereka hamba! Disuruh bekerja, mereka bekerja. Biar penat, biar lelah, asal kerja siap. Kalau tak, teruk kena belasah. Badan mereka hamba. Tetapi jiwa mereka tidak! Bebas! Bebas bagai burung di langit biru sana!

Dan kita. Kita merdeka. Takde manusia boleh layan kita seperti mana mereka dilayan. Takde manusia boleh paksa kita kerja separuh mati tanpa sesuap makan pon. Takde! Kita rasa kita bebas. Tapi bebaskah kita? Kita tau Allah suruh buat mende tu, tapi, sebab takutkan orang kata apa, kita sanggup tak buat. Sanggup ingkar perintah tuhan kerana takut cercaan makhluk. Bebaskah kita?

Mereka akan bunuh kita ke kalau kita ikut perintah Allah? Mereka akan sebat kita? Akan hempap batu panas? Akan seksa kita? Apa alasan kita di hadapan Allah nanti?

Di Mesir sana. Di Syria sana. Di Palestin sana. Mereka tidak buta. Mereka tidak bebal. Mereka tahu, kena peluru boleh mati. Kena pukul boleh sakit. Tapi kenapa mereka berdegil jugak tunjukkan penentangan mereka? Diam-diam dalam rumah kan lagi selamat? Kenapa mereka sanggup sakit, sanggup mati?

Kerana, mereka tahu, siapa tuhan. Dan mereka tahu, siapa mereka. Mereka hamba Allah. Bukan hamba as-Sisi, bukan hamba Assad, bukan hamba Zionis, bukan juga hamba Hubal, Manat, ‘Uzza, Latta, Che Kiah potpet atau Pak Cik Meon sebelah rumah yang suka mengata.eh.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?

Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Surah al-Jathiyah ayat 23 [45:23]

Apa yang kita rugi, kalau manusia di seluruh bumi ini menghina kita, tapi Allah memuji-muji kita di hadapan seluruh malaikatNya?

Apa yang kita dapat, kalau manusia di seluruh bumi ini memuji kita, tapi Allah menghina kita, malahan melaknat kita di hadapan seluruh malaikatNya?

Siapa yang hendak kita puaskan?

Hawa nafsu kita?

Orang sekeliling kita?

Atau Allah semata-mata?

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?

Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”

Surah at-Tin ayat 4-8 [95:4-8]

Bebasnya manusia itu, bukanlah bila ia tak berada dalam cengkaman penjajah. Bukanla merdeka itu bila tertulis dalam ic mereka warganegara bebas. Bebasnya manusia itu, bila ia tidak hidup untuk makhluk lain, bila tidak bertuhankan selain Allah. Bila manusia itu bebas dari perhambaan sesama makhluk, saat itulah ia merdeka.

Maka, sudah bebaskah kita?

Ulang tahun dan selamat kembali

Still miss those blue skies sometimes

Still miss those blue skies sometimes

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tertarik dengan sebuah ‘teori’ yang saya jumpai di sebuah halaman Instagram baru-baru ini, yang mengatakan bahawa masa itu kita rasakan berlalu semakin pantas kerana semakin umur kita meningkat, nisbah umur kita kepada tahun yang sedang kita lalui menjadi semakin besar. Untuk seorang bayi yang baru berumur 2 tahun, nilai setahun itu adalah separuh hidupnya, maka setahun itu terasa begitu panjang. Untuk seseorang yang berusia 50 tahun, setahun itu hanyalah sebahagian yang sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan 50 tahun yang telah berlalu, maka masa itu dirasakan seolah-olah berlalu dengan jauh lebih pantas daripada waktu ia berumur 20-an atau 30-an.

Pada umur 24 tahun ini, tanpa disedari sudah 4 tahun berlalu sejak saya mula-mula membuka akaun di WordPress ini. Tahun lepas, blog ini langsung tidak terisi. Bukanlah perkara yang mudah untuk menulis tanpa rasa, dan jujurnya, rasa yang hilang dan datang dengan turun naiknya semangat dan atas dorongan orang yang tersayang itu hampir tidak ada tahun lepas. Pendek katanya, jika saya diberi peluang untuk meng-delete setahun dari hidup saya, tanpa ragu saya akan delete tahun 2015. Bukanlah kerana semuanya buruk, tetapi detik-detik indah itu terlalu dibayangi perkara-perkara yang perit dan menyakitkan. Tetapi cukuplah kisah itu sekadar di situ sahaja. Biarkan parut-parut sahaja mengingatkan kita betapa tingginya nilai pengajaran-pengajaran yang datang bersamanya.

Jika 4 tahun lepas saya memulakan blog ini dalam keadaan baru tamat pengajian di kolej persediaan dan dalam keadaan berdebar-debar menunggu keputusan akan ke luar negara atau tidak, tahun ini saya sudahpun kembali ke tanah kelahiran yang tercinta. Dahulu semasa di zaman kolej, orang panggil mereka yang pulang setelah tamat pengajian sebagai back for good atau ‘BFG’, kemudian ada pula yang memanggilnya back for jihad dan sebagainya. Namun saya lebih sukakan back for good, yang jika diterjemah secara literalnya bermaksud kembali untuk kebaikan.

Semasa di Australia dahulu, ramai yang memberi persiapan mindset untuk pulang. Sering sekali kami diingatkan tentangnya. Kena banyak bersabar; mungkin tidak serasi dengan macik-macik. Lain gerak kerjanya. Mungkin tidak serasi dengan usrahmate. Lain gaya tumbesarannya. Tak kisah sepopular mana, sehebat mana di Australia, balik Malaysia tiada orang kenal pun siapa kita. Kena banyak ‘mencapub’, banyak jadi over confident, kena banyak volunteer walaupun rasa segan ke out of place ke. Akan rasa lost sebab dah tiada akhawat yang kita biasa.

Alhamdulillah, tarbiyah telah mengajar saya menghargai hidup berjemaah, juga mengajar saya untuk terbiasa berdikari. Tarbiyah membiasakan saya untuk perlu bermula di tempat yang tiada siapa yang dikenali (dan tiada siapa yang mengenali). Untuk menyumbang tenaga dan fikiran di tempat yang langsung kita tidak tahu bagaimana kebiasaannya, tradisinya, sensitivitinya. Semuanya menakutkan, mendebarkan namun perasaan itu nikmatnya lazat tak terkata. Lebih manis lagi apabila keluarga baru di sini menerima seadanya dengan tangan terbuka. Dan tentulah, saya tidak akan mampu untuk ‘move on’ dengan begitu cepat tanpa adanya teman-teman seperjuangan lama yang sering berbalas mesej dan bertanya khabar. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Saya selalu berpendapat bahawa apa yang berlaku pada kita hari ini, merupakan persiapan yang Allah berikan untuk kita lalui hari kemudian. Dan benar, 2015, dan setiap detik indah dan pahit-manis yang telah berlalu selama 4 tahun sudah, menjadi bekalan yang sangat berharga untuk meneruskan perjalanan di bumi tercinta ini.

Maafkan saya jika saya pernah membuat sesiapapun dari anda mahu meng-delete detik-detik bersama saya. Moga Allah ganjari kesabaran anda dengan setinggi-tinggi ganjaran dan menghimpunkan kita semua suatu hari nanti dalam keadaan yang lebih baik.

Jazakunnalllah khair buat semua yang setia di sisi selama 4 tahun ini. Dan yang telah dan masih bersama dengan diri ini lebih lama dari itu, salamun alaikum bima sobartum.  Buat anda semua, ketahuilah, anda sentiasa dalam doaku. Setiap satu dari anda.

Salam alaik dari saudaramu yang telah pulang untuk kebaikan. Ane menanti antunna semua untuk kembali bersama ane 🙂

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. Bertakwalah kepada Tuhanmu”.

Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan.

Dan bumi Allah itu adalah luas.

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Surah az-Zumar ayat 10 [39:10]

Abadan abada: antara baris-baris

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Berjaya habiskan sebuah cerpen lepas dulu pernah sekali cubaan menulis cerpen terbengkalai. Tu pon yang ni kena sambung sampai sambungan ke-lima sebab tiga tulisan pertama tak berapa jelas.kekeke. Jadi, seperti dijanjikan, post ini bertujuan membantu anda memahami apa yang saya cuba sampaikan. Untuk membantu anda memahami antara baris-baris (baca: read between the lines) cerpen ini. Insyallah 😉

Abadan abada. Selama-lamanya. Sebuah cerpen yang ditulis dengan harapan saya sendiri. Iaitu mahu berada di jalan tarbiyyah dan dakwah selama-lamanya. Selama-lamanya. Hingga hari bertemu Allah di syurga nanti, saya mahu berada dalam jalan ini. Dan satu-satunya kunci kepada itu? Bila menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan bagi setiap perbuatan, perkataan, perasaan, harta, jiwa dan raga; yang kita kongsikan, kerahkan, curahkan; dalam menapaki jalan ini. Allah satu-satunya tujuan. Allahu ghoyatuna, Allah tujuan kami.

Maka dengan tema itu, cerpen ini ditulis. Abadan abada I hingga III, berdasarkan kisah-kisah benar. Dari kisah dapat parcel sabun cuci baju, hinggalah ke scene bekas murabbi masa belajar dulu pura-pura takde kat rumah bila mutarabbi melawat. Bayangkanlah betapa sedihnya jika orang yang mula-mula memperkenalkan kita kepada tarbiyyah, bila kia jumpa dia lima, enam tahun kemudian, dia dah tak sama. Dah seratus lapan puluh darjah bezanya. Itulah yang dialami sesetengah orang. Itu bukan rekaan. Tak  mustahil, hari ini kitalah paling lantang, paling terkedepan dalam dakwah tarbiyyah, esok lusa, setahun kemudian, lima tahun kemudian, kita sudah berpaling dan seakan-akan tak kenal lagi dengan dakwah tarbiyah. Usrah? Penanda wacana baru ke? Tarbiyyah? Nama bayi popular baru ke? Nauzubillahi min zalik..

Bila Allah menjadi tujuan setiap perkara yang kita buat, datanglah ujian hujan badai macam mana sekalipon, kalau kita terus bersabar dan sentiasa ingat: di akhir nanti, aku nak redhaMu, ya Allah, aku buat ni untuk Kau, ya Allah; insyaallah kita akan berjaya mengharunginya. Yang pahit terasa manis, yang sakit tak terasa peritnya. Orang katalah apapon, buatlah apapon kat kita, selagi Allah menjadi tujuan, selagi yakin Allah bersama kita, kita akan tetap teguh, insyaallah.

Abadan abada IV dan V pula, rekaan sepenuhnya. Tujuannnya untuk menguatkan lagi, dan menegaskan lagi, mesej yang tak berapa nak sampai dalam tiga penulisan awal tadi. Dan sengaja diakhiri dengan pengakhiran yang gembira, untuk memberi harapan. Tak semestinya dulu kita lah paling kotor, paling jahat, paling tak berguna, esok pon, kita masih paling loser. Tak semestinya. Rahmat Allah itu luas. KeampunanNya juga luas. Seluas langit dan bumi.

Dan, jika kita pernah berpaling, selagi nyawa masih ada, selagi tu peluang masih terbuka untuk kita kembali. Yang paling penting, langkah pemula tu kena ada. Kena ada, mesti ada. Mesti ada usaha dari bahagian kita, pertolongan Allah akan datang. Orang lapar, kalau ada makanan dalam dulang sebesar meja pon, kalau dia tak mahu suap, kunyah telan, takkan kenyang punya.  Memang, Allah yang akan kenyangkan kita, tapi kamonlah, kalau duduk tercegat depan pinggan tak gerak-gerak, walaupon kita doa sungguh-sungguh “Ya Allah, kenyangkan aku, kenyangkanlah”-tengok kenyang tak?

Kalau perasan, watak-watak Abadan abada banyak dan tak semua sempat dikembangkan. Ada yang dimatikan pon.kekeke. Begitulah kita dalam kehidupan ini.  Di jalan tarbiyyah ini, memang kita akan jumpa ramai orang yang bersama-sama mengerjakannya. Raaaamaaaai. Ada yang kita sempat kenal. Ada yang jumpa sekali tu je, kemudian kali kedua jumpa ialah bila kita di padang mahsyar sana. Ada yang dulu kita kenal, keras kepala tak nak makan nasihat. Tiba-tiba satu hari dia pon sudah jadi orang yang memberi nasihat. Itulah kehidupan. Dengan ramainya manusia yang kita jumpa, timbul persoalan. Kesan apa yang telah kita bagi pada setiap mereka ini? Kesan buruk? Kesan baik? Atau tak dikesan langsung? (-.-)

Juga, antara yang saya cuba selitkan, ialah elemen ukhuwah. Itulah salah satu benda yang paling saya hargai nikmatnya bila masuk ke dalam tarbiyah. Entah siapa-siapa lah mereka, tiba-tiba, rasa macam dah lama kenal. Dulu tak pernah tau pon mereka wujud, tapi sekarang mereka dalam doa kita di sujud-sujud terakhir tahajud. Takde pertalian darahpon, tapi kalau kita dalam kesusahan, mereka orang pertama yang akan bersama kita. Tak akan dapat kat tempat lain. Hanya hubungan yang berlandaskan iman saja yang boleh melahirkan kenikmatan ini.

Akhir sekali, ialah gambaran usrah atas talian (baca: online). Scene skype, buat nota dalam google drive, merupakan scene tipikal dalam usrah saya sendiri. Dalam cerpen, watak utama, Ayyid bertukar dari berusrah darat  kepada atas talian. Tak ramai yang merasai pengalaman seperti ini. Hingga nikmat dapat berukhuwah muka ke muka (baca: face to face) to diambil mudah je. Taken for granted. Bila dah online, sorang-sorang, adik beradik usrah dan murabbi kat tanah lain, haa kau! Baru terasa. Bestnya nikmat yang dulu kita ambil ringan<– tembak diri sendiri. Tentulah, tak sama sentuhannya. Banyak pula ujiannnya. Banyak lagi kekurangannya. Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan jadikan ketak-best-an dan keterbatasan untuk bersama tu satu halangan. Jika benar mahu baiki diri, mahu bina diri untuk membina orang lain, bersabarlah dan bersyukurlah dengan usrah yang kita ada tu. Insyaallah percaturan Allah itu sudah yang terbaik dah untuk kita. ehee.

Insyaallah. Banyak harapan yang dicurahkan semasa menulis cerpen ini. Banyak perasaan yang tersebati dalamnya, kerana ia sesuatu yang sangat dekat dengan diri saya sendiri. Saya juga anak usrah online, dan pernah merasa nikmat usrah face to face hanya di zaman awal tarbiyyah dulu di kolej. Dan puisi asal yang saya dah olah sikit dalam Abadan abada III tu, diberi oleh murabbi pertama saya dahulu sebelum kami mendapat murabbi baru. Kisah benar murabbi dah lain dari dulu tu pon, saya juga pernah merasainya, cuma tidak sampailah ke tahap itu.

Insyaallah. Moga Allah beri kekuatan untuk terus menulis, dan ilham untuk menulis dengan lebih baik. 🙂

abadan abada epilog

 Masih disimpan, sejak bertahun-tahun. Sebagai tazkirah di saat terlupa 😉

Cerpen Abadan abada:

Abadan abada

Abadan abada II

Abadan abada III

Abadan abada IV

Abadan abada V

Hot shokolat no more

*post ini ditujukan kepada kakak saya. Mungkin those who get it will get it but for those who don’t I’m sorry :)*

Bismillahirahmanirrahim

Today, is a big day for my big sister. Today, on the 2nd of July 2013, my big sister got married 🙂

Dan memang tak sempat saya nak bagi speech atau buat bidio untuk akak macam yang akak da bertungkus lumus buat untuk hari jadi saya haritu..mintak maaf. Tapi, hari ni, saya gembira sangat.. sebab, doa saya da dimakbulkan Allah. Hari ni, akak da selamat bernikah dengan dia. Alhamdulillah ;’)

Selamat berjuang di medan baru kakak ku sayang. Moga kekal kuat. Kekal tabah. Sepulangmu dari bumi ghazzah, engko ajar aku,

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.”

Surah Ali Imran ayat 200 [3:200]

Aku harap, engko sentiasa ingat ayat ni. Aku hanyalah si budak yang kerjanya hari-hari meng-annoy orang terutamanya engko. Mungkin tidak mampu pon hendak memberi nasihat untukmu di medan barumu ini. Tapi ingatlah ayat ini akakku sayang..kami di sini akan terus berjuang. Aku harap, hari ini, bukan hari peringatan kami kehilangan engko dari gerabak ini. Aku yakin engko mampu buat. Biiznillah. Aku akan sentiasa menyokongmu dari jauh, mendoakanmu dalam sujud-sujud tahajudku. Aku akan ingat masa-masa kita tahajud sesama; kerana, antara semua kenangan yang aku ada dengan orang-orang yang aku sayang; yang paling aku kenang, ialah bila aku penah tahajud dengan orang-orang tu. Dan engko salah seorangnya.

Memang kalau orang lain baca ni, diorang akan nampak, apende la budak ni panggil orang lebih tua aku-engko. Tapi, just as it makes your day to have our daily aku-engko arguments, it makes my day too. Will be missing you and your ways and antics. You’d taught me lots and you were quite a big part of my life. Thank you. My big sister. My other murabbi 🙂 

_ _ _ _ _ _ _ _ _

*tonight for the first time after quite a long time flying with just the two of us, I’ll be flying alone. Without you to annoy me and without you for me to annoy. I guess tonight we won’t be having hot chocolate together. Will be missing that too, somewhat. I guess. Nah maybe not so much.bwahahak *gelak denial*

**habesla aku malam ni fly dengan emak dan makcik-makcik.mungkin akan keluarkan kata-kata ni tak sampai 10 minit lepas berlepas: “nak balikkkk” ahaha.**

***been fighting off the lump in my throat for some time. And now I realised I haven’t said this to you for one last time : Letchu***

Indeed. Letchu khuda. Gubaba. Hope he takes good care of you.

Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair (semoga Allah memberkati kamu berdua dan memberkati atas kamu berdua, dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan).

Alhamdulillah ‘ala kulli hal (segala puji bagi Allah atas semua perkara).

Let’s carry on. C’mon :’)

Pengumuman pengumuman!

Bismillahirrahmanirrahim

🙂

Ada yang mencari siri entry Is that oll ke? * hohoho terharu*

Atas sebab-sebab tertentu, saya telah memutuskan untuk memeram entri-entri tersebut sampai satu masa nanti insyaAllah(hee skemanye ayat)

I olz mintak maaf sangat u olz. Bagi yang da ikut sejak yang pertama lagi, dan  tengah bising2oh no kenapa tidaakkkk*ehehe* boleh tinggal emel kat tempat komen kat bawah ni..Insya Allah saya akan mengfollow up anda;) Yang ada soalan atau tak faham mana-mana pon boleh tinggal emel atau tanye je kat bawah ok?

Tu je.

Tengs u ols.

Jazakumullah khair semua.(semoga Allah membalas kebaikan kamu semua)